Berita Baik Jika Anda Seorang Usahawan dan Penulis Buku

Cuba baca berita di bawah nanti, ia mengenai inisiatif kerajaan untuk melahirkan lebih banyak penulis buku yang menulis dalam bidang keusahawanan.

Memandangkan saya sendiri sedang menyiapkan sebuah buku bertajuk “Rahsia Usahawan Super”, ini juga adalah berita baik buat saya.

Saya akui buat masa ini belum ada lagi buku-buku keusahawanan yang betul-betul Umpph di rak-rak buku di toko di Malaysia. Yang ada hanyalah buku menternak cacing dan lintah yang mana sekarang sudah terbongkar masalah yang dihadapi oleh usahawan yang menceburinya.

Kita perlukan sebuah buku untuk membentuk minda dan jati diri usahawan daripada usahawan sendiri dan bukan daripada penulis upahan yang mengejar royalti semata-mata.

Jika anda seorang usahawan dan seorang penulis, jangan berlengah lagi, mulalah tulis buku kerana mengikut ramalan saya, kerajaan semakin memberi tumpuan untuk bidang keusahawanan kini. Jommmm….

Penerbitan Buku Di Msia Masih Rendah

SHAH ALAM: Statistik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati hanya 17,923 judul buku diterbitkan pada tahun lepas, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Raslin Abu Bakar. Daripada jumlah itu, hanya 390 judul buku dalam bidang ekonomi.

“Jumlah penerbitan buku sememangnya masih kecil. Justeru sama ada agensi kerajaan, swasta, NGO (badan bukan kerajaan) dan persatuan berkaitan dengan bidang penerbitan perlu memberi perhatian dan bertindak segera,” katanya ketika merasmikan Program Bicara Penulis Siri II/2012 di Management & Science University (MSU) di sini.

Raslin berkata kerajaan sentiasa memberi galakan dan insentif kepada golongan penulis, seperti anugerah dan pengiktirafan serta pemberian dana berjumlah RM2 juta setahun untuk membantu penulis menerbitkan sendiri buku mereka.

Dana itu diberi kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Buku Malaysia.

Program Bicara Penulis Siri II/2012 bertemakan ‘Membudayakan Penulisan Bahasa Melayu dalam Bidang Keusahawan/Ekonomi’ itu adalah antara 15 program utama pembudayaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi, oleh PNM tahun ini.

Ia bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat sejajar dengan peranan PNM seperti termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara 1972. – BERNAMA

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

3 Responses to Berita Baik Jika Anda Seorang Usahawan dan Penulis Buku

  1. Assalammualaikum wbt,
    Saya tertarik dengan artikel ini kerana saya juga terlibat dalam dunia penulisan dan penerbitan. Walaupun buku-buku yang diterbitkan hanyalah berbentuk buku-buku sekolah di peringkat rendah sahaja, namun saya tidak keberatan untuk menghasilkan buku yang lebih tinggi tahap keilmuaannya atau yang bersifat ilmiah. Usaha kerajaan untuk meningkatkan bilangan penghasilan buku-buku yang berkualiti demi meningkatkan bilangan rakyat berilmu dan gemar membaca mendorong saya untuk terus berfikir jenis buku apakah yang mampu saya hasilkan berdasarkan tahap kekuatan ilmu yang saya ada. Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit pandangan dan dorongan untuk saya membina sebuah syarikat penerbitan yang berjaya walaupun kini saya mengalami zaman sukar dan kepayahan. w’salam

  2. ros says:

    Saya banyak membaca buku inggeris kerana Malaysia masih kekurangan buku-buku dalam bahasa melayu yang berkualiti.

  3. mell says:

    Malas membaca terutamanya buku2 ilmiah bukan hanya masalah di Malaysia saja tetapi di sluruh dunia.

    Anthony Robbins di dalam bukunya, Awaken The Giant Within pada bab pertama menyatakan kerunsingannya akan keadaan bangsanya (Amerika Syarikat) yang tidak suka membaca. Ia menyatakan statistik bangsa Amerika bahawa tidak sampai 10% yang membeli buku membacanya melepasi bab pertama. ..
    Benarkah bangsa melayu lemah berbanding bangsa2 lain trutamanya Yahudi? Jawapan bdasarkan aspek psikologikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>