Skim Penipuan Internet Dengan Cara Order Barang Dari Supplier

Penipuan Internet Biasanya Didalangi Oleh Awang Hitam Seperti Ini dan Gadis Melayu Yang Bersekongkol Dengan Mereka

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai Skim Penipuan Parcel dan Bungkusan dan kini saya ingin mendedahkan satu lagi skim penipuan yang telah menyebabkan ramai orang tertipu berpuluh malah beratus ribu Ringgit.

Skim ini bermula dengan anda akan mendapat sebuah email dari kononnya seorang gadis berbangsa Melayu yang kini berada di UK yang memerlukan sejenis produk dari Malaysia.

Dia akan memaklumkan bahawa produk itu berharga rendah di Malaysia dan oleh sebab yang demikian, dia perlukan seseorang untuk membeli dan menghantar barang itu kepadanya.

Email pertama adalah seperti berikut…

Salam,

Saya,FARDILA BINTI MURAD saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.

di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.

saya menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang.

Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini .

Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (SUKARO VAPOUR OIL). Para SUKARO VAPOUR OIL adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.

Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.

saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.

Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.

Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,000.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD dan syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.

saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.

kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga dan cara bayaran maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.

sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.

Wassalam,

murad

Setelah menerima email yang pertama ini, mangsa yang saya akan namakan sebagai “Mat Jenin” ini akan mula mengira bahawa ini adalah peluang keemasan.

Manakan tidak, dia dapat peluang dari seorang gadis Melayu Islam yang berada di UK. Mana mungkin gadis ini menipu.

Setelah itu Mat Jenin akan reply email ini dengan mengatakan bahawa dirinya berminat..

Setelah itu Fardila Murad akan reply email ini dengan email berikut pula

Salam Encik,
     Terima kasih di atas kerjasama encik di dalam business ini. Boleh encik berikan no telefon encik kepada saya supaya saya boleh menghubungi encik dan terangkan kepada encik mengenai business ini.
Salam,
Fardila

Selepas ini, Encik Mat Jenin akan memberikan no. telefon kepada Fardila ini.

Fardila akan menghubungi Mat Jenin dan akan menerangkan bahawa mereka memerlukan seseorang untuk menjadi orang tengah untuk mendapatkan produk SUKARO VAPOUR OIL ini.

Memandangkan offer ini sangat lumayan dan sukar untuk ditolak. Mat Jenin akan terbayang-bayang untung yang akan dibuat.

Permintaan adalah 200 karton. Jika dijual 100 karton pun…

Modal : USD 2,100  x 100 = USD 210,000 = RM 630,000

Harga Jualan : USD 4,000 x 100 = USD 400,000 = RM 1,200,000

Untung : RM 570,000 

Pada waktu Mat Jenin sedang mengira keuntungan Fardila akan memberikan no. contact supplier di mana barangan ini boleh dibeli. (Biasanya supplier ini berada di Sabah atau Sarawak)

(Persoalan besar di sini, jika benar Fardila ini mengetahui supplier, kenapa tidak menghubungi saja secara direct)

Mat Jenin akan mula menghubungi supplier itu. Dan supplier akan menolak tawaran untuk membeli minyak ini. Tetapi akhirnya, setelah dipujuk oleh Mat Jenin, supplier akan bersetuju.

Menjadikan cerita ini pendek, supplier akan menghantar maklumat akaun dan meminta Mat Jenin memasukkan duit.

Setelah duit dimasukkan, sejenis minyak yang TIDAK BERHARGA akan dihantar kepada Mat Jenin.

Pada saat ini, Mat Jenin akan cuba menghubungi Fardila tadi, tetapi tidak akan ada sebarang jawapan…

Setelah berbulan-bulan mencuba, akhirnya Mat Jenin mula menyedari dirinya ditipu bulat-bulat oleh gadis Melayu UK ini.

Hidup Mat Jenin akan diteruskan dengan membayar hutang bank atau rakan serta sanak saudara di mana Mat Jenin mendapatkan duit untuk membeli MINYAK TAK GUNA itu tadi.

Penipuan seperti ini juga sukar untuk didakwa di mahkamah kerana supplier yang membekalkan barangan itu memang membekalkan minyak itu pada harga YANG DIPERSETUJUI oleh kedua-dua belah pihak.

Setelah membaca artikel ini, anda perlu lebih berhati-hati apabila menerima email sebegini….

