Jika anda salah seorang yang pernah meng’google’ ayat seperti “bagaimana menjana pendapatan dari rumah”, “bekerja dari rumah”, “jana pendapatan sampingan” dan sebagainya… Anda tentu akan mendapat jutaan hasil carian yang menjanjikan anda perkara yang bukan-bukan.
Biasanya adalah mereka yang akan mengajak anda menyertai MLM, skim cepat kaya ataupun mereka akan meminta anda untuk membeli ebook daripada mereka.
Jadi hari ini, saya tidak akan membuat semua itu, kerana pembaca blog saya adalah mereka yang mencari artikel perniagaan tulen yang betul-betul boleh membawa hasil.
Berikut adalah 7 jenis peniagaan kecil yang anda boleh mulakan daripada rumah.
1. Menjual Dari Katalog – Anda boleh menjadi ejen kepada jenama-jenama terkenal dalam bidang kecantikan, pinggan mangkuk atau pakaian muslimah dengan hanya membeli katalog mereka. Anda tidak perlu menyimpan stok.
Biasanya orang wanita, mereka akan memanggil ramai kawan-kawan ke rumah mereka dengan membawa makanan masing-masing yang dipanggil ‘potluck’. Pada majlis seperti ini, mereka masing-masing akan membawa katalog dan menjual sesama sendiri. Biasanya tuan rumah mempunyai kelebihan untuk mempromosikan barangan beliau.
2. Menjual barangan secara online – Anda boleh memilih untuk membuka kedai online di www.lot.my ataupun memilih untuk mengiklankan di mudah.my. Dengan dua kaedah ini, anda dapat mencari pelanggan untuk membeli barangan anda.
Kaedah yang terbaik ialah anda membuka sebuah kedai online di www.lot.my dan seterusnya bawa masuk pelanggan ke kedai online anda ini daripada mudah.my atau facebook.
3. Mengajar tuisyen – ibubapa hari ini sangat memerlukan seseorang cikgu terutama cikgu yang berdekatan dengan rumah. Ini akan memudahkan mereka untuk menghantar anak mereka untuk mendapatkan kelas tambahan.
Jadi ini adalah peluang anda untuk mengajar mereka dengan wang sebagai timbal balik. Anda boleh mengajar kanak-kanak semuda yang masih belajar di tadika atau yang berada di sekolah menengah.
4. Menjadi Babysitter – Memandangkan ramai ibubapa yang kedua-duanya bekerja. Mereka sentiasa menjadi seseorang yang mampu menjaga anak kecil ini.
Anda boleh menawarkan perkhidmatan ini
Amaran : mulakan perniagaan ini hanya jika anda berminat menjaga anak-anak kecil kerana kerja ini akan memberikan anda stress yang tinggi serta sangat meletihkan. (cerita dari pengalaman.. he he he)
5. Menjana pendapatan dengan menulis – Anda boleh mulakan pekerjaan dari rumah dengan menulis bagi blog orang lain. Ramai blogger perniagaan yang mencari seseorang untuk menulis bagi pihak mereka.
Jadi anda boleh menawarkan perkhidmatan ini. Hanya di rumah anda boleh buat pendapatan RM 500-1000 sebulan.
Jika anda boleh menulis dalam bahasa Inggeris, anda boleh memilih untuk menulis di iWriter – sila rujuk artikel ini.
6. Menjahit – Kerja ini mungkin memakan masa yang lama. Namun boleh memberikan anda pendapatan lumayan jika anda melakukannya.
Sebelum anda menjawab, anda tidak tahu menjahit. Anda hanya perlu menghadiri kelas menjahit dengan bayaran RM 160 untuk 4 kali kelas. Ini pelaburan yang anda tidak akan rugi.
Selepas itu, anda boleh mengambil tempahan untuk pakaian-pakaian biasa terlebih dahulu sebelum pergi ke tahap yang lebih tinggi.
