
Jika anda tidak mempunyai lori, anda boleh berfikir secara non-linear untuk memindahkan peti sejuk anda. (Gambar di ambil di tengah bandaraya Moscow, Rusia Ogos 2012 )
Dalam mengkaji orang yang kaya dan miskin di dunia, didapati orang yang menjadi kaya dan berjaya sebenarnya kebanyakkan mempunyai keupayaan pemikiran yang sama seperti orang lain.
Ada orang pandai yang menjadi kaya dan ada orang bodoh menjadi kaya…
Namun ada satu perbezaan ketara yang wujud dikalangan orang kaya dan miskin dalam pemikiran mereka adalah pandangan mereka terhadap kewangan. Samada linear atau non-linear.
Orang yang miskin kebanyakkan berfikiran linear terhadap wang. Linear bermaksud mereka berfikir lurus dengan pengiraan logik semata-mata.
Biasanya ini berlaku apabila mereka mengaitkan wang dengan masa kerja mereka. Jika bekerja 10 jam sehari mereka akan mendapat wang sebanyak RM 2000 sebulan. Jadi bagi mereka tanpa masa kerja ini mereka tidak akan mendapat wang sebanyak itu.
Apabila mereka percaya bahawa masa dan wang berkaitan dan berkadar terus, mereka akan mula membuat kesimpulan bahawa untuk mereka menjadi kaya, mereka terpaksa kerja lebih masa.
Jadi jika kerja lebih banyak jam, mereka akan membuat lebih banyak duit dan hanya dengan cara ini mereka akan menjadi kaya.
Kita semua hanya mempunyai 24 jam sehari, sudah tentu kita perlukan 6-8 jam untuk tidur dan beberapa jam lagi untuk aktiviti lain. Jadi secara tidak langsung, orang miskin telah menghadkan kebolehan mereka untuk mencapai pendapatan dengan meletakkan had.
JADI ADALAH SALAH UNTUK ANDA YANG INGIN KAYA DAN BERJAYA BERFIKIR SECARA LINEAR MENGENAI WANG.
Manakala orang yang kaya dan berjaya pula, mereka tahu mereka harus berfikir mengenai wang dengan konsep non-linear atau dengan kaedah yang lebih kreatif.
Mereka tahu wang yang banyak boleh diperolehi jika mereka dapat menjana idea untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam persekitaran mereka.
Mereka akan dianugerahkan wang yang banyak jika mereka menyediakan penyelesaian bagi masalah ini.
Selain itu, mereka juga berfikir dengan lebih mendalam mengenai sesuatu isu supaya mereka mendapat penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah.
Manakala pemikiran orang miskin yang linear hanya akan melihat satu masalah dari kaca mata yang sama semata-mata. Mereka tidak akan berfikir mendalam atau secara kreatif.
Cuba anda bayangkan, katakan salah seorang ahli keluarga anda mengidap kanser dan anda perlu belanjakan RM 50,000 untuk belanja pembedahan beliau.
Anda pula hanya bekerja makan gaji 10 jam sehari dengan gaji RM 2000 dan jika anda buat OT secara maksimum anda akan mendapat RM 3500 sebulan
Orang yang berfikiran linear akan mengira bahawa mungkin dia perlu bekerja untuk 2 tahun menabung dan menyimpan untuk membayar wang pembedahan ini. Ini adalah pemikiran linear orang miskin dan malas. Sebelum tamat tempoh 2 tahun itu, mungkin orang yang mengidap kanser itu sudah mati.
Orang kaya dan berjaya pula akan mencari jalan yang non-linear atau lebih kreatif. Mungkin dia akan luangkan 1 jam sehari dari masanya untuk meletakkan barang jualan di internet, atau cuba ceburi bidang hartanah dengan menjual hartanah orang lain dan pelbagai bisnes lain yang boleh dibuat pada waktu yang sama.
Ini menunjukkan dengan jelas bahawa jika anda ingin kaya dan berjaya, anda bukan saja perlu tahu berfikir secara linear tetapi juga secara non linear dan kreatif.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Terima kasih, info bermanfaat…!!
terima kasih kepada info berguna ini.
Maksudnya, lojik pemikiran kaya kena kerja lebih masa juga. Bezanya bukan kerja yang sama.
tak semestinya lebih masa..