Baru-baru ini seorang rakan saya menceritakan kepada saya mengenai bagaimana susahnya beliau untuk menamatkan langganan Astro di rumah beliau.
Beliau ingin menamatkan langganan ini atas sebab untuk mengelakkan anak kecil beliau yang menghabiskan masa terlalu lama di hadapan TV menonton kartun di Astro.
“Susah betul nak tamatkan langganan Astro nie, sampai ke tahap aku kena ugut bahawa aku nak tulis ke newspaper, barulah operator tu cakap boleh tamatkan. Macam terperangkap pulak aku dalam bisnes nie”
Melihat kepada rungutan ini, saya sedar saya sendiri sebagai pelanggan mungkin sudah terperangkap dalam beberapa perniagaan lain.
Contohnya :
Katakan anda gunakan Maxis sebagai talian telefon anda. Untuk mendapatkan harga yang murah sesama pekerja anda, anda juga menjadikan Maxis sebagai talian utama untuk digunakan dalam perniagaan anda.
Dengan erti kata lain, anda mungkin akan gunakan perkhidmatan ini untuk 20 tahun akan datang semata-mata kerana sukarnya anda untuk berubah syarikat telekomunikasi.
Namun setelah saya fikir secara mendalam, Bagaimana pula dengan Apple ?
Setelah bertahun saya mendengar mengenai Ipad, saya membeli Ipad pada tahun lepas dan selepas menggunakannya, saya yakin inilah device terbaik untuk saya. Tahun ini saya membeli pula Iphone kerana saya mula yakin dengan produk keluaran Apple.
Jadi tidakkah saya juga terperangkap ?
Ya saya terperangkap dengan produk keluaran Apple, namun apa salahnya jika dengan saya terperangkap ini, saya mendapat manfaat yang banyak daripadanya.
Saya boleh gunakan fon ini untuk menggunakan applikasi-applikasi yang sangat berguna untuk perniagaan.
Melihat dari aspek perniagaan pula, kita perlu memerangkap pelanggan kita.
Tetapi memerangkap ini mestilah dengan cara kita memberikan yang terbaik untuk pelanggan kita sehingga mereka tidak mampu untuk menolak tawaran perniagaan kita.
Ini samalah seperti Apple, saya bukan saja selesa dengan produk Apple malah saya juga sudah menjadi ejen marketing tidak bergaji untuk syarikat ini.
Saya menceritakan kepuasan penggunaan ini kepada rakan-rakan dan juga kepada anda yang sedang membaca. Semua ini adalah tanpa sebagai gaji atau komisen bagi diri saya.
Apa faktor yang membolehkan anda memerangkap pelanggan anda dengan cara Apple memerangkap peminat mereka ???
Cuba anda renung-renungkan….
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



1. PERKHIDMATAN YANG TERBAIK
2. LAIN DARI YANG LAIN