Kisah Zaini Hassan Mencari Sarung Telefon Peniaga Melayu…

zaini hassan sarung telefon

 

Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi!

Oleh Zaini Hassan
SALAM sejahtera saudaraku semua. Salam sejahtera juga kepada kawan-kawanku Orang Asli, Pribumi, Cina, India dan seluruh rakyat negara tercinta ini. Salam sejahtera juga kepada barisan Kabinet baru Najib 2013.

Satu barisan kepemimpinan negara yang kita semua harapkan menjadi satu Kabinet, Wow Factor!

Maka, terpulanglah kepada Perdana Menteri Najib menggunakan segala kebijaksanaan beliau membentuk barisan hebatnya, yang bakal membuatkan semua orang – kawan dan musuh – yang melihat Kabinet itu terpegun!

Ingatlah PRU-14 tidak lama lagi. Hari bersilih hari terlalu cepat kini. Persiapan harus bermula saat ini, bukan esok atau lusa.

Kabinet ini haruslah yang terhebat!

 

TENGAH HARI semalam saya keliling satu Shah Alam untuk membeli satu barang mudah. Sarung untuk telefon baru saya. Sarung telefon sahaja. Alah, bukan saya nak beli enjin roket, tetapi sarung telefon sahaja.

Saya nak beli di Shah Alam, yang kononnya bandar raya hebat orang Melayu di Malaysia ini. Kebetulan saya menghuni di situ.

Takkan orang Melayu tak mampu menjual sarung telefon? Saya tak percayalah. Saya tak percaya tiada orang Melayu yang tidak mampu menjual sarung telefon itu.

Satu kedai ke satu kedai saya nak cari kedai budak Melayu menjual sarung telefon. Bukan nak cari Melayu tukang jual, tapi nak cari kedai Melayu yang menjual sarung telefon.

Akhirnya saya putus asa. Saya terpaksa beli di kedai milik kawan kita orang Cina.

Harganya bukan harga enjin roket, harganya hanya RM50. Semasa membayar hati saya menyentap. Tiadakah bangsa aku menjual sarung telefon ini?

Kerajaan, kononnya menyediakan pelbagai kemudahan kepada bangsa aku, sehingga kaum lain menjadi jaki dan sakit hati, tapi mana dia hasilnya?

Aku teriak dalam hati. Aku menangis dalam hati. Tak mampukah bangsa aku membuka kedai di Shah Alam Mall misalnya untuk menjual sarung telefon, jika bukan telefon itu sendiri pun. Lagi pun muka-muka yang membeli semuanya muka bangsa aku.

Jual kulit dan sarung telefon cukuplah. Jika bukan telefon-telefon canggih yang sudah menjadi bahan kegunaan ‘ruji’ sekarang ini, sarungnya pun cukuplah.

Maka terfikirlah aku, itu fasallah orang lain sudah memikirkan untuk menguasai kuasa politik pula sekarang, setelah kuasa ekonomi dikuasai sepenuhnya oleh mereka.

Sektor peruncitan dan pemborongan sudah dikuasai (sepenuhnya) oleh mereka.

Jika kita nak mula berniaga sarung telefon mungkin orang Melayu, bangsa aku akan mati kerana tidak mampu menandingi harga.

Kedai Cina boleh jual RM50 atau lebih murah kerana mereka mendapat harga borong daripada bangsa mereka sendiri dengan harga yang murah.

Kedai Melayu mungkin terpaksa menjual RM70 kerana mendapat bekalan borong daripada pemborong Cina dengan harga yang lebih mahal.

Jika kedai Cina dan kedai Melayu berada sebelah menyebelah, maka mati dengan natural-lah kedai Melayu itu. Tak perlu belajar ekonomi yang tinggi-tinggi untuk memahaminya.

Mana dia anak-anak bangsa aku. Mana dia agensi-agensi kerajaan yang kononnya mahu membantu anak-anak Melayu itu.

Sudahlah kuasa politik mahu dirampas orang, kuasa ekonomi pun dipisahkan antara bumi dan langit tujuh lapis.

Apa kata, mulai hari ini kita tukar sedikit pendekatan kita. Kita kuasai pula ekonomi. Kita gempur ekonomi mereka.

Wujudkan rangkaian peruncitan dan pemborongan kita. Wujudkan semula segera, Kementerian Pembangunan Usahawan dengan political will berasaskan jihad ekonomi!

Ayuh kita berjihad menguasai ekonomi. Jangan benarkan mereka monopoli. Kita pecahkan monopoli mereka. Wujudkan lima jutawan kita dalam setiap lima tahun atau 1.5 juta jutawan Melayu kita setiap tahun.

Kita harus kuasai ekonomi. Lahirkan ratusan penjual sarung telefon kita. Wujudkan lebih banyak Plaza Pudu dan Plaza Low Yat milik Melayu, yang menjual borong barang-barang perkakasan komputer.

Ayuh bangkitlah bangsaku. Ayuh kita kuasai ekonomi pula. Kita kuasai kedai-kedai hardware, kedai-kedai runcit, kedai-kedai kopitiam, kedai-kedai pakaian ternama, kedai-kedai kasut, kedai-kedai tayar, kedai-kedai alat ganti kenderaan dan lain-lain.

Sembilan daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Itu bukan kata saya yang hina ini, itu sunnah Rasulullah SAW!
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130515/re_06/Ayuh-berjihadlah-orang-Melayu-kuasai-ekonomi#ixzz2TSXust6f
© Utusan Melayu (M) Bhd

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

5 Responses to Kisah Zaini Hassan Mencari Sarung Telefon Peniaga Melayu…

  1. ahmadyani says:

    Saya teringat tidak lama dahulu akan kisah peniaga seluar ‘JIN’ Melayu yang ‘dipaksa’ berpindah ke sudut yang tidak strategik di KLCC sedangkan dia tiada masalah membayar sewa. Juga kisah restoran Melayu yang memakai nama Kelantan sebagai jenamanya yang ‘dikacau’ hingga terpaksa berpindah keluar, juga dari KLCC.

    Kadang-kadang soal sebegini pun kena diperhatikan dan diambil perhatian juga.

  2. Pingback: Kisah Zaini Hassan Mencari Sarung Telefon Peniaga Melayu… | http://www.usahawan.kom.my

  3. shubhi says:

    Insyallah! sama-sama kita sahut seruan baik ini

  4. azwan says:

    Insyaallah jika ke melaka boleh singgah di kedai kami 100% bumiputra..tuan.
    KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI ERELOAD STATION
    LOTG20 GROUND FLOOR KOMPLEKS MELAKA MALL LEBUH AYER KEROH 75450 MELAKA
    FB PAGE:Ers mobile accesories
    017 3806696..azwan.

  5. Amat boring hari nie… tapi hati saya terhibur di blog awak .. terima kasih … saya akan lawati lagi blog nie .. harap awak akan sentiasa update dengan cerita2 baru…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>