Ramai antara kita yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi biasanya kata-kata ini hanya biasanya bermain di bibir sahaja.
Ramai yang tidak akan bertindak dan jika bertindak sekalipun ia hanya sekadar separuh jalan, mereka tidak sanggup keluar daripada kepompong ‘ruang selesa’ makan gaji yang mereka ada sekarang.
Belum apa-apa lagi mereka akan mencari 1001 alasan untuk tidak menjadi usahawan.
Ini sekaligus akan menjadikan otak mereka ini berkecamuk dengan arahan bertentangan yang mereka beri kepada otak mereka sendiri.
Salah satu pelaburan penting untuk seseorang untuk menjadi usahawan adalah pelaburan untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran untuk menjadi seorang usahawan.
Ilmu dan kemahiran ini sangat penting atas beberapa sebab
1. Kita akan kurang melakukan kesalahan jika kita belajar ilmu dan kemahiran ini daripada orang yang lebih mempunyai ilmu.
2. Keyakinan diri kita akan menjadi lebih tinggi. Dengan itu, kita dapat melengkapkan sesuatu tugas dengan lebih baik dan sempurna.
3. Kita dapat menjimatkan masa apabila kita tidak perlu banyak mencuba.
Apakah pelaburan untuk mendapatkan ilmu perniagaan ?
- buku
- menghadiri kursus perniagaan
- bertemu dengan orang yang berpengalaman
Jika anda mempunyai niat untuk belajar berniaga dan anda melaburkan wang dan masa anda untuk perkara-perkara di atas, anda pasti akan lebih yakin dan berjaya.
Ini adalah langkah pertama dalam memulakan langkah awal untuk berniaga.
Tanpa semua ini, anda akan kekal di takuk lama dalam angan-angan mat jenin.
Kepada yang berminat untuk menjadi usahawan borong, segeralah daftar untuk Kursus yang kami anjurkan di website www.kursusborongchina.com
Kami juga akan ajarkan anda kaedah membuka kedai online sebagai bonus.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Buku tulisan tuan dan staff tuan akan menjadi pelaburan ilmu yang berguna untuk saya. Saya menantikan kemunculannya.