Perniagaan adalah satu aktiviti yang berlangsung diantara dua orang individu atau insan. Jadi untuk anda berjaya dalam perniagaan, anda perlukan tahu bagaimana seseorang manusia itu berfikir dan KENAPA PELANGGAN MEMBELI DARIPADA ANDA.
Dalam hidup sehari-hari, kita melakukan banyak aktiviti dan setiap aktiviti ini kita lakukan di atas sekurang-kurangnya satu atau beberapa SEBAB.
Sebab adalah alasan anda melakukan sesuatu.
Anda bangun pagi, anda minum kopi sebabnya adalah kerana kopi akan mengaktifkan otak anda dan memberi tenaga kepada anda.
Kenapa anda makan ? Sebabnya anda lapar
Kenapa anda membeli sesuatu ? Sebabnya adalah kerana anda perlukannya, atau untuk diberi hadiah kepada orang lain atau kerana anda merasakan anda akan bahagia jika anda mempunyai barang tersebut.
Jadi setiap aktiviti kita, kita lakukan dengan sebab. Kita perlukan sebab untuk kita lakukan sesuatu.
Ini samalah dengan pelanggan kita. Jika anda memberikan pelanggan anda dengan sebab yang kuat dan munasabah, mereka pasti membeli daripada anda.
Contohnya jika anda menjual kasut wanita….. jangan biarkan pelanggan anda mencari dan memikirkan sebab kenapa dia perlu membeli.
Cadangkan sebab ini kepada pelanggan anda.
- “Puan, kalau puan beli kasut nie, saya jamin akak akan nampak tinggi. Mesti suami puan suka ”
- “Puan, jika Puan beli kasut ini, pasti sakit kaki yang Puan hadapi sekarang akan pulih, sebab kasut ini sangat bagus untuk kaki yang sakit”
- “Puan, jika Puan dapatkan kasut ini, saya pasti kawan-kawan dan jiran Puan akan cemburu, kerana kasut ini terhad di pasaran dan sangat cantik”
Cadangan “sebab” yang kita berikan kepada pelanggan itu biarlah yang bersesuai dan tepat.
Cuba anda amalkan teknik ini kepada pelanggan anda dan anda akan melihat hasil jualan anda akan meningkat hari demi hari.
INGAT – Orang membeli dengan SEBAB, jadi berikan SEBAB untuk mereka membeli barangan anda daripada anda.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Saya tengah fikir dan mahu tulis senarai sebab kenapa pembeli perlu membeli di kedai online saya. Bagus artikel ini…memberikan saya idea.
Memang benar kita kena tahu apa yg pelanggan mahukan…. kekadang kita lupa dan syok sendiri menjual tanpa berfikir bagaimana nak yakinkan pelanggan… sebenarnya ia sesuatu yg asas dalam memulakan bizns, mungkin kita lupa atau tidak ambil endah…
Special Discounted Price:LL394 | Nur Diana’s Collections
As Salam Tuan,
Terima kasih ALLAH, terima kasih Tuan dan terima kasih kerana Tuan telah menulis banyak info yg berguna utk sy praktikkan. Banyak ilmu baru yg telah sy pelajari dan saya boleh gunakan dalam untuk meningkatkan pasaran unit amanah yg saya lakukan sekarang. Hopefully pada masa depan saya dapat melakukan perniagaan seperti yang Tuan lakukan.. AMIN.
Bagus sangat entry tuan ..saya baru jumpa blog tuan dan sedang berjinak2 dalam bidang perniagaan online.. Tetapi macammana kita henak tarik pelanggan menggunakan servis kita ya… Adakah perlu memberi sebab juga?