Jika anda mempunyai sebarang pengalaman, sila kongsikan di bawah untuk kebaikkan semua.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

22 Responses to Skim Penipuan Internet Dengan Cara Order Barang Dari Supplier

  1. affandi says:

    Memang ada kebenaran berkenaan dengan kisah di atas. Saya pernah terima email hampir sama dengan cerita di atas. Saya membalas email tersebut dan memberi bnombor telefon pejabat saya. Memang keesokan harinya saya ada terima panggilan dari seorang wanita Melayu. Memang mereka memperalatkan wanita Melayu dan lelaki Melayu akan jadi mangsa.
    Saya menyatakan bahawa nombor yang beliau dail telah disalahguna & selepas itu tiada lagi panggilan dari wanita berkenaan.

  2. Syed Azhar says:

    bila baca post ni, baru saya teringat saya juga pernah dapat email ni dulu. tapi saya tak layan, terus delete. sebab dalam fikiran saya timbul persoalan ‘kenapa pilih saya’. setahu saya, saya bukanlah orang yang ternama.. mm.. apapun nasib baik tak menimpa saya.

  3. noraliza saleh says:

    Bila baca ni baru saya sedar dah byk kes camni berlaku.saya pon adalah mangsa dari penipuan semacam ini. Saya ada wat iklan kat mudah untuk jual motor, then lpas 1 hari,ade pompuan yg bgtau nama die norsiah ahmad tinggal di UK nak bli motor ni..dia stuju untuk byr smua kos penghantaran dan sbgainye..so sy x syak ape..lpas tu sy trima emel dr bank of scotland yg soh sy transfer wet RM 1800 untuk sy aktifkan payment sy dan utk sy buktikn yg sy committed dlm urusan jual bli ni..Sy pon x syak ape2 pasal die kate lps 6 jam wet tu dpt blk termasuklah ngan payment sy..lg pon die ade bg photocopy mycard die..umur dlm lingkungan 50 an.jadi say percaye lah..lps 6 jam, bank yg same anta lg emel soh sy byr another RM 4564.45. untuk kos insuran katanye..saya mula x caye n bila sy uji penghantar emel tu,dan minta wang di bank in ke akaun sy, die marah2 dan kat mengeluarkan kata2 kesat,dan terbukti juga yang die bukanlah orang malaysia kerana bila sy mel die guna bahasa malaysia die reply ayat tu x tersusun betul..mungkin die guna google translate.. report polis dah di buat.. tapi duit mmg xkan dpt lg la. Jadi berhati2 ye kawan2..skang ni memcm cara dorang guna utk t.ipu kiter

  4. white says:

    salam..saya pernah juga dapat email seperti ini,bnyak kali lar juga,tp saya abaikankan sahaja kerana perniagaan yg ditawarkan tidak munasabah dan nampak ada yg tidak kena,hati saya juga suruh saya abaikan sahaja.memang penuh risiko dunia perniagaan ini.hehhe seronok kan..

  5. Rushaidin says:

    Selalu la jugak dapat emel mcm ni, tapi saya abaikan je sbb tak kenal pun org tu, jadi sy malas nk layan sy pun spam kn je

  6. keretahitam says:

    Ya, taktik yang digunakan amat licik, saya sarankan agar kita lebih berhati-hati lagi dalam penipuan internet. Hanya untuk mengejar senang susah yang kita dapat. Sekarang juga akhbar tempatan banyak menyelongkar modus operandi mereka. Janganlah kita tertipu lagi.

  7. ahmadyani says:

    Walaupun emel sebegini jelas penipuannya, ramai juga yang terpedaya. Alhamdulillah saya tidak termasuk dalam senarai yang terpedaya. Setuju dengan Syed Azhar…terus delete.

  8. Ummi Hanie says:

    Salam tuan SJ,

    boleh dikatakan hampir setiap hari sy dapat memel begini tp semuanya saya campak dalam folder Junk/Spam atau delete shj…

    apa khabar ye kawan kepada kawan tuan yg kerugian rm500k tu?

