Assalamualaikum Shahabudeen,
Terima kasih atas semua artikel yg tuan berikan pd saya setiap masa dan berikan saya keyakinan utk menceburi bidang perniagaan dan sememangnya berminat dr dulu. Minat saya dalam berniaga lebih ke arah menjalankan perniagaan kedai runcit atau mini market dan juga kedai makan atau restoren tapi tak menolak utk menjalankan perniagaan lain jika mempunyai peluang yg lebih baik.
Tentang tajuk yg tuan berikan tu sememangnya benar dan saya tertarik pd petikan berikut:-
“Saya berikan anda peluang untuk bertanya 3 soalan berkenaan dengan isu anda yang sedang bekerja makan gaji yang ingin memulakan perniagaan. Apakah masalah utama yang menghalang anda dan bagaimana menyelesaikannya ???”
Soalan pertama saya, Apakah perniagaan yang tuan rasakan berpotensi atau bersesuaian untuk saya jalankan pada masa kini?
Soalan kedua, Bagaimana nak menjalankan perniagaan jika tiada modal atau modal tak mencukupi dan setelah cuba mendapatkan pinjaman dari bank?
Soalan ketiga dan terakhir, Adakah tempat saya berniaga berpotensi naik jika tuan ingin mencadangkan sesuatu perniagaan kepada saya?
Saya berharap tuan dapat memberikan sedikit pandangan atau berkongsi serba sedikit pengalaman untuk saya lebih berkeyakinan sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
Saya dahului dengan jutaan terima kasih atas tunjuk ajar dan panduan dari tuan selama ini.
Sekian terima kasih.
Ikhlas dari,
Zack JB
Pasir Gudang
Jawapan :
Salam,
1. Saya rasakan saudara boleh mulakan dahulu dengan menjual sesuatu yang tidak memerlukan premis jualan atau kedai. Mulakan kecil-kecilan dengan menjual secara atas motor atau kereta. Letakkan target untuk miliki kedai, tetapi jangan jadikan ia sebagai alasan anda tidak memulakan perniagaan.
2. Modal dijadikan alasan dan halangan bagi ramai org yang ingin bergelar usahawan dan akhirnya sehingga mati mereka tidak memulakan perniagaan. Ini satu kesalahan yang besar.
Saudara sepatutnya mencari jalan untuk memulakan perniagaan tanpa modal. Saudara ada modal tenaga dan pemikiran saudara. Mulakan memberi khidmat terlebih dahulu. Mungkin boleh mengajar tuisyen atau mengajar kanak-kanak bermain bola sepak dan sebagainya. Daripada situ saudara akan mula mendapat modal dan selepas itu barulah saudara mudah mendapat suntikan modal.
Siapa yang nak berikan saudara modal jika saudara belum pun memulakan perniagaan ? Jika saudara sendiri mempunyai 1 juta Ringgit, adakah saudara akan berikan kepada seseorang yang belum memulakan sebarang perniagaan ? Sudah tentu tidak kan ? Sebab saudara tahu, orang ini belum terbukti tahu berniaga, jadi mungkin duit itu akan hangus begitu saja.
3. Pasir Gudang adalah pekan yang cukup besar untuk saudara menjadi seorang jutawan. Lagi pula sekarang sudah ada internet di mana saudara boleh menjual melangkaui sempadan tempat tinggal saudara.
Terima kasih
SJ
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Masih ramai yang menganggap kecil-kecilan itu bukan perniagaan. Perniagaan bagi mereka ialah mulakan sesuatu yang besar dengan modal yang besar. Pemikiran sebegini perlu diubah.