Menetapkan Sasaran Pelanggan Yang Tepat Sebelum Memulakan Proses Pemasaran

Adakah Memulakan Pemasaran Anda Menggunakan Buku Panduan Telefon Adalah Sesuatu Yang Bijak ?

Apabila saya bertemu ramai orang dikalangan usahawan kecil atau CEO syarikat besar dan saya mereka bertanya pendapat saya mengenai bagaimana untuk meningkatkan jualan produk mereka.

Soalan pertama yang saya akan tanya mereka, “Siapakah target market (pelanggan sasaran) anda ?”

Jawapan mereka : Hahaha.. kalau boleh semua rakyat Malaysia. Lagi ramai lagi bagus.

Ini adalah sebab mereka gagal. Mereka tidak mempunyai sasaran pemasaran yang tepat. Jika kita tidak mempunyai sasaran pelanggan yang tepat, perkara paling tepat yang kita boleh buat adalah membuka buku panduan telefon dan mula mendail dari huruf A sehingga habis buku yang tebal itu.

Tentu anda tidak akan berbuat demikian bukan ?

Kerana anda tahu itu adalah kerja gila.

Cuba anda lihat akhbar atau majalah yang ada di negara kita. Semua majalah ini mensasarkan kepada golongan yang berbeza. Orang PAS mungkin tidak membaca Utusan Malaysia dan orang UMNO mungkin tidak membaca Harakah.

Orang yang minat memasak tidak mungkin membeli majalah memancing dan juga sebaliknya.

Ini menunjukkan, kita semua berada dalam bidang yang berbeza dan ada diantara kita dalam bidang yang sama tetapi juga berbeza dalam bidang yang lain.

Kenapa saya terangkan mengenai ini ?

Orang yang mempunyai minat yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza. Kita sebagai usahawan adalah orang yang memenuhi keperluan mereka ini untuk membuat keuntungan.

Jika anda ialah seseorang yang menjual alat-alat memancing. Pertama sekali, anda perlu mengenalpasti pasaran anda.

Siapa orang yang akan membeli barangan anda ? Berapa umur mereka ? Apa minat mereka ? Apa majalah yang mereka baca ? Berapa lingkungan pendapatan mereka ?

Selepas semua soalan ini terjawab, barulah anda boleh memulakan proses pemasaran anda.

Dengan melakukan kaedah ini, anda akan menjimatkan banyak masa, wang dan tenaga yang anda telah habiskan selama ini untuk mengejar pelanggan anda.

Dalam Kursus Usahawan Super, saya akan ajarkan anda mengenai kaedah membina Profail Pelanggan Idaman. Profail ini sangat penting untuk anda bina kerana ia akan memberi anda arah yang tepat untuk dituju dalam menjual produk anda.

Tanpanya, anda akan menjadi seperti orang yang mula memasakan produk menggunakan Buku Panduan Telefon

Untuk menyertai Kursus Usahawan Super, sila dail Nurul di talian 017-2517515 SEGERA untuk mendaftar.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>