Semalam kita telah melihat bagaimana persembahan foto sesuatu produk jualan di internet boleh menentukan samada pelanggan membeli daripada anda ataupun tidak.
Hari ini kita akan berbicara mengenai faktor lain yang menentukan samada anda mendapat pendapatan yang tinggi ataupun rendah dengan bakat yang sama.
Baru-baru ini, saya lepak minum di sebuah cafe dan datang 3 orang ‘busking’ untuk bermain musik di meja kami.
Melihat kepada mereka yang berpakaian kemas dan mempersembahkan lagu dengan senyuman ikhlas. Kami tidak dapat mengelak daripada memberi RM 2-3 seperti yang biasa diberi kepada orang yang biasa bermain musik di kedai-kedai mamak.
Jadi salah seorang rakan saya mengeluarkan RM 20 dan saya menambah lagi sedikit dari amount itu. Nampahnya, hanya di meja kami saja dia sudah memperolehi hampir RM 40 hanya untuk 3 lagu.
Kemudian saya berfikir sejenak, kenapa ini berlaku ? Jika orang yang sama bermain musik ke kedai mamak dengan pakaian yang selekeh, sudah tentu saya akan beri tidak lebih dari RM 2-3 sahaja.
Saya dan rakan-rakan mula membincangkan hal ini. Akhirnya kami membuat kesimpulan bahawa pendapatan orang yang bermain musik ini sebenarnya berbeza mengikut pakaian yang mereka pakai (samada kemas bersih atau selekeh) dan faktor kedua adalah tempat mereka memainkan musik itu sendiri.
1. Jika mereka bermain musik di cafe di Hotel Concorde – Setiap meja akan memberikan mereka dalam lingkungan RM 100-200
2. Jika mereka bermain musik di cafe kelas pertengahan seperti yang kami lepak – Setiap meja akan memberikan mereka dalam lingkungan RM 30-50
3. Jika mereka bermain musik di kedai-kedai mamak. Apa yang mereka dapat ialah hanya sekitar RM 5-10 bagi setiap meja.
Jadi daripada sini kita dapat lihat dengan jelas 2 faktor utama yang menentukan samada anda mendapat pendapatan yang tinggi ataupun tidak iaitu..
a. Persembahan (contohnya : pakaian, senyuman)
b. Tempat (Cafe di Hotel, cafe biasa atau kedai mamak)
Sekarang sudah tentu anda sudah mendapat idea bagaimana untuk meningkatkan pendapatan perniagaan anda. Tingkatkan tahap persembahan anda dan ubah tempat anda ke tempat orang yang mempunyai lebih wang.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Fantastic Article …encouraging the people who are looking and thinking different way of designing their habits and life…