Bagaimana Menemui Peluang Di Hadapan Mata

Kira-kira 10 tahun yang lepas, saya membeli kereta pertama saya iaitu Mitsubishi Tredia dengan harga RM 4000 sahaja dari seorang kawan penjual kereta. Saya menggunakan kereta ini untuk kira-kira setahun sebelum menjual semula kereta ini kepada kawan yang sama dengan harga RM 2000.

Saya bukan ingin bercerita mengenai kereta. Baca selanjutnya…

Kereta ini saya tidak pernah dengar namanya sebelum ini dan tidak mengetahui langsung kewujudan kereta ini walaupun saya telah bekerja sebagai seorang salesman kereta selama 1 tahun pada waktu itu.

Apa yang menarik perhatian saya, ialah apabila saya menggunakan kereta ini, maka saya melihat banyak kereta jenis ini di jalan raya di Kuala Lumpur. Terkejut saya dibuatnya.

Beberapa hari sebelum saya memiliki kereta ini, saya tidak tahu kewujudan kereta ini dan tidak pernah melihatnya di atas jalan. Kini apabila saya memilikinya dan mengetahui mengenainya, saya melihat banyak kereta ini di atas jalan.

Sesuatu yang pelik bagi saya. Saya mula mengkaji mengenai perkara ini.

Akhirnya saya menemuinya bahawa memang terdapat kajian yang mengatakan kita akan melihat apa yang kita mahu lihat sebenarnya berbanding apa yang kita lihat setiap hari.

Maksudnya, setiap hari kita lihat banyak benda dan perkara melalui mata kita, namun kita biasanya mengabaikannya kecuali perkara-perkara tertentu yang kita benar-benar mahu melihatnya.

Ini juga sangat betul bagi mereka yang mencari peluang akan menjumpai peluang dan mereka yang mencari masalah akan menjumpai masalah.

Jika anda kini sedang berkira-kira untuk memulakan perniagaan. Tanya soalan yang betul kepada anda.

Tanya minda anda, “Apakah peluang saya untuk memulakan perniagaan ?”

Dengan soalan sebegini anda pasti menemui peluang seperti saya menemui banyak kereta Mitsubishi Tredia sehingga hari ini.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>