“Money is root of all evil” kata pepatah berbahasa Inggeris yang bermaksud “Duit adalah paksi segaja kejahatan”.
Kita diajar dari kecil bahawa orang yang kaya adalah mereka yang bertuah tetapi korup. Pemikiran seperti ini ditanamkan kepada kita supaya kita tidak memberontak dan selesa dengan kemiskinan yang ada.
Lama-kelamaan, kita mula untuk menumpukan pemikiran kita ke arah kemiskinan sebagai sesuatu yang mulia. Kita mula percaya penipuan yang kita reka sendiri.
Cuba kita lihat realiti orang kaya dan orang miskin.
Hampir 90% mereka yang mendiami penjara, pusat pemulihan dadah dan sekolah pemulihan akhlak terdiri daripada mereka yang datang daripada keluarga yang miskin.
Tidak itu saja, statistik menunjukkan kejadian sumbang mahram seperti datuk rogol cucu, bapak rogol anak dan penagihan dadah adalah berleluasa dikalangan orang miskin.
Kenapa semua ini berlaku kebanyakkannya dikalangan orang miskin ???
Sudah tentu puncanya bermula dengan ketiadaan kewangan yang kukuh. Ini mengakibatkan mereka ini tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Jika Datuk yang merogol cucu itu mempunyai wang yang banyak, sudah tentu orang tidak berguna ini akan melanggan pelacur yang cantik-cantik berbanding merogol darah daging sendiri.
Jadi tidakkah kemiskinan boleh menghampirkan anda kepada kekufuran ?
Berbeza pula dengan orang kaya di mana mereka melatih anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan yang cukup serta memahirkan mereka dengan kemahiran-kemahiran tambahan. Ini semua memberi kelebihan kepada anak kecil ini untuk berhadapan dengan masa depannya untuk menjadi orang yang lebih hebat.
Mungkin betul jika anda membidas hujah ini dengan mengatakan akhbar saban hari menyebarkan berita mengenai orang kaya yang korup.
Memang betul ada orang kaya yang korup. Berita orang kaya korup adalah lebih komersial berbanding dengan berita orang miskin mencuri sabun di kedai runcit. Sebab itu akhbar mengfokuskan perhatian mereka kepada orang kaya dan bukan orang miskin.
Tiada siapa yang akan membaca berita mengenai seorang miskin yang mencuri sabun.
Jadi apa yang saya nak sampaikan kepada anda dalam artikel ini ialah, anda perlu sepenuhnya percaya bahawa hanya kekayaan boleh menyelamatkan anda daripada kekufuran.
Dengan kepercayaan ini, tutup minda anda terhadap sebarang bentuk kemiskinan. Jangan pandangan kemiskinan sebagai sesuatu yang mulia. Pandang kekayaan sebagai sesuatu yang mulia, cantik, bersih dan bahagia.
Hanya dengan kepercayaan awal ini, realiti pendapatan anda akan berubah…
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



En. SJ
Kajian dan statistik yang diberikan itu adalah berat sebelah..
Seperti 90% mereka yang mendiami penjara, pusat pemulihan dadah dan sekolah pemulihan akhlak.
Ya, memang angka itu betul tapi jika kita melihat dari nisbah org kaya dan miskin di Malaysia adalah tidak seimbang. Jadi , sudah tentu yg byk itu telah mendominasi peratusan itu. Samalah juga seperti statistik kemalangan kereta di Kuala Lumpur adalah lebih banyak daripada kemalangan kereta di Kuala Kedah.
Saya kurang bersetuju dengan quote “hanya kekayaan boleh menyelamatkan anda daripada kekufuran.” maka jika quote ini adalah betul dan tepat, ini akan menjadikan manusia yang tidak memiliki kekayaan adalah manusia yang berdosa sepanjang hidup.
1. Jika kita x ambil statistik pun, kecenderungan seseorang untuk buat jenayah lebih tinggi jika kita miskin. Maksudnya, jika kita x ada duit nk beli camera, kita lebih cenderung unt mencuri berbanding dgn sewaktu kia ada duit yg cukup.
2. Hadith Nabi yg mengatakan “kemiskinan menghampirkan kepada kekufuran”, saya hanya buat olahan ayat saja
SJ
Maaf En SJ,
Benarkah ungkapan “kemiskinan menghampirkan kepada kekufuran” adalah hadith daripada Nabi yg kita sayangi.?
Kemiskinan bukanlah bersifat satu dimensi dan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kepada ukuran material semata-mata. Atas sebab itu kemiskinan bukanlah sesuatu yang tersangat keji hingga ianya mesti dimusuhi dan diperangi habis-habisan. Yang perlu diperangi dan dibasmi habis-habisan ialah kemiskinan jiwa, kemiskinan iman dan taqwa.
Menjadi orang kaya bukanlah suatu yg wajib, ia hanya pilihan. Namun ianya pilihan yang sukar. Begitu juga kemiskinan, ia juga pilihan. Namun, itu menjadi pilihan kerana ianya lebih mudah.
Adalah tidak menjadi masalah jika kita mengejar kekayaan… Tetapi kemiskinan bukanlah sesuatu yg dianggap salah .
pendapat saye, tidak salah SJ nak beri semangat supaye kite lebih cenderung menuju ke arah kejayaan (mcm makna azan yg kte dgr tiap2 hari tu)..mungkin ini salah satu cara utk membuka mata & hati org ramai utk memulakan perniagaan..ya betul,tak semua org kaya itu jahat dan tak semua org miskin itu jahat..dan begitu juge sebaliknye..
bila kita miskin dan kita bersyukur dan sedar diri,kita takkan jadi jahat. Tapi tak ramai manusia yg sebegini..dan juge bila kita kaya dan kita tak lupa diri dan rendah diri,kita pun takkan jadi jahat.kita boleh menaikkan taraf hidup dan tak menyusahkan org lain.klu dah kaya,kita boleh terus rasa bahagia jika kita terus hidup secara sederhana dan tidak menunjuk2.
tentang hadis di atas,mmg hadis itu bkn drpd Rasulullah..mungkin SJ tersilap..SJ pun manusia biasa juge….niat SJ baik iaitu ingin mengajak kita menjadi lebih senang dan kaya.SJ nak berkongsi ilmu dgn kita.lagipun,ini mmg skop perniagaan dia..nasihat2 SJ mmg saya suka dan terima kasih diucapkan.
Maaf, saya salah mengenai hadith itu. Setelab saya buat kajian, mmg itu bukan hadith yg betul. Pohon maaf.