  9. Salam semua,

    Saya pembekal berdaftar,syarikat pun ada,barangan kesihatan/kecantikan secara online dan offline.
    Kisah ini baru sahaja berlaku.
    Ambil perhatian ye penjual online/pengiklan online.
    Dihubungi secara terus utk membeli secara pukal barangan yg ditawarkan syarikat.
    Mamat dol dr Sarawak(katanya) ni setuju dengan harga beliam lebih kurang RM12,ooo.
    Kononnya berkongsi modal dengan makciknya di Brunei dan menunggu makciknya di brunei TT duit ke bank akaun.
    Selang sehari,dia tipon kata makciknya salah TT matawang Brunei ke AMBANK jadi total RM30riban lebih. Dlm tipon dia kata nak catch a flight dari Kuching ke JB (aku neh duk kat JB bro).
    Jadi mamat dol ni bilang nanti PA dia uruskan.
    Eh tak lama lepas tu PA dia nama Wati Bakri tipon and sms jugak lagi cakap dia kat bank tengahnak clearkan duit yg makcik ngok Brunei si mamat ni.
    Tapi…jeng jeng jeng..aku kena tlg bank in kan RM500 lebih utk bank charges(hahaha)..dipendekkan cite lepas bertukar sms(la ni dah tak dpt dah kol si mamat ngan PA ngok dia tu),antara msgnya minta tlg bank in duit clearance RM500lebih tu-dari nombor hp 0128474333(kononnya nama Wan Abd Rahman bin Tan Sri Hj Wan Junaidi),’jika ada keraguan pihak tuan,kita batalkan saja urusniaga inilgpun saya dididiksupaya tak menganiaya sesiapadlm niaga dan hormati sesama walau tak kenal,bkan wang ringgit segalanya bg saya kerana amalan yg menjadi bekal’
    Hish..nk terkucil dengor..siap suh gi website Wan Group of Companies kerana pelbagai bidang bisnes dia ada,antaranya logistik dan shipping,mintak website …hampeh..bagi alamat delivery No33,Lot201,1st Floor,MATANG JAYA COMMERCIAL CTR,JLN MATANG,93050,KUCHING SARAWAK,FAX:082 311216,HP:0128474333/0168080333(PA dia konon, WATI BAKRI)
    Pastu suh kita rujuk majalah WANITA ada iklan makcik dia yg duk Brunei syarikat nama MESTARI JAYA(ada lima buah syarikat makcik dia..pui..duit RM500 bank charge pun takleh bayar…haha)(nasib baik aku ni minum susu badan dulu(tipon AMBANK tarak pun TT dari Brunei..n charges max pun RM50 jek.
    oh ya makcik dia nama Hjh Puan Syarifah Mordiah..
    Jadi bro n sis semua ambik perhatian ngan nombor2 ni
    o16-8080333(WATI BAKRI,PA si Wan ni)
    012-8474333(WAN anak sapa ntah)
    017-2147098(scammer sama jugak dr num ni anta makian lepas kegiatannya dibongkar..haha)
    014-6383383(pun sama,penuh ngan makian)
    Tapi syukur beb..syukur yang amat.
    Pls share kalau ada info lagi yek.

    • fauziah bt ya mohd says:

      saya pun terkena juga.baru je dua hr lepas.
      tak pe… sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua…..kalau tak balas atas dunia akhirat esok dapatlah….

      bukan main lg order byk betul. produk nurshifa’ dato tr fadzilah kamsah pulak tu .
      jadi sila berhati-hati dgn orang yang bernama wan abd rahman bin dato’ hj wan junaidi.

      ayat paling power ;sekiranya puan ada keraguan @tak dapat nak membantu puan wati tolong maklumkan juga supaya dia tak menunggu dan urusniaga ni batalkan shj lagipun saya dididik supaya tak menganiaya sesiapa dalam niaga dan menhormati walaupun kita tak kenal diantara satu sama lain.wang ringgit bukanlah segalanya bagi saya kerna kejujuran kita akan selamat dunia akhirat. wahduh…pasti cairnya…tapi ingat ayat ni paling bisa…jangan tertipu lg

  10. anas says:

    assalamualaikum…

    dasyat sungguh cara orang nak menipu… mulanya nampak macam betul. tapi hampeh belaka.

    aku hampir tiap2 minggu mesti ada emel scam camni..

    pernah sekali tu terima emel daripada bos (memang betul email bos aku) kata dia perlukan bantuan aku segera kerana dia kehilangan dompet. katanya dia sedang bercuti di Cordoba, Spain. Kad kredit, cash semua hilang. dia minta tolong pinjamkan duit. aku baca 2 – 3 kali. hairan aku… bila pula bos aku pi cuti ni? baru tadi jumpa…. aku check sekali lagi emel dengan admin pejabat, memang sah betul email bos…
    tapi…. sah penipuan ni…

    camana diorang ni begitu advance dapat cari email aku bos aku punya…? betul2 pandai.

    tapi alhamdullillah tak kena ditipu.

