Saya mendapat ratusan email setiap hari daripada pembaca yang ingin memulakan perniagaan, antara soalan yang kerap saya dapat ialah…..
“Saya nak berniaga, TETAPI saya sedang menanti idea… “
Idea bagi orang sebegini adalah idea kreatif yang datang tanpa diundang. Mungkin suatu hari, sedang dia memancing, dia terkejut dan mendapat idea untuk memulakan satu perniagaan yang tidak pernah orang lain lakukan.
Ini mustahil…
Idea kreatif bukan bermaksud anda perlu memulakan sesuatu daripada kosong.. ianya bermula apabila anda memulakan sesuatu yang sudah dibuat oleh orang lain dan kemudiannya, anda baiki dan tambah nilai barangan tersebut.
Apple bukanlah pengeluar pertama komputer tablet di dunia.. tablet seperti ini sudah berada di pasaran sejak 15 tahun yang lepas, cuma ianya sangat teruk sebelum ini.
Apple hanya menjadikan tablet ini lebih ringan, baterinya tahan lebih lama, cantik, mudah di bawa dan mempunyai pelbagai aplikasi menarik.
Ini bermaksud, bukanlah Apple yang mencipta komputer tablet ini. Mereka hanya meniru dan menambah baik sesuatu yang sudah ada.
Inilah yang dikatakan kreatif.
Jika anda ingin memulakan perniagaan, mulakan dengan mengambil langkah pertama dengan memulakan apa saja perniagaan yang anda mempunyai minat dan keinginan.
Selepas itu, sebagai langkah kedua, buat penambahbaikan dan cuba berikan servis terbaik kepada pelanggan anda.
Ambil kira segala komen dan kritikan mereka… cari jalan untuk mengembirakan mereka.
Dengan semua ini, anda akan menjadi lebih kreatif.
Cubalah…
Terima kasih
Shahabudeen Jalil

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Betul kata Shah. Kenapa nak susah2 mulakan bisnes dari ’0′ (kosong) padahal kita boleh timba pengalaman dan idea dari mereka yang dah lama dalam bisnes.
Dont reinvent the wheel. You just need some creative injection.