Ugutan Bunuh Daripada Peniaga Cina

Saya tidak pernah melaporkan pada polis hal ini dan saya hanya ceritakan kepada rakan-rakan terdekat. Bukan tidak mahu cerita, saya cuma tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk.

Pada tahun 2007 apabila ramai dikalangan rakan-rakan saya datang belajar bagaimana untuk memborong daripada China..

Saya mula menyedari setiap hari saya terpaksa menghabiskan masa mengajar seorang demi seorang.

Selain mengajar rakan-rakan saya, saya juga membawa mereka ke China untuk memborong.

Kemudiannya timbul idea untuk saya menganjurkan Kursus Borong China secara sistematik seperti yang ada pada hari ini.

Pada waktu itu, saya hanya fikir untuk melepaskan diri dari kesibukkan setiap hari mengajar seorang demi seorang.

Namun pada suatu hari, saya menerima sms ugutan yang meminta saya menghentikan membawa usahawan Melayu ke China.

Sms ini saya kira dari seseorang yang berbangsa Cina memandangkan tatabahasa yang agak tunggang langgang dan ada ayat yang ditulis dalam bahasa rojak.

Takut memanglah takut, tapi saya tak ada pilihan lain selain meneruskan juga kerana semakin hari permintaan semakin tinggi. Saya lebih risaukan keselamatan keluarga saya sebenarnya.

Dan yang lebih penting adalah kerana saya fikir, jika orang Melayu mula memborong dari China, tahap ekonomi mereka pasti akan menjadi lebih baik.

Manakan tidak, jika usahawan Melayu mula memborong daripada sumber, mereka akan mendapat barangan dengan harga yang lebih murah dan mereka akan dapat membuat keuntungan lebih besar daripada sebelumnya.

Akhirnya ugutan ini berakhir apabila saya diselamatkan oleh ‘satu perkara’

Nantikan cerita saya mengenai apa sebenarnya yang menyelamatkan saya daripada terus hidup dalam ketakutan dalam tulisan saya selepas ini.

bersambung…..

SJ

(Sertai Kursus Borong di China yang diadakan setiap bulan. Sila rujuk jadual di www.KursusBorongChina.com )

Kursus satu hari ini juga akan mendedahkan anda dengan kaedah pembukaan kedai online untuk barangan yang anda borong daripada China.

Cara mendaftar, hubungi Nurul di talian 017-2517515 atau bayar secara online di website kami di www.KursusBorongChina.com)

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

2 Responses to Ugutan Bunuh Daripada Peniaga Cina

  1. ahmadi abdul latif says:

    tak sabar nak tunggu kisah selanjutnya sebagai pedoman.

  2. M Hidzir says:

    Wau siapa la yang ugut? Kebanyakan chemical pun ambil dari sana, cuma tak berapa konsisten kualiti mereka.. Boleh la untuk jual gitu2, lagi pun mereka rajin email kita dan contact kita untuk beli barangan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>