Bekerja Makan Gaji Adalah Umpama Binatang Peliharaan…..

REBAN moden ayam telur dilengkapi pendingin udara yang dikendali sepenuhnya dengan mesin dan sentiasa bersih dan tidak berbau busuk. Reban Ayam = Multi-National Company

Sebelum ini saya pernah menulis sebuah artikel yang mungkin menimbulkan kemarahan segelintir orang iaitu sebuah artikel bertajuk “Bagaimana Mencari Modal Memulakan Perniagaan”.

Apa yang orang marah adalah sedutan dari artikel itu di mana saya menulis..

Bekerja makan gaji adalah cara terbaik menjadi binatang peliharaan yang berada di dalam kandang, berkawan dengan rakan-rakan yang terhad, tiada kebebasan, terpaksa dengar arahan boss, membuat kerja yang tidak disukai, dipersalahkan atas semua kesalahan dan yang paling utama, makan gaji adalah kareer yg palingg berisiko. Anda boleh dipecat bila-bila masa. Tapi masyarakat mengajar kita, kerja makan gaji adalah kerja yang selamat.

Dan semalam ada seseorang ‘ustaz’ komen di artikel ini dengan nada yang sangat marah. Artikel hari ini adalah untuk menjawab ‘ustaz’ ini… Sebelum itu, mari kita lihat komen ‘ustaz’ ini.

Salam.

Tidak betul makan gaji seumpama binatang di dalam kandang. Amat besar dosanya menyamakan orang yang berkerja makan gaji sebegitu. Mereka yang berkerja dengan ikhlas untuk menyara keluarga dengan makan gaji adalah jihad yang sah di sisi islam. Maka bila kita merendah-rendahkan taraf mereka itu, kita juga sama seperti binatang yang tidak ada perasaan, tidak ada akal untuk memikir, juga tiada hati untuk mengerti.

Saya juga berkerja sendiri, dan seorang trainer. Saya sendiri cuba menginspirasikan orang lain berniaga. Tidak pernah terlintas untuk mengumpamakan orang lain itu seperti binatang peliharaan bila makan gaji. .

Dalam NLP sendiri kalau tuan pernah belajar lah, perkara pertama yang tuan perlu tahu ialah, setiap orang berusaha dengan cara dan resources yang mereka tahu dan mereka ada.

Jadi bila kita tak ada pengetahuan tentang kemanusiaan itu, dan tidak tahu caranya, tak usahlah kita teruskan cuba mengajar orang lain. Cara yang salah, keji dan desparate hanya membuatkan kita menempah jalan keneraka.

Salam ikhlas

Jawapan saya:

1. Perumpamaan yang saya buat ini hanyalah sekadar perumpamaan mengenai situasi seseorang yang bekerja makan gaji.

Nabi Muhammad sendiri sering membuat perumpamaan-perumpamaan untuk memudahkan kita untuk memahami sesuatu. Contohnya seperti Hadith di bawah :

Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai“.(Hadis riwayat Ahmad)

Adakah ini bermakna, Nabi menyamakan dan merendahkan taraf seorang manusia menjadi seekor kambing ?

Sudah tentu tidak, Nabi menggunakan teknik penggunaan “metaphor” untuk memahamkan orang kebanyakkan. Namun jika orang itu masih tidak faham, mungkin perlu ada kaedah yang lebih hebat agaknya.

2. Saya kurang pasti tahap mana tuan belajar NLP. Saya pernah belajar NLP dari Anthony Robbins dan tak ada kaitan NLP dengan “setiap orang berusaha mengikut cara dan resources yang mereka tahu” 

Kalau saudara nak gunakan jargon untuk menunjuk pandai pun. Saya rasa tidak perlu. Lagipun jika benda itu salah, lagi memalukan diri sendiri.

Ini samalah seperti seorang yang berdiam diri, orang akan sangka samada orang ini “bodoh kot”… tetapi sekali dia buka mulut, orang akan kata “confirm bodoh”.

3. Yang saya paling sedih adalah saudara yang mungkin seorang ‘intellek’ yang memahami Neuro-Linguistic Programming tidak mampu untuk menangkis satu pun hujah dalam perumpamaan itu.

3. Jadi berhati-hati dengan apa yang kita nak cakap. Jangan mudah melenting tak tentu pasal dan menyuruh orang memasuki neraka. Menangkap gambar di sana dan di sini tidak bermakna kita memahami erti kehidupan.

4. Sila baca artikel khas ini sebagai hadiah hari ini kepada saudara : Perbezaan Menjadi Hamba dan Bekerja Makan Gaji 

Harap maklum,

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

50 Responses to Bekerja Makan Gaji Adalah Umpama Binatang Peliharaan…..

  1. saya memang buta NLP,tapi baca tajuk artikel saudara pun memang saya sendiri akur..memang bekerja makan gaji kita seumpama binatang kerana kita kerap diperlakukan seperti binatang..sy memang sering mengalaminya,dimarah dimaki hamun didepan khalayak ramai dan mcm2 lg.Jadi kalau difikirkan baik2 memang tepatlah apa yang saudara ungkapkan.

