Anzac Consultancy Membawa Laba Berganda – Harian Metro

Di atas ialah keratan akhbar Harian Metro pada 31hb Mei 2012 yang lepas ini mengenai syarikat saya Anzac Consultancy. Seperti biasa, saya ternanti-nanti tajuk di Metro nanti, mesti gempak punya.. he he he.. Alhamdulillah..

SJ

Laba berganda

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ANZAC Consultancy, syarikat Bumiputera yang menawarkan kursus pemborong ke China komited membimbing lebih ramai usahawan Malaysia untuk meneroka pasaran negara terbabit sekali gus memperoleh margin keuntungan berlipat ganda.

Pengarah Urusannya, Shahabudeen Jalil berkata, sejak syarikat menyediakan kursus borong ke China lima tahun lalu, pihaknya sudah membimbing 10,350 usahawan kecil dan sederhana (IKS).

Katanya, objektif utama syarikat untuk memastikan peniaga mendapat bekalan borong dari China dan tahun ini pihaknya menyasarkan membimbing sekurang-kurangnya 2,500 usahawan lagi.

“Berdasarkan pengalaman memborong selama 10 tahun, saya tampil memperkenalkan kursus perniagaan memborong dari China ini kerana mengimport dan memborong dari China bukan satu tugas mudah. Untuk itu, syarikat mula menyediakan kursus yang komprehensif dan menjadi satu kewajipan sebelum ke langkah seterusnya iaitu mengimport barang dari China.

“Bagi saya, sangat penting usahawan Melayu mengetahui ilmu borong ini dan saya yakin dengan ilmu yang dikongsi ini, bakal mengubah ekonomi di kalangan masyarakat Melayu itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, China adalah tempat paling menarik bagi peniaga mendapatkan barangan baru berkualiti dengan kos rendah selain terdapat lebih banyak pilihan barangan berbanding negara ini yang agak terhad.

Shahabudeen berkata, setiap kursus dihadkan kepada 60 orang dan dijalankan sehari dengan yuran hanya RM388 termasuk makan, minum dan sijil. Beliau berkata, kebanyakan peserta juga adalah mereka yang baru memulakan perniagaan dan majoritinya usahawan wanita. Antara barang perniagaan yang diborong adalah dari bermacam jenis produk iaitu kain ela, kain pasang, beg tangan, alatan sukan, aksesori wanita barangan elektrik, pakaian, barangan berjenama, cermin mata, jam tangan dan pelbagai lagi.

“Kami menganjurkan beberapa siri kursus di beberapa negeri. Ia akan dikemas kini dalam laman web www.kursusborongchina.com dan sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut juga boleh melayari web berkenaan,” katanya.

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>