Bagaimana Mengelakkan Kerja Anda Terus Tertangguh ?

Mengaitkan kerja-kerja yang perlu dilakukan

Sebagai seorang usahawan dan ahli perniagaan yang produktif, anda tentu akan membuat senarai tugas yang perlu anda lakukan lebih awal. Samada anda rancang kerja yang perlu dilakukan untuk sehari atau seminggu lebih awal.

Untuk menjimatkan masa pula, kita akan kumpulkan beberapa tugas yang akan dilakukan di tempat yang sama pada satu masa. Walaupun kerja-kerja ini tidak berkaitan antara satu sama lain. Contohnya seperti senario di bawah.

Senario 1

Pada hari Isnin, anda akan ke The Mall untuk memperbaharui lesen perniagaan anda, jadi anda akan mengambil kesempatan ini untuk membuat namecard kerana namecard anda sudah kehabisan dan di The Mall terdapat kedai-kedai membuat namecard.

Continue reading

Posted in blog, Tips Usahawan | 7 Comments

Bagaimana Membina Kepercayaan Pelanggan Supaya Mereka Membeli Daripada Anda

Salah satu sebab pelanggan tidak membeli daripada anda adalah kerana mereka tidak percaya kepada anda, produk anda atau apa yang anda tawarkan. (Rujuk artikel sebelum ini “3 Sebab Pelanggan Tidak Membeli Produk Anda”)

Kepercayaan bukanlah sesuatu yang boleh dibina dalam beberapa hari. Ia memerlukan masa yang panjang untuk membina kepercayaan, namun ia bukanlah satu tugas yang sukar. Anda hanya perlu melakukan perkara yang biasa dan kepercayaan akan terbina dengan sendiri.

Continue reading

Posted in blog, Tips Usahawan | 2 Comments

Belajar Import Barang Dari China – Testimoni peserta Kursus Borong China

Pelajari kaedah memulakan bisnes borong china melalui Kursus Memborong ke China seterusnya pada 3hb Mac 2011 bertempat di Quality Hotel, KL.

Sila hubungi 017-2517515 atau booking online di Kursus Borong China untuk membuat tempahan.

terima kasih

Shahabudeen Jalil

Posted in blog | Leave a comment

3 Sebab Kenapa Pelanggan Tidak Membeli Produk Anda

Jika anda menjual sesuatu produk dan pelanggan tidak berminat membeli daripada anda. Tentu anda tertanya-tanya kenapa. Dalam artikel ini saya akan terangkan 3 sebab utama kenapa pelanggan tidak membeli daripada anda dan saya akan perincikan 3 sebab ini secara berasingan dalam siri yang akan saya siarkan beberapa hari dari sekarang.

3 sebab UTAMA pelanggan tidak membeli daripada anda adalah

A. Mereka tidak percayakan anda
B. Harga anda terlalu mahal
C. Mereka tidak mahu produk anda

A. Mereka tidak percayakan anda

Pelanggan yang membeli bukan hanya melihat kepada produk semata-mata, mereka juga membuat keputusan hasil daripada pemerhatian mereka terhadap penjual.

Penjual yang berkeyakinan dan kelihatan berjaya akan lebih mudah mendapatkan pelanggan berbanding penjual yang tidak berkeyakinan dan tampak gagal.

Ini adalah karakter anda, saya akan menulis selepas ini mengenai bagaimana anda membina karakter yang kuat untuk mendapatkan autoriti dalam bidang yang anda sedang ceburi. Dengan membina autoriti, anda akan lebih mudah meyakinkan pelanggan dan membuat jualan.

Cuba anda bayangkan jika anda ingin menyertai satu program motivasi dan anda melihat individu yang akan memberikan motivasi bertajuk “Jutawan Internet” itu adalah seorang yang selekeh dan menaiki kereta kancil.

Walaupun anda mengatakan pakaian dan kenderaan itu tidak penting, tetapi sudah pasti anda sendiri tidak akan membayar dan menyertai program tersebut kerana terbukti orang yang mengendalikannya tidak meyakinkan. Tidak kisah samada orang itu mempunyai kepakaran ataupun tidak. Kita lebih terarah untuk melihat kepada hasil.

B. Harga anda terlalu mahal

Jika pelanggan anda mengatakan harga anda terlalu mahal, ia memberikan indikasi pelanggan ini tidak begitu memerlukan produk ini.

Cuba anda bayangkan anak anda dihidapi satu penyakit dan anda perlukan wang yang banyak untuk mengubatinya, anda akan melakukan apa saja untuk mendapatkan wang itu. Ini menunjukkan anda memerlukan sesuatu dengan keinginan yang tinggi dan anda sanggup melakukan apa saja.