7. Memasak – Anda boleh menyediakan perkhidmatan memasak bagi pasangan yang bekerja yang mempunyai anak remaja. Ibubapa seperti ini tidak mempunyai masa untuk memasak dan tidak mahu juga anak mereka makan di restoran.
Mereka ini lebih selesa sekiranya terdapat ibu lain yang memasak untuk anak mereka. Sudah tentu masakan ini lebih berkhasiat, bersih dan sedap.
Jadi anda boleh menawarkan perkhidmatan sebegini untuk pendapatan tambahan anda.
Ini hanya sedikit daripada ribuan kaedah lain yang anda boleh gunakan untuk bekerja dari rumah. Jadi modal atau kemahiran bukanlah alasan untuk anda tidak memulakan perniagaan daripada rumah.
Ia hanya bergantung kepada anda samada anda mahu ataupun tidak ?
Apa lagi idea yang anda boleh berikan kepada mereka yang tercari-cari idea untuk menjana pendapatan dari rumah ?
Terima kasih
Shahabudeen Jalil
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Siapa yang ada komputer, boleh menawarkan khidmat menaip. Tapi surat, dokumen atau apa sahaja.
saya berminat untuk menjalankan kerja dari rumah tapi tidak tahu bagaimana caranya….mintak tunjuk ajar………
saya ingin berkhidmat. boleh hubungi saya
macam-macam cara untuk kita menambahkan duit poket kita.jangan salah pilih sudahlah.
Saya pon ada gak buat jana income online ni. Tapi guna 5 langkah saja.
saya berminat untuk melakukan kerja di rumah..tapi tak tahu cara yg betul…
ingin mencari pendapatan dari rumah
Ini boleh membantu anda tambah income . http://www.proffads.com/ .. lihatlah
sy pn bru buke blog..nk sgt lau ade pluang jana pendapatan dr uma..lau ade yg nk sy menaip dokumen ke,menulis ke sila lah blh jugak emel ke fazlinalee@yahoo.com..
tq
saya tercari-cara cara untuk menambah pendapatan dirumah. yang mudah dan waktu yang fleksible…
Cuba Trau Formula Rahsia luarbiasa ni…Klik kat nama saya tu
Cuba Trai Formula Rahsia luarbiasa ni…Klik kat nama saya tu
dah bertahun nak berniaga tapi tak ada dea lansung tlg tunjuki ///.\
salam.. cuba trai cara Formula Rahsia Luarbiasa ni..Klik kat nama proffads tu. Mungkin ini berbaloi kalau nak bisnes online yang berjaya..
sy pertama kali ingin join bisnes intrnet.. biase la, duit asyik keluar je.. macam mana ea??ade jalan? atau ruang kosong..help
[sy pertama kali ingin join bisnes intrnet.. biase la, duit asyik keluar je.. macam mana ea??ade jalan? atau ruang kosong..help]
salam.. sori ganggu..saya ada tengok kat sini.. http://proffads.com – U bole cuba lihat dan pikirkan.. OK
saya memilih kerja no.4 sebagai babysitter…sbb sy juga seorang suri rumah yang mempunyai anak..jadi saya xnak keperluan anak saya terabai dek sibuk mencari duit tetapi sy juga harus mencari harus mencari pendapatan sampingan,jadi saya rase pilihan ke 4 adalah tepat untuk saya..berminat hubungi saya atau email nurul.asmiza@yahoo.com..lokasi:merak apartment subang(ground floor)
yang penting tak stress…
saya nak nega online tp tak tau nak mula
salam. Cara yang kelapan untuk buat duit Jana Pendapatan Dari Rumah adalah dengan cara yang proffad tunjukkan itu..kalu tak percaya cuba trai.. klu tak berjaya bagi tau saya.
saya sdh puas mencari kerja sambilan d rumah ttpi
tidak ada hasil.jika ada sesiapa yg inginmemawRksn
kerja d rumah sila email saya sitigamarsalim@ rocketmail
.com