Rahsia Berkomunikasi Dengan Media Bagi Seorang Usahawan

Keratan Akhbar Pertama Saya

Pada tahap awal perniagaan, anda masih belum mampu membeli iklan bernilai beribu ringgit untuk memperkenalkan perniagaan anda. Jadi anda perlu mencari jalan untuk memperkenalkan perniagaan anda dengan cara termurah atau percuma.

Untuk ini, anda perlu mendapatkan liputan media samada media cetak atau elektronik. Saya akan bongkarkan rahsia ini kepada anda dalam artikel ini.

Saya secara peribadi pernah mendapat liputan dari semua media cetak di Malaysia, program TV seperti Majalah 3, Nona, Berita TV1, Agenda Awani, MHI dan pelbagai program yang lain. Jadi saya merasakan adalah layak bagi saya untuk mengajar anda mengenai hal ini.

Anda seharusnya membezakan antara iklan dan laporan media. Iklan diketahui ramai ianya berbayar tetapi ia tidak mempunyai kredibiliti seperti yang dipunyai oleh laporan media.

Laporan media adalah percuma, tetapi mempunyai kreadibiliti yang tinggi berbanding iklan. Pelikkan ? Tapi ini realiti.

Berikut adalah rahsia berkomunikasi dengan media bagi seorang usahawan untuk mendapat publisiti percuma di media.

1. Membuat Kajian Sebelum Menghubungi Media

Perkara paling utama yang perlu anda lakukan ialah mencari ‘newsvalue’ yang ada dalam perniagaan anda sebelum anda menghubungi media. Newsvalue bermaksud sesuatu berita yang mempunyai kelainan berbanding biasa.

Contohnya jika anda menjual baju kurung wanita. Ini adalah perkara biasa, tidak ada media yang akan membuat liputan mengenai anda. TETAPI Jika anda menjual baju kurung yang diimport dari Jepun. Ini sudah tentu luar biasa dan mempunyai newsvalue.

Ini hanyalah satu contoh untuk pemahaman anda. Ia samalah seperti jika seekor anjing mengigit manusia, ini adalah biasa. TETAPI jika seorang manusia mengigit anjing, ini adalah luar biasa.

Jadi perkara paling penting dan utama yang anda perlu lakukan ialah membuat kajian dan mencari apakah newsvalue yang ada dalam industri dan perniagaan anda. Tidak mengapa jika anda menghabiskan masa yang banyak untuk ini kerana ianya sangat berbaloi.

2. Memandang Dari Kaca Mata Wartawan

Anda dengan mudah boleh menghubungi mana-mana media untuk bercakap dengan wartawan. Namun perkara yang menentukan anda mendapat liputan ataupun tidak ialah apabila anda menerangkan perniagaan anda kepada wartawan itu.

Sebelum itu, anda perlu tahu, wartawan adalah seorang individu yang bekerja mencari newsvalue. Wartawan ini perlu keluar setiap hari mencari sesuatu yang istimewa. Apabila anda menghubungi mereka. Mereka mempunyai 2 perspektif terhadap anda.

a. Anda membuang masa kerana anda cuba mempromosikan perniagaan anda.

b. Anda adalah rahmat kerana memudahkan kerja mereka.

Ramai usahawan tergolong dalam golongan pertama kerana mereka mencuba terlalu keras untuk mempromosikan perniagaan mereka sehingga wartawan ini sendiri menjadi takut.

Anda sebenarnya perlu berfikir dari aspek wartawan itu. Apa yang ada bagi dia dalam apa yang anda cakap ??? Jika ada newsvalue, ini keuntungan bagi dia. Jika sekadar promosi biasa, ini tidak penting.

Jadi sentiasa pandang dari aspek wartawan dan cuba cungkilkan sesuatu untuk menarik perhatian wartawan.

3. Mudahkan Kerja Wartawan

Yang ketiga juga berkisar di sekitar wartawan. Jika wartawan ini sudah berminat dengan apa yang anda ingin sampaikan. Cara seterusnya untuk membuatkan artikel anda pasti dan cepat tersiar ialah apabila anda memudahkan kerja wartawan.

Berikut adalah cara memudahkan kerja wartawan

- Menyiapkan karangan 500 patah perkataan mengenai perniagaan anda – namun begitu, anda tidak seharusnya menulis dengan nada promosi. Anda perlu menulis dengan nada laporan seperti artikel-artikel yang biasa keluar di akhbar.

- Memberikan segala data dalam bentuk ‘softcopy’ dalam thumbdrive atau email – ini memudahkan wartawan kerana mereka tidak lagi perlu menaipsemula berita anda.