  11. meerakierah says:

    saya pun pernah dapat email macam nieyh . mule-II memang macam tertarik tapi saya abaikan sebab saya budak sekolh lagi then atas nasihat pakcik saya . alhamdullilah. nasib baik saya tidak tertipu :)

  12. apit says:

    salam 1 Malaysia..

    bijak2.. ada lg 1 nama SULIZA BINTI RUPIN.. ayat dalam email sebijik sama, cuma nama n produk ja lain (ENDO WASH LIQUID).. x tau la menatang apa ni..

    nk menipu x reti, dua2 bg email yg sama, mmg x pecaya la aku..hahaha..

  13. Dom says:

    saya juga ada terima email ini…saya highlight”SUKARO VAPOUR OIL” then search di google… sampailah di halaman web ini dan terbaca cerita yang sama.. africa ni memang hati hitam betul.. Thanks Q for this information..

  14. dom says:

    br je trima email nie td..I’m Sorry for bothering you with my problem,I’m presently in Spain Madrid,something extremely Awful happened to me,I was robbed at gun point on my way to the Hotel by some Hoodlums and they made away with my Bag and other valuables. Presently my things are been held down by the hotel management due to my inability to pay the hotel bills which I currently owe,they even had to restrict my access to the hotel facilitates until outstanding bills are cleared and i don’t have a dime on me again,i had to walk down to the city library in order to send you this email.

    I feel so devastated,now my passport and other belongings are been retained by the hotel management pending the time I pay my hotel bills.This is shameful,I need you to help me with a loan of 2,550 Euro to pay my hotel bills and get my self home.I will reimburse you soon as I get back Home.I will appreciate whatever you can assist me with. Let me know whatever amount you can help me with.

    Kadri

    bila masa kawan ni pi spain..

  15. kadang2 layang email dan sms macam nie pun best jugak.. tapi niat cuma nak kenakan mereka balik je la.. last2 bila dia tau yang kita nie mainkan diaorang, lagi la diaorang bengang.. hehehehe

  16. ina adjmain says:

    slm… 1.9.2012 sya juga nyaris2 trtipu seperti m.murni (johor),cuma PA jer nama lain Pn Shahirah (KELAS KAU SHAHIRAH^^) yg x logik nyer PA bangang dia ckp kena byr TT rm478.91 tp kena bankin kat driver en wan…baik ckp bankin kat tukang kebun dia jer hahaha,lg pun 1.9.2012 hr sabtu bank tutup…x tau lah kat brunei bank bukak lak.dia org ni dah seronok menipu smpai nk menipu pun dah trsahsul..x lama lg dia org ni leh sewel menipu duit org pastu guna duit tu siap bg anak bini mkn lg lak tu…pd org d luar sana fikir2 kan lah logik atau x logik sebelum mmbuat keputusan dan sama2 lah kita brhati2 pd dunia penipuan internet…renung2kan lah :)

  17. jamilah bt baharin says:

    Nasib baik tak tertipu.saya jual bodypart kereta kat mudah.tetiba dapat email nama dia alice loh.kata nak beli untuk husband dia.dia ada kat uk.so tanya itu ini,mintak gambar bodypart lebih banyak.lepas tu dia kata dia setuju.kemudian dia hantar email tunjuk dah transfer duit dari smile bank (uk).so dia suruh pegi western union.bayar rm600 pada Agent penghantaran,pastu bawak slip ke bank tunjuk pada diorang baru bayaran clear.kemudian ada org call pakai privet no. suruh bayar di western union cepat.nasib baik terbaca komen dan artikel ni.tapi saya dah bagi alamat penuh rumah la.risau sgt..bahaya tak ye..kena buat report polis tak?

  18. nurul says:

    jagan mudah terpcaya dengan email yg mengatakan ade seperti dibwh:-

    BERMINAT UTK MENDAPATKAN -

    HPONE/ LAPTOP/ DESKTOP/ V.CAM/ DSLR/ LENS/ PLASMA/ LCD/
    TOP-UP KAD -

    RAMPASAN DENGAN SEPARUH DARI HARGA PASARAN,
    CALL/SMS ; +601125412160 (maxis).
    BRG BARU,ORIGINAL SET,COMPLETE SET BESERTA WARRANTY (UNDER BRAND)

    DAN DISERTAKAN RESIT PEMBELIAN.

    awas jgn percayakan org ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>