Cerita Mengenai Boss Anda Yang Teruk dan Bagaimana Mengatasinya

Ramai orang memilih karier untuk bekerja sendiri atau menjadi usahawan atas sebab “Bos yang teruk”.

Jika pemimpin politik boleh ditentang, namun boss dalam syarikat sudah tentu susah untuk kita tentang kerana ia akan mengakibatkan kita kehilangan pekerjaan.

Jadi kekadang itu anda terpaksa bersetuju dengan sesuatu yang anda sendiri tidak yakin atau tidak bersetuju.

Jadi setiap orang antara kita yang pernah bekerja di beberapa tempat tentu mempunyai pengalaman mengenai boss yang teruk untuk dikongsi.

Sewaktu saya bekerja pada umur 12 tahun sebagai seorang pembersih di sebuah kilang di Kedah, saya masih ingat boss saya yang akan mengerah kami untuk bekerja selama 12 jam sehari. Tapi bagusnya boss ini, dia akan menyediakan rumah untuk kami tinggal namun rumah itu tidak disediakan dengan kipas. Jadi pada waktu malam, darah kami akan didermakan secara percuma kepada nyamuk-nyamuk yang akan menghisap darah sepanjang malam.

Rakan saya pada waktu itu membuat teori bahawa, kaedah terbaik untuk tidur adalah dengan membiarkan nyamuk-nyamuk ini menghisap darah kami sehingga kenyang dan mereka akan pergi dari situ.

Memang betul nyamuk yang sudah menghisap darah pergi dari situ, namun ianya akan diganti pula dengan beratus nyamuk-nyamuk lain untuk meratah darah kami.

Selain daripada cerita di atas, banyak lagi kisah dan cerita lain yang saya alami sepanjang bekerja dengan orang lain.

Saya juga pernah mendengar cerita dari rakan-rakan mengenai boss mereka masing-masing.

  • Ada kisah yang saya dengar dari seorang kawan yang juga seorang boss yang mengusahakan ladang tanaman. Kawan saya ini bercerita, dia hanya akan membayar gaji kepada pekerja pertanian ini jika cuaca baik. Jika cuaca hujan dan mereka tidak dapat bekerja, dia tidak akan membayar gaji mereka. Saya menjadi kagum terhadap hati keras beliau ini.
  • Ada pula cerita dari seorang rakan yang mempunyai boss perempuan. Menurut kawan saya, boss ini akan melepas geram kepada semua pekerja dengan memarahi mereka atas isu-isu kecil jika sudah tiba waktu ‘datang bulan’ selama seminggu. Selain daripada seminggu itu, dia adalah seorang yang sangat baik dan peramah.
  • Ada pula kisah seorang eksekutif yang dipaksa untuk bekerja sehingga 11.00 malam setiap hari. Memandangkan sebagai eksekutif, mereka tidak mempunyai gaji Overtime. Maka terpaksalah rakan saya ini mengorbankan masa bersama keluarga untuk bekerja sepanjang masa. Sehinggalah satu hari, anaknya sendiri sudah kurang mengenali beliau.

He he he

Jadi setiap daripada anda mempunyai cerita mengenai boss anda untuk dikongsikan. Jadi silalah kongsikan di bawah

Bagaimana Mengendalikan Bos Yang Bermasalah ?

  1. Buat Yang Terbaik – Bos anda berkelakukan begitu supaya dia dapat memberi anda tekanan untuk bekerja dengan lebih baik hari demi hari. Jadi anda perlu melakukan yang terbaik. Buat kerja lebih dari yang sepatutnya dan fikir daripada aspek kaca mata bos anda.
  2. Jadi Pak Angguk – Walaupun anda rasa pendapat bos anda itu salah, cuba untuk bersetuju dengan bos anda. Jika anda suka membangkang, ini adalah petanda anda tidak akan lama bekerja di bawah bos itu.
  3. Berkompromi – Cuba cari jalan untuk menerangkan kepada bos anda dengan cara yang mudah untuk bos anda fahami. Contohnya jika air-cond di pejabat anda sering rosak. Cuba dengan membuka butang baju anda supaya bos anda akan faham sendiri bahawa anda sudah memerlukan air-cond yang baru.
  4. Simpan rekod – simpan rekod email dan rekod apa saja makian yang bos anda hamburkan kepada anda. Anda tidak tahu bila anda akan memerlukannya. Namun jika ditakdirkan anda mengheret bos anda ke mahkamah, semua bukti ini akan menjadi sangat berguna.
  5. Jadi Usahawan – Inilah jawapan yang terbaik..

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

3 Responses to Cerita Mengenai Boss Anda Yang Teruk dan Bagaimana Mengatasinya

  1. Amoi Eton says:

    saya pernah ada 3 bos (bos bertukar-tukar sebab jabatan kerajaan memang macam tu..) setakat ni saya suka semua bos saya! ahamdulillah, saya x pernah dapat bos pompuan! kalau ada, habislah, saya memang tak reti bodek bos..
    saya mengamalkan prinsip Pareto yang Shabudeen rekemen dalam blognya baru-baru ni. Alhamdulillah, berkesan!
    sekian, hehe

  2. ahmadyani says:

    Saya setuju benar dengan jawapan ke5. Ia itulah yang terbaik. Namun bagi kebanyakkan orang yang ke 5 ini hanya dalam angan-angan. Dan kata orang yang berpengalaman (entahkan betul atau tidak) kalau kita jadi usahawan iaitu bekerja sendiri hanya semata-mata kerana marahkan bos yang teruk, nanti perniagaan kita juga yang teruk. Sebab kita masuk ke dalamnya dalam keadaan marah.

  3. Pingback: Cerita Mengenai Boss Anda Yang Teruk dan Bagaimana Mengatasinya | http://www.usahawan.kom.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>