- Jika ada interview, buat di tempat yang selesa bagi wartawan. Adalah biasa apabila wartawan bertanya “Bila encik lapang untuk saya pergi ke tempat encik ?”. Anda cuba tanya kembali untuk memudahkan wartawan ini. Bertolak ansur dan jangan terlalu keras.

- Buat kerja rumah sebelum interview supaya segala apa yang anda akan cakap itu menarik dan mempunyai newsvalue.

- Gambar yang menarik (baca point seterusnya

4. Gambar Yang Menarik

Gambar memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan samada berita yang anda ingin sampaikan itu akan disiarkan ataupun tidak.

Pernah dalam pengalaman saya, sesebuah artikel itu tidak tersiar semata-mata kerana gambar yang tidak menarik.

Jadi untuk memudahkan kerja wartawan dan meningkatkan kebarangkalian artikel anda tersiar. Siapkan gambar yang banyak dan berkualiti tinggi. Gambar banyak penting untuk wartawan membuat pilihan dan gambar berkualiti tinggi penting kerana untuk siaran akhbar dan TV mereka memerlukan gambar berkualiti tinggi supaya gambar itu tidak pecah apabila disiarkan nanti.

Selain itu, gambar jugalah yang akan membentuk perspektif pembaca terhadap perniagaan anda kelak.

5. Follow-up Dengan Wartawan Selepas Menghantar Laporan Media

Ini adalah tips yang saya dapati dari orang no. 1 akhbar nasional di Malaysia. Menurut beliau, antara kelemahan usahawan Melayu adalah mereka gagal untuk membuat follow-up.

Biasanya mereka akan fakskan laporan media kepada pejabat akhbar dan kemudiannya mereka berdiam diri.

Menurut orang ini, sepatutnya selepas menghantar faks, seseorang usahawan itu perlu menelefon semula dan bertanya samada faks itu sudah diterima atau tidak. Jika sudah diterima, apa lagi yang diperlukan oleh wartawan.

Ini sesuatu yang logik kerana pejabat akhbar mendapat ribuan ‘siaran media’ daripada pelbagai pihak dan tidak mungkin mereka dapat memeriksa dan membaca setiap satu.

Jadi kitalah yang perlu bertindak untuk membuat follow-up.

Dengan 5 perkara yang diterangkan ini, saya berharap adalah jelas bagi anda mengenai bagaimana untuk anda menghubungi media untuk mendapatkan publisiti percuma untuk perniagaan anda.

Untuk pengetahuan anda, liputan media yang pertama adalah yang paling sukar untuk dapati. Tetapi selepas yang pertama, yang seterusnya akan menjadi lebih mudah dan mudah.

Ini adalah kerana, tidak ada akhbar yang ingin mengambil risiko sebagai orang yang pertama memperkenalkan anda kepada masyarakat. Anda boleh jadi penyamun dan anda juga boleh jadi seorang usahawan yang hebat. Siapa yang pertama memperkenalkan anda dalam akhbar adalah orang yang bertanggunjawab menanggung malu jika anda seorang penyamun.

Jadi jangan berputus asa dan teruskan berusaha sehingga anda mendapat liputan media dan menjadi seorang yang hebat dan berjaya.

Moga berjaya

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

10 Responses to Rahsia Berkomunikasi Dengan Media Bagi Seorang Usahawan

  1. Info yang sangat bermanfaat. Thanks you for sharing! :)

  2. Tutor Hambal says:

    best juga jadi usahawan ni. Boleh kluar kat surat khabar dan TV hehe..Perkongsian ilmu bisnes berkualiti hanya di SJ.com

  3. Best gak kalo our biz dpt review dlm akbar/megazine. Selalunye ranking biz kita pasti meletup lepas tu… berangan ni !!!

  4. faizal says:

    artikel yg menarik..bagi usahawan baru macam saya, langsung tidak terfikir akan perkara ini.tq tuan

  5. Suzie says:

    thanks..mmg berguna

  6. along says:

    info yang amat berguna! saya ingin bertanya, apakah perbezaan antara artikel dan advertorial? adakah kedua-duanya percuma?

  7. Akma says:

    Nice info you got here. Thanks for sharing.

  8. abuhanif says:

    Terima kasih En. Shahbudeen. Artikel yang sangat berguna, mudah mudahan bermanfaat untuk semua. Semoga Allah berkati umur En Shahbudeen, amiin.

  9. Shafizan Johari says:

    Memang betul apa yang anda tulis. Kalau takat call2 dan sms2 wartawan sebab nak kami tulis benda2 yang mengarut atau basi…baik lupakan lah saja hasrat anda itu.
    Tetapi kalau anda tawarkan kami angle yang menarik dan sesuai untuk penonton dan pembaca kami, maka andalah yang kami cari. Hahahah.

    Good article.

    Shafizan Johari, Wartawan Astro AWANI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>