Bakat Perniagaan Yang Sama Tetapi Pendapatan Yang Berlainan

Dalam perniagaan, sesuatu faktor yang paling penting adalah bagaimana kita mempersembahkan barangan kita dan di mana kita mempersembahkannya.

Bagaimana kita mempersembahkan barangan kita ini bergantung kepada pelbagai aspek seperti pembungkusan, pelabelan dan susun atur barangan kita. Jika kita menjual online pula, bagaimana barangan kita diambil gambar memainkan peranan yang penting bagi pelanggan.

Apabila melanggan melihat dua website dengan produk yang sama dan harga yang sama. Pelanggan akan membuat penilaian terhadap gambar yang kita persembahkan. Ini akan meningkatkan hasil jualan perniagaan kita.

Seorang sahabat saya yang menjalankan perniagaan menjual Rayban di internet di website beliau www.kakirayban.lot.my menceritakan saya pengalaman beliau.

Sewaktu bertemu dengan pelanggan dan jika ditanya kepada pelanggan, kenapa pelanggan itu membeli daripadanya. Jawapan biasa mereka adalah kerana gambar yang dipersembahkan dalam website itu cantik dan kemas.

Ini saja yang ada bagi pelanggan untuk menilai kita dalam perniagaan online.

Cuba anda lihat perbezaan dua gambar ini

Gambar dari www.kakirayban.lot.my

Manakala ini pula satu lagi gambar produk yang sama dari website yang berbeza

Jika anda seorang pembeli yang tidak mengenali kedua-dua penjual, penjual yang manakah yang anda akan pilih sebagai pilihan anda ?

Jika saya adalah pembeli, sudah tentu saya akan membeli daripada www.kakirayban.lot.my

Website beliau nampak kemas dan bersih, tanpa sebagai unsur-unsur negatif dan Facebook Page KakiRayban beliau juga setakat ini sudah mencapai 45,000 orang peminat.

Jadi sudah tentu ini memberi indikasi yang baik mengenai perniagaan beliau. Tambahan pula ramai pelanggan yang berpuashati dengan perkhidmatan beliau.

Jadi kepada anda usahawan yang berniaga secara online. Jangan ambil mudah faktor gambar yang diletakkan di website anda. Ianya sangat penting dan boleh menentukan samada seseorang pelanggan itu akan membeli daripada anda ataupun tidak.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>