Adakah Pelanggan Anda Akan Merindui Perniagaan Anda ???

Rinduku Terubat Apabila Terdapat Cawangan di Taman Dagang, Ampang

Salah satu cara untuk menilai samada perniagaan anda mendapat tempat di hati pelanggan-pelanggan anda ialah apabila anda bertanya soalan “Adakah Pelanggan Anda Akan Merindui Perniagaan Anda Jika Anda Menutupnya ?”

Ramai yang berniaga hari demi hari tanpa menghiraukan samada mereka memberi nilai tambah atau tidak dalam kehidupan pelanggan mereka. Perasaan dalam hati peniaga seperti ini akan memberi kesan di hati pelanggan anda juga.

Hasilnya mereka tidak merindui anda juga….

Untuk menjadikan pelanggan anda merindui anda, anda perlu menjadi yang terbaik untuk mereka.

Ia samalah seperti kita merindui pasangan kita apabila berjauhan. Kenapa kita merasa perasaan rindu ini ? Ini adalah kerana pasangan kita membuat yang terbaik untuk kita.

Saya cintakan makanan jadi saya sering rindu untuk makan di restoran-restoran yang pernah saya mendapat kepuasan apabila menjamah makanan di sana sejak saya kecil.

Contoh tempat makan yang saya rindu adalah kebanyakkan terletak di Alor Star seperti :

1. Mee Abu

2. Popia Mahkamah Jamal

3. Nasi Lemak Haji Ali

4. Nasi Ayam Goreng di Yasmeen

5. Masakan Melayu di Pumpong

6. Nasi Lemak Royale (Kini sudah ada cawangan baru di Taman Dagang, Ampang)

Walaupun terdapat beribu restoran lain di Alor Star, kenapa saya rindu kepada beberapa kedai ini ? Malah ada antara mereka ini dirindui oleh Sultan Kedah dan Tun Mahathir.

Ini adalah kerana mereka adalah yang terbaik dikalangan restoran-restoran yang ada. Makanan sedap, servis yang baik, pekerja yang peramah dan pelbagai sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka bertahan berpuluh tahun sehingga beberapa generasi.

Tanya soalan ini kepada perniagaan anda.. Jika jawapannya masih tidak.

Mungkin anda tidak menawarkan apa yang pelanggan anda mahukan ataupun anda perlu baiki apa yang anda sedia tawarkan sekarang.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

6 Responses to Adakah Pelanggan Anda Akan Merindui Perniagaan Anda ???

  1. suhaimi says:

    Salam tuan. Terima kasih kerana memberi saya inspirasi untuk memulakan perniagaan. perniagaan saya x seberapa, cuma part time burger di waktu malam lepas kerja, dan masih baru lagi tak sampai 3 bulan. Tapi Alhamdulillah, saya dah ada regular customer. kalau saya tutup, besoknya customer akan tanya kenapa semalam tutup? Insyaallah, saya akan cuba buat customer saya rindu dgn burger saya. saya mohon tuan SJ dan pembaca blog ini doakan agar saya dapat terus majukan perniagaan yang baru bertunas ni. :D

    • Shahabudeen says:

      Insya-Allah… saya sentiasa doakan kejayaan usahawan yang membaca blog saya ini. Anda adalah orang yang mencari dan mencipta kejayaan. Anda pasti berjaya. Dekat mana gerai burger tu ?

      • suhaimi says:

        terima kasih tuan.. Gerai saya di Taman Sri Wang, Sg. Petani. Saya cuba jadikan burger saya unik berbanding burger2 lain, macam dlm artikel2 tuan yang bnyk menekankan keunikan produk berbanding produk2 lain. saya tak mampu ubah bentuk dan konsep burger tu secara keseluruhan, tapi saya ubah kebiasaan burger2 jalanan yang saya sendiri kurang suka. saya ubah dari segi rasa dan bahan yang digunakan. saya kaji terlebih dahulu rasa burger2 yang terkenal, dan saya jadikan contoh untuk burger saya. Dan yang menariknya lagi, saya langsung tiada pengalaman buat burger mahupun berniaga, namun saya beranikan diri usahakan gerai saya secara seorang diri. saya cabar diri sendiri, seperti saranan tuan. saya belajar masak burger dari internet sebenarnya. alhamdulillah, semuanya ok walaupun ada cabarannya. thanks again for your guide and advice. :)

        • Tutor Hambal says:

          Saya juga nak ucapkan dan doakan selamat berjaya Tuan Suhaimi! Rumah org tua sy di Laguna Merbok, kalau sy balik SP insya-Allah sy singgah gerai tuan.

          • suhaimi says:

            terima kasih tuan.. saya juga doakan tuan berjaya dalam apa jua usaha yg tuan lakukan. kita saling mendoakan. :)

        • Shahabudeen says:

          Alhamdulillah.. semangat usahawan macam ini la yang kita cari selama ini. Saya juga akan singgah ke gerai burger tuan insya-ALlah pada hujung bulan ini sewaktu pergi ke Alor Star. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>