
Seorang Pemberontak Menendang Bola Sewaktu Bab Al-Aziziyah, Libya Sedang Terbakar - Anda boleh belajar di mana-mana dalam apa keadaan sekalipun.
Beberapa hari yang lepas, saya menulis sebuah artikel bertajuk “Jangan Bertanya Soalan – Mula Bertindak !!!” yang mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca blog ini.
Harini pula saya ingin menambah sedikit selepas mendapat sedikit pencerahan daripada salah seorang mentor yang yang memiliki blog Hidup Ringkas, En. Shubhi.
Menurut beliau,
Bertanya soalan terbahagi kepada 2 kategori.
1. Soalan untuk memahamkan teori
2. Soalan untuk bertindak
Soalan untuk menambah ilmu atau memahamkan teori sangatlah digalakkan.
Contohnya, jika anda sedang belajar sesuatu ilmu teori, anda digalakkan bertanya soalan-soalan untuk lebih memahami sesuatu topik.
Jika anda seorang pemain bolasepak, anda digalakkan untuk belajar tentang undang-undang bolasepak dan memahami perkara-perkara teori dalam permainan.
Contohnya anda bertanya mengenai bagaimana terjadinya offside dan apa terjadi jika kita diserang dari belakang oleh pihak lawan dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan pengadil dan rakan permainan.
Manakala soalan yang banyak dilarang bagi kita yang ingin memulakan sesuatu tindakan.
Contohnya, jika sebagai seorang pemain bolasepak, anda bertanya jurulatih, bagaimana menendang bola. Maka selepas jurulatih menerangkan kepada anda mengenainya, anda tidak seharusnya bertanya lagi itu dan ini.
Anda perlu segera menendang bola dan belajar daripada kesilapan.
Apabila anda bertindak dan belajar daripada kesilapan, anda akan lebih memahami dan akan menjadi lebih mahir dalam menendang bola.
Itulah sebenarnya yang diterangkan oleh Allah dalam Surah Al-Baqarah seperti yang saya nukilkan dalam artikel sebelum ini.
Bagaimana pula dalam perniagaan ?
Apabila kita belajar mengenai ilmu-ilmu perniagaan, kita digalakkan untuk banyak bertanya. Namun apabila kita ingin memulakan perniagaan, bertindak dahulu dan belajar daripada kesilapan.
Semua jenis kerja dan perniagaan mempunyai risiko. Jadi dengan mengambil risiko ini, anda mungkin berjaya dan mungkin juga gagal. Namun anda belajar sesuatu.
Orang yang tidak pernah gagal ialah orang yang tidak pernah mengambil risiko dan mencuba.
Maka kurangkan bertanya sewaktu anda perlu bertindak.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.


