Kursus dan Latihan Untuk Mereka Yang Ingin Memulakan Perniagaan dan Menjadi Usahawan

Saya suka sebenarnya melihat orang yang ingin memulakan perniagaan. Mereka bermula seperti sedang memanjat tangga. Mereka hanya akan ke atas dan tidak mungkin ke bawah. Jadi bekerja dan bertemu dengan bakal usahawan adalah satu rahmat.

Selain itu otak mereka masih segar dan mereka kreatif kerana mereka tidak tahu apa halangan yang akan mendatang.

Ini samalah seperti jika diletakkan sebuah papan yang panjang di atas dua kerusi. Bagi anda tidak ada masalah langsung untuk berjalan di atas papan itu. Anda mungkin akan berlari di atasnya. Kerana jika jatuh pun anda tidak akan cedera.

Ini sama seperti orang yang baru hendak memulakan perniagaan. Mereka boleh berlari dan menari di atas papan ini. Semakin lama kita berbisnes, papan tadi semakin tinggi.

Berbeza pula jika papan yang sama diletakkan di antara dua buah bangunan 5 tingkat. Anda tidak mungkin berlari atau menari di atas papan itu. Anda mungkin merangkak di atasnya. Inilah situasi orang yang dah lama berbisnes.

Idea-idea kreatif mereka lupus hari demi hari. Mereka mempunyai pekerja yang ramai, tanggungan yang banyak, aset dan hutang yang banyak. Jadi mereka tak dapat menjadi kreatif berbanding sewaktu mereka memulakan perniagaan.

Ini antara sebabnya saya suka melatih bakal usahawan untuk memulakan perniagaan.

Atas inisiatif ini, saya sedang membangunkan satu modul baru yang dinamakan “Usahawan Super”.

Modus operandi saya sekarang ialah menyiapkan beberapa buah buku berkenaan “Usahawan Super” dan seterusnya saya akan mengadakan kursus asas keusahawanan yang bertajuk “Rahsia Usahawan Super”

Pada asalnya, idea untuk mengadakan kursus ini timbul kerana saya lihat ramai yang terpedaya dengan kursus-kursus motivasi yang dikatakan kursus keusahawanan dan perniagaan. Saya tidak mahu komen banyak mengenai hal ini.

Namun saya akan bercerita lebih panjang dalam entri akan datang berkenan kursus ini yang saya jangka akan diadakan seawal-awalnya pada bulan September 2012.

Sekian, terima kasih…. Nantikan Usahawan Super

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

One Response to Kursus dan Latihan Untuk Mereka Yang Ingin Memulakan Perniagaan dan Menjadi Usahawan

  1. wan says:

    salam
    berniaga sentiasa menjadi impian dan cita-cita dari dulu lagi. Idea banyak hanya tiada masa kerana bekerja sebagai doktor di hospital kerajaan. saya selalu baca inc.com entrepreneur.com fastcompany.com dan pelbagai lagi website mengenai perniagaan. Bagamaimanakah caranya untuk berniaga sambil bekerja makan gaji. Perlukah saya ambil pekerja dan hanya melabur modal atau perlukah saya mencari rakan niaga dan saya sediakan modal?? atau untuk merelisasikan impian bukan angan-angan saya perlu memilih nak sambung master jadi specialist dan jadi doktor sampai bila-bila atau jadi specialist dan berniaga sambilam atau berhenti /letak jawatan dan mula berniaga??

    Dr dalam dilemma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>