Jika anda baru pertama kali mendengar perkataan “content marketing”, ini bermakna anda sudah agak ketinggalan zaman dan anda perlu berlari dengan lebih laju untuk mengejar peredaran zaman yang semakin pantas.
Content Marketing atau dalam Bahasa Melayu “Pemasaran Melalui Isi Kandungan” ialah satu kaedah pemasaran yang semakin mendapat tempat untuk memasarkan produk jualan anda.
Kaedah pemasaran ini ialah apabila anda sebagai penjual memberi tips dan maklumat terlebih dahulu sebelum pelanggan anda membeli daripada anda.
Ia sama seperti jika anda pergi untuk membeli minyak wangi, anda akan tertarik dan membeli daripada peniaga yang paling banyak memberi maklumat kepada anda. Tidak membeli daripada orang sebegini akan membuatkan anda merasa bersalah.
Ini sama seperti content marketing di mana penjual akan memberi maklumat dan tips melalui blog, facebook, twitter atau email kepada pengikutnya. Jika maklumat ini cukup berguna, pengikutnya akan menyebarkan maklumat ini dan bilangan pengikut akan bertambah.
Apabila pengikut yang bertambah ini mendapat maklumat demi maklumat, maka pengikut ini akan mula bertukar menjadi pelanggan.
Seperti contoh pelanggan minyak wangi tadi, pengikut yang tidak membeli daripada orang yang paling banyak memberi maklumat ini akan berasa bersalah jika membeli daripada orang lain. Lagi pula orang yang paling banyak memberi maklumat berinformasi adalah orang yang paling layak untuk mendapat pelanggan kerana mereka telah memberi sebelum mereka menerima.
Jika pada zaman dahulu, pemberian maklumat seperti ini memerlukan kos. Kini dengan adanya internet, ianya menjadi mudah dan hampir tidak melibatkan sebarang kos selain masa, tenaga dan buah fikiran penjual.
Saya secara peribadi telah menjalankan pemasaran content marketing ini sejak 5 tahun yang lepas apabila saya mengendalikan blog ini. Dengan adanya blog ini saya luahkan sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi daripada pembacaan dan pengalaman peribadi saya.
Melaluinya saya mendapat ramai kenalan dan juga mendapat ramai pelanggan.
Apabila saya tanya kepada pelanggan saya, kenapa mereka memilih saya untuk membimbing mereka mengimport barangan dari China, jawapan mereka.
“Saya sudah lama mengikut blog saudara dan saya yakin saudara ikhlas dalam usaha ini”
Hmm.. terima kasih. Jawapan seperti ini membuatkan saya bahagia.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.