Begitu juga dengan produk anda, jika anda berjaya membuatkan pelanggan anda merasa hidup mereka tidak sempurna tanpa produk anda, anda sebenarnya sudah berjaya menambat hatinya untuk membayar apa saja bagi mereka membelinya.

Cuba bayangkan terdapat hotel murah dengan harga RM 80 semalam dan terdapat hotel mewah dengan harga RM 80,000 semalam. Apakah bezanya? Tidakkah ia hanya tempat tidur. Jadi tidak ada istilah mahal atau murah, ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana anda mempersembahkan dan menjualnya.

C. Mereka tidak mahu produk anda

Dalam banyak keadaan, pelanggan anda tidak tahu mengenai produk anda, tidak tahu bermakna tidak memerlukan.

Katakan anda tidak tahu ada seseorang menjual kereta terbang di Malaysia. Anda sudah pasti tidak akan berminat untuk memilikinya. Namun apabila ianya diiklankan, kita mula memasang niat untuk memilikinya. Jadi anda tidak mungkin membeli sesuau yang anda tidak tahu.

Jika produk ini diketahui dan anda berjaya meyakinkan pelanggan anda bahawa mereka memerlukan produk ini untuk menyelesaikan masalah dan untuk mereka maju dan berkembang. Pelanggan anda akan mula membeli daripada anda tanpa anda perlu menjual kepada mereka.

Sila baca perincian setiap point A, B dan C dalam artikel ini selepas ini…

Shahabudeen Jalil

Posted in blog | 3 Comments

Pejuang Cicak Tokek, AIDS dan HIV, Alien dan UFO serta Negara Nuklear

Menurut Albert Einstein, “Ada 2 perkara yang tidak mempunyai penghujung, yang pertama ialah alam semesta dan yang kedua adalah kebodohan manusia. Saya kurang pasti mengenai yang pertama”

Berikut adalah dua komen terpilih daripada artikel saya sebelum ini.

Continue reading

Posted in blog | 5 Comments

Import Barang Dari China – Apa Yang Anda Dapat Dari Kursus Ini ?

Jika anda masih terfikir-fikir samada untuk menyertai Kursus Borong China untuk mempelajari kaedah memulakan bisnes borong china atau mengimport barang dari china. Ini mungkin satu video yang perlu anda tonton untuk mendapatkan gambaran tentang apa yang akan diajarkan sewaktu kursus ini nanti dan apa kelebihan yang anda perolehi jika anda menyertai mailing list kami.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Posted in blog, video | Leave a comment

Bagaimana Tabiat Buruk Pekerja Anda Boleh Berjangkit

Mengendalikan pekerja bukanlah sesuatu yang mudah, lagi-lagi dalam masyarakat yang rapat dan seperti keluarga seperti di Malaysia.

Salah satu penyakit perniagaan yang wajar diberi perhatian oleh seseorang usahawan dan ahli perniagaan adalah bagaimana tabiat buruk dikalangan pekerja anda bermula dan berjangkit.

Apabila seseorang pekerja anda melangkaui batas ataupun undang-undang yang mungkin bertulis ataupun tidak, anda perlu menyelesaikannya segera. Jangan tunggu sehingga penyakit ini berjangkit dan merugikan perniagaan anda.

Ia samalah seperti jika anda dijangkiti penyakit seperti kencing manis, jika tidak diubati dari awal, ia akan berjangkit menjadi lebih parah, jika dibiarkan lagi, anda mungkin terpaksa mengambil keputusan memotong kaki anda dan jika masih tidak dapat diubati, ia akan mengancam nyawa anda.

Begitu jugalah dalam perniagaan. Dalam pengalaman saya, saya pernah memecat seorang pekerja hanya selepas seminggu mula bekerja di syarikat saya.

Segalanya bermula pada hari pertama dia memulakan tugas. Pada hari pertama teman lelakinya datang bersama untuk melihat suasana pekerjaan di pejabat barunya. Teman lelakinya tunggu sehinggalah habis waktu kerja seperti seorang ibu menunggu anaknya masuk ke tadika pada hari pertama persekolahan.

Keesokkannya pula, pekerja ini asyik dengan SMS pada setiap waktu. Kerja yang dibuatnya agak lambat. Untuk terjemah dua buah artikel sudah memakan masa sehari bekerja. Saya pesan kepada pengurus saya supaya memberitahu dan memberi amaran kepada pekerja itu mengenai hal ini.