  2. arina says:

    Betul tu. Kerja makan gaji ni kadang2 tak berbaloi..

    Menyentuh kpd perihal binatang/haiwan..
    Kita juga tak boleh memandang rendah kpd haiwan. Kejadian haiwan memberi manfaat yang sgt baik dalam kehidupan manusia. siapa kata haiwan tiada hati & perasaan? haiwan pun ada akal tetapi akalnya tidak sesempurna manusia…

    Tak salah kita nak mmbuat perumpamaan binatang kpd manusia. Ini supaya manusia mengambil iktibar dan memanfaatkan kesempurnaan akal yg dianugerahkan tersebut.

    Bila kita merendah/memandang hina kpd haiwan,maka bermacam2lah hukum baru mengenai haiwan yg kluar sedangkn kitab Allah Al-Quran & Sunnah Rasulullah(hadith) xpernah mengeluarkan apa2 hukum mengenainya(cthnya;kenajisan babi & anjing).

    Kita juga tak patut menakut-nakutkan manusia dgn ayat ‘neraka’ kalau kita sendiri tak betul2 faham atau mendalami apa maksud ‘neraka’ yg sebenar. Jgn cemarkan Agama Islam yg suci ini dengan perkataan ‘neraka’ tersebut.

    • Ustaz Love says:

      Salam…

      Kenajisan babi ada diceritakan dalam al-Quran.. kenajisan anjing ada diceritakan dalam hadis.. ia bukanlah hukum baru yang direka2..

      Berkenaan neraka juga ada dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis sebagai peringatan.. itu termasuk dalam bab tarheeb (memberi ancaman). Kalau Allah dan RasulNya gunakan ayat2 tarheeb berkaitan neraka dan siksa kubur, kenapa pula kita nak terlebih pandai kata tak patut guna?

      Seperti kata En. Shahabudeen, kalau tak tahu lebih baik berdiam diri atau bertanya dulu ;)

      • Arina says:

        Salam ‘Ustaz Love’,

        Saya menulis berdasarkan ilmu.tp,tuan tahu ke ‘tahap’ kenajisan babi & anjing menurut Al-Quran & Hadith?Diharapkan tuan faham.Klu tuan berilmu berlandaskan ‘mazhab’,baik tuan berdiam diri sahaja.sila kumpulkan dan study tentang ayat2 Al-Quran & Hadith tentang ‘tahap kenajisan’ babi&anjing tersebut..

        Islam sepatutnya tidak berpegang kepada mazhab sbb Islam adalah agama yg suci dan tak serupa mcm agama2 lain.Mazhab hanya membuatkan umat Islam berpuak2 dan berlainan fahaman.

        Allah dah turunkan Al-Quran & Nabi Muhammad dah suruh kita ikut Sunnah die.Kenapa nak ada hukum yang baru selepas2 itu?Masih tak lengkapkah kedua-duanya?

        Beginilah ustaz,hal2 sebegini tak boleh didebatkan sebab kita di Malaysia lebih memahami apa yang diajar dan diterap oleh ustaz2 berbanding apa yg ada di dalam Al-Quran & Hadith.Harap kita sama2 merenungi Firman Allah dalam Surah an-Nisaa’ ayat 59 ini;

        “Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kiamat, demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik sesudahnya”.

        Dan saya pun tak mahu berdebat lebih2 sebab hormatkan saudara sesama Islam sebab saya berpegang kepada Firman Allah di dlm Surah al-Hujurat ayat 10 maksudnya:
        “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara…”

        Terima Kasih

  3. Yus Rezal says:

    Binatang peliharaan ke binatang ternakan bro?

    • Shahabudeen says:

      ada beza ke ? hehe

      • Yus Rezal says:

        Ada sedikit perbezaan.Binatang peliharaan ni macam kucing yang kita bela kot..ada la jugak kita belai dia,haha..kalo ternakan mmg macam ayam dalam gambar tu la..tapi ada juga orang bela ayam sebagai binatang peliharaan. Cth Ayam Serama.hehe
        Apapun good job! Saya sokong anda.

        • siti says:

          betol..setuju…ade beze…pets ni kucing anjing ikan rabbit…livestock lembu dan kmbg…

          sy sendiri mkn gaji tp xsentap pon disamakan dgn pets…..memg betul lah….mgkin yg sentap tu buat biz giler punye rugi..sbb tu die dth search nak tau pasal kejayaan n petua eh shahabudin…

  4. Kiran says:

    Maaf, bagi saya, ada benarnya juga komen dan pandangan ‘ustaz’ tersebut… Tak pulak nampak melentingnya, sebagaimana yg dibalas

  5. joe says:

    Siapa yg melenting di sini….saya rasa ustaz tersebut masih rasional dlm menjawab tulisan tuan shahbudin, tidak seperti tuan sendiri yg sudah meletakkan perkataan bodoh dlm tulisan balas. Fikir-fikirkan laah….

