Jangan Bertanya Terlalu Banyak Soalan – Mula Bertindak !!!

Setiap hari saya berjumpa ramai orang yang bergelar ‘bakal usahawan’

Di kalangan mereka ini, satu tanda yang jelas menunjukkan seseorang itu tidak berjaya untuk bergelar usahawan ialah apabila mereka bertanya terlalu banyak soalan.

Jangan salah anggap, bertanya soalan ini perlu tetapi bukan bertanya terlalu banyak soalan sehingga membuatkan kita tidak memulakan sesuatu.

Dalam surat Al-Baqarah dalam Al-Quran Tuhan mengeji orang Yahudi yang bertanya terlalu banyak soalan yang tidak perlu sehingga mereka hampir-hampir tidak menunaikan perintah Allah.

Ayat-ayat Allah adalah seperti berikut :

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”. (Surah Al-Baqarah ayat 67)

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”. (Surah Al-Baqarah ayat 68)

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”. (Surah Al-Baqarah ayat 69)

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”. (Surah Al-Baqarah ayat 70)

Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”. Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”. Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. (Surah Al-Baqarah ayat 71)

Maka jelaslah kepada anda, untuk memulakan perniagaan, anda seharusnya memulakannya bukan bertanya terlalu banyak soalan sehingga anda tidak memulakannya..

Jom mulakan, jangan banyak bertanya…. anda akan selesaikan keraguan anda apabila tiba masanya nanti. Insya-Allah

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

7 Responses to Jangan Bertanya Terlalu Banyak Soalan – Mula Bertindak !!!

  1. ahmadyani says:

    Jika mahu bertanya, tanyakan sesuatu untuk menambah baik perkara yang kita sedang buat. Bukan perkara yang mungkin kita akan buat. Lebih-lebih lagi jangan bertanya perkara yang tiada kaitan dengan kita.

  2. Shaliza aziz says:

    Bila baca entry memang terasa kebenaranya .. Coz kalau byk sgt bertanya, lama2 timbul keraguan & confirm la tak mula apa2 .. Thx jalil for sharing this entry .. Memang menarik ..

  3. “malu bertanye kwn…sesat cari jalan pulang…” xpdc….:)

  4. az alkhattab says:

    bertanya dalam proses melakukan, tak apa. Tapi, belum start apa2 tapi bertanya dari A-Z..sampai perkara yg negatif pun ditanyanya..lebih mmbuat hati tak mahu start terus.. Bertanya bila perlu. ^_^

  5. al says:

    Bertanya secara sistematik tu dinamakan research kan…. Mungkin ada positifnya. Ha ha.

  6. Pingback: Anda Boleh Bertanya Soalan…. Tetapi…. | Blog Usahawan dan Perniagaan

  7. Izan Moraz says:

    yang penting JUST DO IT!.banyak bertanya sebabnya nak kurang risiko.Kononnya nak play safe.Tapi hidup kita ini sendiri sebenarnya risiko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>