Selang beberapa hari pula, saya yang berada di luar pejabat cuba menghubungi pekerja ini berulangkali untuk memberikannya tugas tetapi tidak dapat dihubungi. Saya pelik dan apabila saya menghubungi pekerja lain, mereka memberitahu pekerja tadi sedang bercakap telefon.

Akhirnya apabila saya tiba di pejabat, saya dapati pekerja ini masih sedang bergayut telefon sambil membuat kerja di komputer. Sudah pasti kerja yang dibuat ini tidak bagus seperti jika dibuat dengan penuh perhatian.

Saya memberitahu pengurus saya untuk memberi amaran kedua dan kemudiannya saya mendapati, pekerja lama saya juga mula bergayut di telefon. Pekerja lama saya sebelum ini tidak pernah berbuat demikian.

Saya kenalpasti ini adalah satu barah dan saya perlu bertindak segera sebelum ia berjangkit kepada pekerja lain dan menghancurkan syarikat saya. Apa perlu yang saya buat sekarang ?

Saya pecat pekerja yang memulakan barah ini dan memberi amaran keras kepada pekerja lama yang terjangkit. Maka berakhirlah penyakit ini namun ia menjadi pengajaran berguna bagi saya dan pekerja lain.

Seperti di dalam badan manusia,  penyakit seperti ini sentiasa ada dari masa ke semasa, kita sebagai pemilik perniagaan perlu untuk mengenalpasti hal ini sejak dari awal dan mengubatinya.

Kaedah yang terbaik adalah pencegahan. Mungkin saya akan tulis lain kali mengenai kaedah pencegahan awal supaya syarikat kita tidak lagi dijangkiti penyakit seperti ini.

Untuk hari ini, belajar untuk kenalpasti pekerja yang membawa penyakit kepada perniagaan anda. Anda perlu memandang serius perkara ini sebelum ia mengancam perniagaan anda. Bertindak tegas dan jika perlu bertindak keras untuk menanganinya.

Salam perniagaan

Shahabudeen Jalil

Posted in blog, Tips Usahawan | 4 Comments

InfoGrafik : Rahsia Teknik Membuat Jualan Efektif

Ini adalah infografik pertama dan infografik ini akan menyusul. Mintak pembaca blog kongsikan dengan orang lain.

Posted in blog, Infografik Usahawan | 6 Comments

Keratan Akhbar Kosmo 1 Februari 2012 – Portal Lot.my Bantu Usahawan

Portal lot.my bantu usahawan

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


KEBANYAKAN orang mungkin pernah memasang impian menjadi usahawan berjaya sehingga mampu menjana keuntungan besar.

Pelbagai angan-angan bermain di fikiran seperti memikirkan jenama, produk yang ingin dipasarkan dan platform terbaik untuk memasarkan barangan.

Bagaimanapun, apabila memikirkan modal yang besar perlu diperuntukkan sebelum dapat menubuhkan sesuatu cabang perniagaan, ramai mengangkat bendera putih.

Menyedari potensi sektor perniagaan, sekumpulan anak muda yang terdiri daripada Mohd. Akmal Akhpah, Shahabudeen Jalil, Mohd. Suhaimi Ramly, Khairul Anwar M. Zaki, Luqman Zulhusni Ismael dan Mohd. Alif Nordin telah membangunkan portal lot.my dalam memberi platform kepada bakal-bakal usahawan tanpa memerlukan modal besar.

Salah seorang yang membangunkan portal berkenaan, Shahabudeen, 29, berkata, lot.my telah ditubuhkan pada tahun 2010 untuk memberi peluang kepada usahawan membuka perniagaan melalui medium dalam talian.

Dia memberitahu, tujuan utama pembikinan portal berkenaan adalah untuk meluaskan peluang perniagaan dalam talian bagi seluruh rakyat Malaysia.

“Kita mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi batu penghalang utama sehingga membantutkan hasrat bakal usahawan ini untuk memulakan perniagaan dalam talian.

“Antaranya ialah kos pembikinan laman web e-dagang yang agak tinggi, tidak mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan saluran pemasaran tidak berkesan,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Continue reading

Posted in blog, keratan | 5 Comments

Bagaimana Memupuk Tabiat Baru Yang Baik Supaya Berkekalan ?

Kini kita sudahpun memasuki bulan kedua dalam tahun 2012. Adakah anda masih ingat mengenai azam tahun baru anda ? atau anda sudah melupakannya atau sudah kecewa kerana tidak dapat memenuhinya ?

Dalam artikel ini, saya ingin menyampaikan mengenai bagaimana untuk memupuk tabiat baru yang baik supaya ianya berkekalan.

Continue reading

Posted in blog | 7 Comments