Ramai antara kita selesa dengan rutin. Rutin bermaksud anda membuat sesuatu kerja yang sama setiap hari sepanjang hidup anda. Ini adalah seperti anda makan di tempat yang sama, bekerja di tempat yang sama, berkawan dengan orang yang sama, bercerita dengan orang yang sama, membaca blog yang sama atau menonton TV, Radio channel yang sama.
Apabila ini yang anda lakukan, adalah sangat sukar untuk anda menjadi kreatif. Apa sebenarnya kreatif ?
Kreatif wujud apabila anda mencantumkan dua titik yang tidak tercantum. Contohnya apabila kita cantumkan penjualan pizza di restoran dengan perkhidmatan despatch. Maka kita akan mendapat “pizza-hut delivery”. Ini contoh terbaik untuk memahamkan anda mengenai kreativiti.
Begitu juga dengan hal-hal lain. Namun ramai yang tidak tahu bagaimana untuk kita mendapat cantuman ini ?
Untuk mendapat cantuman ini, anda perlu keluar dari dunia anda sekarang dan membuat pemerhatian atau berkomunikasi dengan dunia lain.
Jika anda berkawan hanya dengan rakan dalam bidang anda. Cuba satu hari anda cari orang yang bijak dalam bidang lain dan cuba bercakap dengannya mengenai masalah yang anda hadapi.
Cadangan yang beliau akan berikan mungkin akan mengejutkan anda.
Pernah dalam satu keadaan buntu baru-baru ini sebelum mengadakan majlis resepsi perkahwinan saya. Saya sedang memikirkan apa persembahan yang patut saya sajian kepada hadirin yang bakal datang ini.
Kebetulan pula pada waktu itu, saya baru buka TV dan isteri saya mengalihkan kepada satu saluran berita dan di situ dia terus memanggil saya untuk menunjukkan tarian tradisional Rusia.
Pada saat itu, saya mendapat idea kenapa tidak kita sajian tetamu yang hadir pada majlis resepsi kami itu dengan tarian tradisional Melayu, India dan Rusia. Ini tentu sesuatu yang menarik bagi mereka.
Alhamdulillah, selepas saja majlis kami mendapat banyak pujian atas kreativiti ini. Semua orang nampak berpuas hati dan memuji persembahan oleh kumpulan dari Aswara ini.
Jadi untuk menjadi kreatif, gabungkan 2 atau lebih element tidak berkaitan. Dan anda perlu mencuba berkali-kali sehingga anda menjumpai kombinasi yang terbaik. Pada waktu itu anda pasti dapat merasakannya.
Itulah yang dipanggil saat EUREKA… saat anda menemui kejutan kreativiti anda.
Selamat berjaya
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Terima kasih otai, blog yang membina