  6. kamarul says:

    when the words used have a negative connotation…. the intended message will be discarded by the reader… no matter whatever high ideals the message conveys…. the reader has to be in the positive mood ….. only then he will be able to grasp any ideas that have a contradiction to his belief system….”Umpama Binatang Peliharaan”….. the title itself will kill the readers mood to grasp the subject any further

  7. ahmadyani says:

    Pekerja makan gaji yang ada peluang dan cara untuk mengubah hidup tapi dia tidak berusaha mengubah hidupnya…itulah yang diumpamakan binatang peliharaan.

    Salam kepada tuan punya blog dan para pembacanya. Saya selalu singgah ke sini, ini pertama kali memberi komen.

  8. Lu_Pundekkssss says:

    Nabi takpe laaa, dia bagi gelaran pun, tgk la dia tu sape….NABI. Kita ni sape di sisi Tuhan? Apa salahnya kalo sebut ‘robot’, sebab kerja mkn gaji memang macam ‘robot’ – masuk ikut punch card, pakai uniform, kena ikut rules. Betol tak? Tapi kalo ko sebut ‘binatang’, memang aku tak setuju la. Memang la aku tak suke gak org yg mkn gaji, tambah2 lak org keje gomen. Tapi tahap meluat aku ni, tak la sampai nak letak gelaran ‘binatang’. Dari tulisan ko ni aku dpt baca, ‘Tasauf’ ko ni tak cukup tinggi. Jiwa & minda ko masih byk diselaputi keduniaan semata2. So, jgn ckp camtu broo….Tak baik menilai org lain ikut kaca mata kita. Terlalu byk rahsia kehidupan yg kita tak tahu….Tak tahu, duduk diam2.

    • Paan says:

      Mmg betul pun statement kau. Orang makan gaji ni sebenarnya mcm hamba dah. Tak bleh buat apa2. Dah kene rantai kat hidung. Kene ikutt jer. Ramai yg tak nampak benda ni. dah berada di safe zone. orang melayu mcm tu bro. komplen banyak. belajar malas. kene tegor marah. kene hina melenting. bukan nak ubah diri sendiri. tapi nak ubah orang lain

  9. fadli ibrahim says:

    salam .wah…takut yg hebat dan provokatif dari seorang usahawan berjaya yg dulunya juga bekas ‘binatang peliharaan’ (umpama je:) rasanya adik beradik tuan pengarang pun masih ada lagi yg berstatus (umpama) binatang peliharaan sebab berkerja dgn org lain atau kerajaan kot :) ..salam

  10. adam says:

    assalamualaikum lil dan tuan2 sekalian…

    ko ni lil…. kalau pun nak tarik orang masuk web ko, jgn ler sampai tulis dan beri perumpamaan yang bukan-bukan..

    kat dunia ni golongan yang makan gaji ramai :

    guru (selamat hari guru), ibu-ibu pengasuh nursery (selamat hari ibu), polis, tentera, doktor, jururawat dan ramai lagi ler..

    cari ler benda-benda lain yang elok sikit seperti “guru (makan gaji) umpama lilin membakar”.

    cian kepada guru yang bersusah payah mengajar kita. lagi pun tak ler sedih sangat diorang dengan mendengar ko kata diorang umpama “binatang peliharaan” semata-mata makan gaji, pada hari mereka menyambut Hari Guru ni…

    ok. bye
    lebih beradab dan sopan sebagai orang islam.

  11. Si Azis says:

    Sebagai Balasan:-

    1. Perumpamaan yang saya buat ini hanyalah sekadar perumpamaan mengenai situasi seseorang yang bekerja makan gaji.
    “Tidak salah buat perumpamaan tetapi anda sebagai seorang yang bijaksana kenalah memahami perasaan mereka yang bekerja makan gaji. Kesimpulan yang anda buat mungkin betul tetapi anda kena ingat ianya juga tidak semestinya tepat. Perumpamaan “cara terbaik menjadi binatang peliharaan” jelas bersifat merendah-rendahkan pada pandangan si ustaz dan segelintir orang jika anda fikir sebaliknya”.

    Nabi Muhammad sendiri sering membuat perumpamaan-perumpamaan untuk memudahkan kita untuk memahami sesuatu. Contohnya seperti Hadith di bawah :

    “Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai“.(Hadis riwayat Ahmad)

    Adakah ini bermakna, Nabi menyamakan dan merendahkan taraf seorang manusia menjadi seekor kambing ?

    Sudah tentu tidak, Nabi menggunakan teknik penggunaan “metaphor” untuk memahamkan orang kebanyakkan. Namun jika orang itu masih tidak faham, mungkin perlu ada kaedah yang lebih hebat agaknya.

    “Memetik hadis nabi dan tekniknya untuk menjustifikasi tindakan anda menunjukkan anda seorang yang bijaksana. Tetapi, “your line of argument” menggunakan hadis nabi di atas “does not make any sense”.

    2. Saya kurang pasti tahap mana tuan belajar NLP. Saya pernah belajar NLP dari Anthony Robbins dan tak ada kaitan NLP dengan “setiap orang berusaha mengikut cara dan resources yang mereka tahu”

    Kalau saudara nak gunakan jargon untuk menunjuk pandai pun. Saya rasa tidak perlu. Lagipun jika benda itu salah, lagi memalukan diri sendiri.
    “Memalukan diri sendiri bukanlah satu perbuatan yang mulia. Tapi dalam konteks perumpamaan yang dibuat beserta dengan jawapan bijaksana anda kepada si Ustaz, adakah ini sifat seorang yang berasakan dirinya pandai?

