Semalam isteri saya Olga Vasilevskaya menceritakan mengenai sebuah program realiti TV di Rusia yang sedang terkenal sekarang ini bertajuk “Seminggu Tanpa Isteri”
Dalam program ini beberapa pasangan dipilih dan mereka semua ditemuramah secara berasingan mengenai pasangan masing-masing.
Biasanya si suami akan menceritakan bertapa si isteri ini suka berleter dan suka membesarkan kerja-kerja kecil yang sangat mudah dilakukan.
Manakala si isteri pula akan merungut mengenai perangai suami yang tidak membantu langsung dalam kerja-kerja rumah.
Akhirnya si isteri akan dibawa bercuti selama seminggu dan si suami akan ditinggalkan bersama anak-anak untuk diuruskan.
Dalam program tersebut dapat dilihat bagaimana lelaki-lelaki ini menguruskan rumah tangga mereka tanpa isteri. Sangat melucukan menonton adegan ini.
Pada satu adegan, seorang suami yang mempunyai 3 anak sedang pulang dari pasaraya untuk memasak. Maka dia dengan penuh macho memberikan kunci rumah pada seorang anak, gandum pada anak yang kedua dan telur pada anak yang ketiga.
Setibanya di rumah, salah seorang anak itu telah menghilangkan kunci, maka lelaki ini berusaha keras untuk mencari kunci itu. Setelah kunci dijumpai, dilihat pada telur, semuanya sudah pecah dan gandum pula sudah bertaburan.
He he he…
Jadi kepada anda usahawan-usahawan di luar sana, peranan isteri dalam menjaga rumah tangga sangatlah penting dan jangan kita mengecilkan usaha mereka, kerana jika kita ditinggalkan seminggu, mungkin huru-hara juga dibuatnya.
Kepada usahawan wanita pula, anda memang hebat dan anda memang layak untuk berjaya dan ini memang terbukti dengan wanita-wanita hebat yang berjaya menjadi usahawan berjaya di Malaysia seperti Datuk Maznah Hamid.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



agree in the first place,