Ramadhan baru selesai 2 hari dan masih belum terlambat untuk anda menyiapkan senarai Azam Ramadhan anda.
Kenapa anda perlu azam pada bulan ini tetapi tidak pada bulan lain?
Pada bulan lain juga anda boleh mempunyai azam tetapi tidakkah Ramadhan ini lebih baik daripada 1000 bulan ? Kenapa bulan ini terlalu istimewa dan apa manfaat kepada anda sebagai usahawan?
Bulan Ramadhan adalah bulan di mana jadual hidup kita berubah sedikit namun kita akan merasakan hari kita lebih panjang daripada biasa. Ini bukanlah disebabkan lapar dan dahaga semata-mata. Ia lebih daripada itu. Antaranya
- Anda akan bangun lebih awal untuk bersahur dan sembahyang Subuh
- Anda kurangkan waktu makan berkali-kali dan anda juga kurang lepak minum.
- Anda kurang kencing dan berak
- Badan terasa lebih ringan dan cergas.
- Jika anda berada di Malaysia, semua orang dalam mood yang baik.
Ini semua dan banyak lagi akan menjadikan anda lebih produktif berbanding bulan-bulan biasa. Sebab itu anda perlu ada azam untuk menghabiskan sesuatu pada bulan ini.
Bagi saya secara peribadi, saya mempunyai beberapa azam dan perancangan pada bulan ini…
1. Menyiapkan buku pertama saya “Rahsia Usahawan Super” – saya jangka saya akan serahkan kepada penerbit pada Syawal ini.
2. Memantau pekerja saya Ramdan Johari untuk menyiapkan buku “Bagaimana Membina Kedai Online” yang sudahpun hampir siap kini.
3. Saya akan bertolak ke Moscow pada puasa ke 7 ini. Dari situ saya akan menaiki keretapi selama 2 hari untuk ke pergunungan Gurno Altaisk dan dari situ saya akan travel secara berkuda selama 12 hari dan melalui boat selama 2 hari.
4. Selesai tour berkuda itu, saya akan bertolak ke Moscow dengan kapal terbang dan meluangkan masa bersama keluarga mertua saya di Moscow.
5. Sehari sebelum Hari Raya, saya akan tiba di India untuk melawat nenek saya yang berada di sana dan merayakan Hari Raya bersama nenek saya. Dan kemudian saya akan kembali ke tahanair pada hari raya kelima.
Inilah perancangan dan azam Ramadhan saya,
Apa pula Azam Ramadhan anda?
Shahabudeen Jalil
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.