    Ini samalah seperti seorang yang berdiam diri, orang akan sangka samada orang ini “bodoh kot”… tetapi sekali dia buka mulut, orang akan kata “confirm bodoh”.
    “Anda orang yang bijaksana kerana menggunakan perumpamaan ini untuk menangkis pendapat orang lain. sifat “defensive” anda jelas nampak dengan perumpamaan ini. Lebih baik bodoh tapi “humble” dari pandai tapi sombong.

    3. Yang saya paling sedih adalah saudara yang mungkin seorang ‘intellek’ yang memahami Neuro-Linguistic Programming tidak mampu untuk menangkis satu pun hujah dalam perumpamaan itu.

    3. Jadi berhati-hati dengan apa yang kita nak cakap. Jangan mudah melenting tak tentu pasal dan menyuruh orang memasuki neraka. Menangkap gambar di sana dan di sini tidak bermakna kita memahami erti kehidupan.
    “This is the point” yang ustaz itu cuba sampaikan. Berhati-hati bila bercakap. Sekiranya anda yang bijaksana pun boleh melenting dengan pandangan si ustaz tersebut terutamanya part masuk neraka, kenapa si ustaz tak boleh?

  12. Muhammad Ooi says:

    Salam,

    En Shahabudeen, anda mungkin seorang peniaga yang berjaya. Tetapi cara anda melontarkan pandangan dan membuat perumpaan orang makan gaji agak keterlaluan.

    Apa salahnya lebih bersopan santun?

    Perumpamaan itu bersifat mengaibkan golongan makan gaji.

    Gunakanlah galakan untuk mengajak mereka berniaga, bukan menghina mereka kerana tidak berani berniaga / belum mula berniaga.

    Anda sendiri menghina staf anda barangkali?

  13. kirk says:

    Sila ambil perhatian kepada pekerja2 yang bekerja mkn gaji dgn shahabudin jalil..tuan anda menyamakan anda dengan ‘binatang peliharaan’..keh keh keh

  14. adel noor says:

    assalamualaikum… saya cuma nak cakap, perumpamaan admin menyamakan org makan gaji dengan binatang peliharaan atau ternakan tu memang tak boleh nak di terima sebb terlalu kasar.. saudara tak boleh nak samakan diri saudara dengan nabi.. TAK BOLEH!!! nabi membuat perumpamaan bukan atas dasar menghina dan merendahkan. nabi membuat perumpamaan sifat situasi… manakala quran pula ada firman Allah menyamakan manusia lebih teruk daripada binatang peliharaan sebagai HINAAN, KERANA ALLAH MEMANG SELAYAKNYA NAK BERFIRMAN BEGITU.. Tuan hanya insan biasa.. SIAPA tuan admin nak buat perumpamaan seolah2 tuan sudah punya fahaman yang terbaik sehingga layak merendah2 org lain… DAN paling menyedihkan, tuan TAK TERIMA apabila ditegur.. tuan tampilkan hujah2 untuk menghalalkan KEKASARAN tuan…

  15. Dayyan says:

    Salam En Shahabudeen,

    Orang Melayu memang sukar nak terima kritikan sebab minda kita telah lama dijajah oleh orang British sejak dahulukala.Mereka meletakkan dan mengumpulkan kita di kampung2 dan menyebabkan kita tercicir dari pancaroba dan dugaan hidup yg sebenar.Mereka buat begitu agar mereka tak tercabar oleh org peribumi sndiri & sgt risau jika kita maju dari segi ekonomi,sains dan teknologi.

    Kalau sekalipun anak2 muda kita dihantar belajar ke luar negara,kebanyakannya akan berpuak2 dan hanya berkawan dgn bangsa sendiri shj sepanjang berada di sana.

    Manjoriti drpd kita semua ni nak dengar ayat-ayat yg sedap2 sahaja.Takut utk berdepan dgn sesuatu yg lebih mencabar dan ‘pedas’ sedikit dan juga takut utk ditegur atau di’maki’.Bila kena maki je,kita akan sumpah dan menakutkan org itu dgn perkataan ‘nereka’.Mungkin jg sbb kita telah biasa di’dodoi-dodoi’kan sejak kecil.

    Selain itu,bangsa kita pun lebih suka mendengar ceramah berbanding buat research sendiri utk dapatkan ilmu.

    Ini pendapat saya berdasarkan fakta dan hakikat yg sebenar. Terima kasih.

