Orang Paling Miskin Adalah Orang Yang Tidak Bersyukur

Baru-baru ini sewaktu pulang bercuti dari Rusia, saya meluangkan 4 hari di India untuk melawat saudara mara serta melihat suasana hari raya di sana.

Di sana saya melihat ada di antara saudara disebelah ibu saya yang hidup kaya-raya dan ada pula yang sangat miskin, walaupun mereka ini lahir daripada ibu dan bapa yang sama.

Ini membuatkan saya berfikir, kenapa ini terjadi? Mereka ini semua mendapat peluang pendidikan yang sama, kehidupan kanak-kanak yang sama dan kasih sayang yang sama, tetapi hidup mereka nyata bagaikan langit dan bumi.

Maka saya cuba mengkaji semua mereka ini dari aspek kesyukuran mereka kepada nikmat yang mereka dapat.

Apabila bercakap dengan mereka yang kaya, ternyata mereka banyak menyebut perkataan “Alhamdulillah” dan bersyukur dengan apa saja yang mereka dapat.

Ada salah seorang antara mereka bersyukur atas kesulitan dan kemalangan yang dihadapi. Mereka mengatakan jika bukan kerana itu, tidak mungkin mereka berada di mana mereka berada hari ini.

Ini nyata berbeza dengan orang yang miskin, mereka berbuih mulut menceritakan dan merungut atas apa saja yang mereka hadapi walaupun perkara itu baik.

Dapat dilihat juga hubungan mereka dalam keluarga juga agak teruk dan bercerai berai.

Selepas melihat kepada ini saya mula membuat kesimpulan bahawa orang kaya adalah orang yang bersyukur manakala orang miskin adalah mereka yang tidak bersyukur.

Maka timbul satu lagi persoalan, adakah orang kaya ini hanya bersyukur setelah mereka kaya atau mereka bersyukur sejak awal lagi ? Dan adakah orang miskin ini akan bersyukur jika mereka mnjadi kaya.

Ini kajian kedua yang saya perlu lakukan. Maka saya pun mengkaji sejarah mereka setiap orang. Memang nyata dari kajian saya, orang yang kaya ini sentiasa bersyukur walaupun sewaktu mereka masih miskin.

Pada yang miskin pula saya memberikan mereka wang 500 Rupees atau kira-kira RM 35. Mereka boleh hidup seminggu dengan duit sebanyak itu di sana.

Ternyata betul sangkaan saya. Saudara saya yang miskin ini tidak bersyukur. Mereka bukan saja tidak bersyukur malah meminta lebih lagi daripada saya. Ini membuatkan saya menjadi menyampah terhadap mereka ini. Dan berfikir tidak akan memberikan mereka apa-apa lagi selepas ini.

Nyata benar kalimah Tuhan dalam Al-quran yang mengatakan Tuhan akan melipatgandakan nikmat sekiranya hambanya bersyukur.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

One Response to Orang Paling Miskin Adalah Orang Yang Tidak Bersyukur

  1. shubhi says:

    There’s only one thing shared by every successful people, that contribute to their success…happy!
    One dream shared by not successful people, “they wish they are successful so that they will be happy!” normally they won’t get it

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>