    • Si Azis says:

      Orang Melayu memang sukar nak terima kritikan sebab minda kita telah lama dijajah oleh orang British sejak dahulukala.
      “Percaya atau tidak, sifat tuan memang melambangkan sifat melayu sejati. Menyalahkan orang lain terlebih dahulu daripada mencerminkan diri sendiri. Orang melayu sukar menerima kritikan bukan kerana british semata-mata. Terima kenyataan ini”.
      Mereka meletakkan dan mengumpulkan kita di kampung2 dan menyebabkan kita tercicir dari pancaroba dan dugaan hidup yg sebenar.Mereka buat begitu agar mereka tak tercabar oleh org peribumi sndiri & sgt risau jika kita maju dari segi ekonomi,sains dan teknologi.
      “Totally sweeping statement dari tuan. Percaya atau tidak, sifat tuan memang melambangkan sifat melayu sejati. Menyalahkan british akibat minda yang dijajah.
      Kalau sekalipun anak2 muda kita dihantar belajar ke luar negara,kebanyakannya akan berpuak2 dan hanya berkawan dgn bangsa sendiri shj sepanjang berada di sana.
      “Percaya atau tidak, mereka yang tidak belajar di luar negara pun lagi kuat sifat kabilah mereka.
      Manjoriti drpd kita semua ni nak dengar ayat-ayat yg sedap2 sahaja.Takut utk berdepan dgn sesuatu yg lebih mencabar dan ‘pedas’ sedikit dan juga takut utk ditegur atau di’maki’.Bila kena maki je,kita akan sumpah dan menakutkan org itu dgn perkataan ‘nereka’.Mungkin jg sbb kita telah biasa di’dodoi-dodoi’kan sejak kecil.
      “Anda lari dari isu yang sebenar. Isi ini tidak melibat kata-kata teguran. Orang yang hebat tidak semestinya menggunakan kata-kata yang memaki. Orang yang hebat tidak merendah-rendahkan orang lain. Saya pasti anda tidak membesarkan anak anda dengan kata-kata makian untuk mendodoikannya.
      Selain itu,bangsa kita pun lebih suka mendengar ceramah berbanding buat research sendiri utk dapatkan ilmu.
      Ini pendapat saya berdasarkan fakta dan hakikat yg sebenar. Terima kasih.
      “Fakta dan hakikat pada pandangan mata tuan”.

      • Dayyan says:

        Kpd Si Azis yg cerdik pandai,berhati lembut & berbudi bahasa,

        Kenyataan saya bukan menggambarkan diri saya dan sy tak tergolong didlm golongan ‘majoriti’ tersebut.Adakah anda sedar yg anda tak kenal saya langsung?Saya bukan Melayu sejati sebab parent saya kahwin campur.

        Come on man,kalau kaji(study) pakar sejarah dan org2 lama,anda akan menyedari hakikat yang penjajah takut kalau kita lebih maju dari mereka sbb kita adalah tuan tanah/yg hak.Sebab itu mereka mengasingkan org pribumi dari kemajuan sains&teknologi.Mereka juga berkata “org melayu sukakan agama.jadi ajarkan agama shj kepada mereka”.Anda tak sedarkah yg niat mereka itu jahat?Kalau mereka baik,kenapa mereka menjajah?Ataupun anda adalah salah sorang penjajah tersebut?Ouch..sorry klu terasa!

        Kita kena mengkaji sejarah kita,selepas itu kita akan sedar dan bertindak.Kita kena keluar dari kepompong pemikiran yang telah lama dipupuk oleh penjajah dulu.Ini adalah penting utk memupuk jatidiri dlm diri kita.Adakah anda fikir,merubah minda/budaya yg sudah lama terpupuk adalah perkara yg mudah?Sama sekali tidak!Kebanyakannya akan bawa fahaman minda mereka sehingga mati.

        Saya menulis bkn utk menyalahkan penjajah semata2 tanpa berubah tetapi ingin berkongsi kesedaran dgn org lain.Klu anda taknak berkongsi ilmu takpe..Sya tak kisah sbb sharing is caring.

        Utk makluman anda,setiap manusia dibesarkan dgn cara yg berbeza2.Ada yang dibesarkan dlm suasana ‘musim bunga’ (mungkin mcm anda) & ada yg dibesarkan dlm ‘musim panas’ ataupun ‘musim luruh’.So,masing2 membawa diri dgn cara yg berbeza.

        Memang benar,kata2 SJ adalah perumpamaan.Tapi,cara yg paling bijak dan berhikmah dlm proses teguran adalah dengan cara membuat perumpamaan dan contoh.Ini supaya,org kita ni berfikir dan gunakan otak.Jgn tinggalkan otak kat rumah atau letak otak kat kepala lutut,nanti jam.Ouch..sorry klu terasa lg!

        Tapi kalau anda block pintu hati anda dan tetap dengan sifat ‘fragile’ anda itu,sampai bila2 la kita tak boleh terima kritikan dan kritis.

        Saya ingin berkongsi dengan anda,
        “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

        Terima kasih sbb komen kenyataan saya di atas.Ini telah menambahkan ilmu dan pengalaman kpd saya.

        • Si Azis says:

          Kpd Si Azis yg cerdik pandai,berhati lembut & berbudi bahasa,
          “Anda orang yang hebat kerana memulakan pendapat tuan dengan kata-kata yang baik”
          Kenyataan saya bukan menggambarkan diri saya dan sy tak tergolong didlm golongan ‘majoriti’ tersebut.
          “Saya kurang mengerti di sini. Seseorang itu akan dinilai dari apa yang dikatakan tak kira niatnya sekalipun”
          Adakah anda sedar yg anda tak kenal saya langsung?Saya bukan Melayu sejati sebab parent saya kahwin campur.
          “Saya memang tidak mengenali tuan. Cuma mengulas dari apa yang ditulis tuan. Memandangkan tuan bukan melayu sejati, pada pandangan peribadi saya, agak “merbahaya dan sensitif” untuk tuan menyentuh mengenai karekter orang melayu sejati. Tapi saya tabik tuan kerana berani berbuat demikian. Orang melayu bukan sahaja sukar terima kritikan (pada pandangan tuan) malahan amat sensitif (pada pandangan saya).
          Come on man, kalau kaji(study) pakar sejarah dan org2 lama,anda akan menyedari hakikat yang penjajah takut kalau kita lebih maju dari mereka sbb kita adalah tuan tanah/yg hak.
          “Saya tidak menafikan pandangan tuan 100% (walaupun saya tidak mempunyai kajian sejarah dihadapan saya). Tetapi jangan menyalahkan british semata-mata. Lihat lain-lain faktor juga.
          Sebab itu mereka mengasingkan org pribumi dari kemajuan sains&teknologi.
          “Saya tidak pasti sama ada ini tepat 100%. Mungkin Tuan boleh beri contoh yang spesifik di sini?”
          Mereka juga berkata “org melayu sukakan agama.jadi ajarkan agama shj kepada mereka”.Anda tak sedarkah yg niat mereka itu jahat?
          “Mungkin benar mungkin tidak petikan kata-kata tuan. Niat mereka jahat tetapi dengan beranggapan semua mereka jahat agak drastik”
          Kalau mereka baik,kenapa mereka menjajah?Ataupun anda adalah salah sorang penjajah tersebut?Ouch..sorry klu terasa!
          “Saya tidak terasa dengan pandangan tuan. Sekiranya saya salah seorang penjajah, saya akan berasa “bangga” kerana saya pasti tuan tidak mempunyai satu kesimpulan yang kuat di sini. Sweeping statement sekali lagi.
          Kita kena mengkaji sejarah kita,selepas itu kita akan sedar dan bertindak.Kita kena keluar dari kepompong pemikiran yang telah lama dipupuk oleh penjajah dulu.
          “Benar seperti yang dikata”.
          Ini adalah penting utk memupuk jatidiri dlm diri kita.Adakah anda fikir,merubah minda/budaya yg sudah lama terpupuk adalah perkara yg mudah?
          Sama sekali tidak!Kebanyakannya akan bawa fahaman minda mereka sehingga mati.
          “Isu ini tidak diulas Tuan Sebelum ini. Walaubagaimanapun, saya bersetuju memang tidak mudah.”
          Saya menulis bkn utk menyalahkan penjajah semata2 tanpa berubah tetapi ingin berkongsi kesedaran dgn org lain.Klu anda taknak berkongsi ilmu takpe..Sya tak kisah sbb sharing is caring.
          “Terima kasih kerana Tuan sanggup “berlembut” dengan pandangan saya agar tidak menyalahkan penjajah semata-mata. Tidak timbul isu berkongsi ilmu. Yang ada hanyalah bertukar-tukar pendapat.
          Utk makluman anda,setiap manusia dibesarkan dgn cara yg berbeza2.
          “Terima kasih kerana memaklumkan. Baru hari ini saya tahu J”
          Ada yang dibesarkan dlm suasana ‘musim bunga’ (mungkin mcm anda) & ada yg dibesarkan dlm ‘musim panas’ ataupun ‘musim luruh’.So,masing2 membawa diri dgn cara yg berbeza.
          “Musim bunga, musim luruh atau musim panas tidak mengapa. Paling penting keserdahanaan di dalam berkata-kata. Terlajak perahu boleh ditarik balik terlajak kata banyak yang terasa”
          Memang benar,kata2 SJ adalah perumpamaan.Tapi,cara yg paling bijak dan berhikmah dlm proses teguran adalah dengan cara membuat perumpamaan dan contoh.
          “Tepat sekali. Ramai yang menegur dan ramai yang telah menegur di sini. Yang musykilnya dalam konteks isu “macam binatang peliharaan”, “bijak dan berhikmah ke?”
          Ini supaya,org kita ni berfikir dan gunakan otak.Jgn tinggalkan otak kat rumah atau letak otak kat kepala lutut,nanti jam.Ouch..sorry klu terasa lg!
          “Orang yang berfikir menggunakan lutut jelas boleh dikenal pasti di dalam kata-katanya. By the way You dont have to stoop so low in your argument.
          Tapi kalau anda block pintu hati anda dan tetap dengan sifat ‘fragile’ anda itu,sampai bila2 la kita tak boleh terima kritikan dan kritis.
          “Pelik-pelik. Aren’t you the pot calling the kettle black. Respons tuan di sini 99% boleh saya faham (walaupun tidak bersetuju kerana itu perkara biasa dalam bertukar pandangan). Tetapi alangkah sedihnya 1% respons tuan bersifat “personal attack” dan menunjukkan Tuan juga tidak boleh terima kritikan dan kritis.
          Saya ingin berkongsi dengan anda,
          “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
          “Panduan yang diberikan di sini amatlah dihargai”
          Terima kasih sbb komen kenyataan saya di atas.Ini telah menambahkan ilmu dan pengalaman kpd saya.
          “Sama-sama”

          • Dayyan says:

            Wow,terkesima saya!anda mempunyai 1 perangai yg sama dgn saya iaitu tak mahu mengalah.Not bad.Anda memang bijak mengatur ayat & saya tahu,walau macamana saya tulis pun,anda memang xkan mengalah saaaampai kiamat sebab anda memang pada awalnya tak setuju di dalam perbincangan blog ini.Anda pun lantang berkata2 tp yg bezanya cuma anda mengeluarkan kata2 yg manis utk dibaca org.Anda memang pandai menjawab dan kaki menjawab.

            Tapi nak mencelah sikir,ayat ‘melayu sejati’ tu dtg dr tulisan anda.bukan saya.Hati2 tau…

            Anda pandai menjawab tapi anda tak pandai mengingat.Tulisan anda laju tapi otak anda sebaliknya.

            Conclusion is,bahaya jika bercakap dan berdebat dgn anda.Walau macamana anda jawab pun,saya tetap kata saya betul dan anda salah saaaaampai hari kiamat =)…jgn marah haa..

            Sekarang dan sebelumnya,saya tak menjawab dgn emosi tapi saya sgt2 yakin.

            Note:Kalau anda bukan seorang peguam,anda telah salah memilih profession anda.Selamat Maju Jaya =)

          • Si Azis says:

            Wow,terkesima saya!anda mempunyai 1 perangai yg sama dgn saya iaitu tak mahu mengalah.Not bad.Anda memang bijak mengatur ayat & saya tahu,walau macamana saya tulis pun,anda memang xkan mengalah saaaampai kiamat sebab anda memang pada awalnya tak setuju di dalam perbincangan blog ini.Anda pun lantang berkata2 tp yg bezanya cuma anda mengeluarkan kata2 yg manis utk dibaca org.Anda memang pandai menjawab dan kaki menjawab.
            “Saya terima pujian Tuan. Saya cuba menjadi lantang tanpa perlu perlu bersikap “kasar” walaupun susah untuk mengelak berbuat demikian. Jika Tuan menyangka saya akan diam, “maaf”. Jangan terkesima J
            Tapi nak mencelah sikir,ayat ‘melayu sejati’ tu dtg dr tulisan anda.bukan saya.Hati2 tau…
            Anda pandai menjawab tapi anda tak pandai mengingat.Tulisan anda laju tapi otak anda sebaliknya.
            “Saya terima “pujian” walaupun jelas kata-kata Tuan diluar konteks perbincangan. Saya faham kerana Tuan mengaku Tuan bukan Melayu sejati. Sudah menjadi profession saya untuk memberi pandangan tak kira berapa lemah pun otak saya.
            Conclusion is,bahaya jika bercakap dan berdebat dgn anda.
            ‘Ye ke?
            Walau macamana anda jawab pun,saya tetap kata saya betul dan anda salah saaaaampai hari kiamat =)…jgn marah haa..
            “Jika berani berkata-kata, kena berani mendengar. Vice versa.”
            Sekarang dan sebelumnya,saya tak menjawab dgn emosi tapi saya sgt2 yakin.
            “Saya menilai sebaliknya”
            Note:Kalau anda bukan seorang peguam,anda telah salah memilih profession anda.Selamat Maju Jaya =)
            “Minta maaf kalau cita-cita Tuan menjadi peguam tidak tercapai. Sekiranya Tuan seorang peguam, seharusnya perbincangan ini menjadi lebih mudah”.

  16. kirk says:

    Buleh sy tahu en shahabudin grad dr universiti mana & dlm bidang apa..??

  17. umi kalthum binti hussinar says:

    Salam..
    Nampaknya setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat mereka sendiri. Apa yg saya boleh katakan “nobody is perfect”, mari lah kita bersama2 berpesan2 ke arah kebaikan. Niat En. SJ tu baik tp mgkn cara penyampaiannya tu membuatkan ada pihak-pihak yang terasa hati. Sesungguhnya yang baik itu dtg nya dari Allah, dan yg buruk itu dr kesilapan diri kita sendiri : )

  18. ammar says:

    Hmm..there’s a lot of perumpamaan such as Lipas kudung,cakar ayam,ayam tambatan,ayam bertelur riuh sekampung,anjing menyalak bukit,etc etc etc

  19. Azie says:

    jangan samakan zaman dulu dgn zaman skarg.. dulu lain skarg lain..
    doktr pn bkje jgk, ksian doktr yg btungkus lumus slamatkn nyawa psakit tapi d samakan dgn binatang..

    • kirk says:

      En shahbudin kita mana tahu karier2 profesional lain yg ada atas muka bumi ni dh..yg dia tau borong brg dr china sj..(Sori to say laa..brg dr china nie bg sy 3rd class punya produk)..keh keh keh

    • suraya says:

      tak semestinya.gift yg dijual di Las Vegas pun dr China juga.material2 construction utk banglo sy trmasuk swimming pool deck pun dr China juga.high quality dan cantik.di china ade brgn yg low quality hinggalah yg high quality.

      • kirk says:

        Cuba u import produk dr jepun & produk dr china..tgk ada beza x kualiti nya..keh keh keh

      • kamal surif007 says:

        brg china xkualiti ker?ari tu sy g japan,ade jgk brg made in china.pstu,dh smakin byk company japan bkk factory kt sane.

        • kirk says:

          Kn sy dh ckp bg sy produk buatan china bg sy 3rd class punya produk..kalo anda rasa produk china 1st class terpulang la pd anda..produk japan yg dikilangkn di china bg sy kualiti nya pn tahap sampah..cuba anda bandingkn produk yg original dikilangkn di jepun buat perbandingn ngn produk dr china..

          • kamal surif007 says:

            ooyeke?tp brg jepun mahal..klu tgk sekeliling kita,majoriti brgn adalah dr china..simen,jln,meja,kayu dll..klu chinese new year,construction pon boleh delay.

          • kirk says:

            Mmg la brg Jepun mahal sbb dia mengekalkan tradisi produk2 berkualiti..chinese new year construction delay bkn sbb produk tu dari china..tp sbb sub-kontraktor2 yg dimonopoli org cina amik cuti panjang.kalo nk crite construction delay nie sbb stakat chinese new year..raya posa..raya haji..raya hindu..wesak & mcm2 raya lagi yg buleh menyebbkan delay..biasa la alasan kontraktor nk claim EOT..& satu lg construction skang nih byk pakai local produk dari imported produk..so kalo u ckp dlm construction pakai produk dr china taktau la sy..berbalik pada produk jepun tadi..mana u lg prefer pakai kereta Jepun @ kereta dari china..??

  20. hamba Allah says:

    as salam
    lain kali hati2 bila menulis encik sj..anda ni seorang yg ego mengikut ayat tersebut..
    belajar menerima teguran..”syaitan umpama serigala” mmg layak perumpamaan..
    manusia lebih mulia dari haiwan,jangan samakan..guna ayat yg tegas tapi beradab..tiada pekerja makan gaji,siapalah anda juga?

  21. silent reader says:

    As salam..

    Saya rasa masih tidak lewat untuk menyatakan pendapat saya.

    pada pandangan saya, dari segi simboliknya, tuan hendak mengatakan yang ‘mari bekerja sendiri’. bagi saya itu mmg betul. cuma cara bagaimana tuan sampaikan adalah salah. setelah saya gone through comments dari awal hingga akhir, saya berpendapat tuan tidak memberi perumpamaan di situ. let me copy the statement ‘Bekerja makan gaji adalah cara terbaik menjadi binatang peliharaan yang berada di dalam kandang,’ . ‘adalah’ bukanlah perumpamaan. mungkin tuan sendiri menyamakan. perkara2 begini memang boleh buat orang termakan hati. terpulang kepada masyarakat untuk memilih jalan hidupnya sendiri dengan makan gaji, tetapi tuan jangan memberi comment seperti itu. saya hanya menyuarakan pendapat saya. terima kasih.

  22. mtab says:

    Apa2 pekerjaan kalau niat ikhlas kerana Allah, pasti ada berkatnya ..duit cukup2 saja utk menyara keluarga namun bahagia.. Ya mmg makan gaji,gaji xbesar tp jgnlah merendah2kn mereka. Kita saling memerlukan. Berniaga pon kalau kerajaan xkeluarkan lesen apa korang boleh buat ??? Jd pendekatan yg terbaik adalah, kerjaya tetap ada namun pd masa yg sama berniagalah ..ada pendapatan yg lain.

  23. mtab says:

    Bnda yg nak disampaikan betul tp dgn cara yg salah..Allah sendiri bagi tahu kalau nak dakwah gua\nalah cara yg betul. “Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik”… (An-Nahl : 125)..Mari sama2 kita bermuhasabah diri..

  24. Dunia hanya sementara says:

    “Dan jgnlah kamu mengatakan terhadap apa yg disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram.” untuk mengada adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya org yg mengada adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung” (16:116)

    “Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yg diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang” (13:53)

    “Tinggalkanlah orang2 yg menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Qur’an agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana perbuatannya sendiri…” (6:70)

  25. Dunia hanya sementara says:

    “Dan sekiranya Kami menghendaki niscaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan (ayat2) itu,
    TETAPI dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah), maka PERUMPAMAAN seperti ANJING, jika kamu menghalaunya, dijulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya (juga).. ” (7:176)

    p/s ni perumpamaan yg jelas..

  26. Alista says:

    Comel lah perumpamaan tu..hehe..

  27. noraisyah says:

    Sorry no offence but ‘mamak people’ they are normally ‘crude’. Not like the Malays who are mostly polite. But take it positively. The Malays should involve more in business.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>