Apakah Perbezaan Bekerja Makan Gaji dan Menjadi Hamba ?

Ramai antara kita berfikir mereka kini hidup di zaman yang bebas tanpa perhambaan. Adakah ini benar ?

Dalam artikel ini saya akan membawa anda melihat 500-1000 tahun sebelum ini sewaktu perhambaan masih wujud. Apakah situasi pada waktu itu dan kita akan cuba membuat perbandingannya dengan keadaan kita pada hari ini.

1. Pada zaman perhambaan, biasanya terdapat 3 tahap hamba yang dibela oleh seseorang tuan. Tahap yang pertama ialah hamba abdi yang paling hina. Mereka ini akan bekerja sepanjang hari sambil dipantau oleh seorang hamba yang bertindak untuk memastikan semua hamba abdi ini bekerja. Selepas dari itu barulah terdapat hamba-hamba yang menjadi ketua mereka ini semua.

Jika dikaji, ini sama seperti struktur syarikat pada hari ini. Jika dilihat di sebuah syarikat, terdapat pekerja yang bekerja sepanjang masa dan dipantau oleh seorang supervisor dan supervisor ini akan melaporkan kepada boss mereka iaitu pengurus-pengurus dalam syarikat tersebut.

2. Pada zaman dulu, Tuan punya hamba ini akan menyediakan minuman, makanan, tempat tinggal, pakaian dan pelbagai kemudahan lain kepada seseorang hamba. Sebagai timbal balas, hamba ini akan bekerja untuk majikan itu.

Pada zaman kini, boss anda akan menyediakan anda dengan gaji dan segala kemudahan pejabat. Dengan gaji bulanan ini anda memilih makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain untuk diri anda.

3. Tuan punya hamba akan memberikan cuti beberapa hari sebulan kepada hamba supaya hamba ini dapat rehat dan bekerja lebih kuat selepas itu. Sewaktu cuti ini, biasanya hamba ini akan menghabiskan masa berehat di rumah atau bersiar-siar. Dia perlu cukup rehat untuk sambung bekerja selepas itu.

Anda yang bekerja makan gaji, bekerja sepanjang hari minggu dan mendapat cuti sehari atau 2 hari di hujung minggu. Cuti ini biasanya digunakan untuk tidur sehingga tengahari atau meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

4. Pada zaman dahulu, seorang Tuan hamba akan menghukum hamba ini dengan memukul atau membuang hamba ini dari jagaannya. Ini akan mengakibatkan hamba ini terkapai-kapai tanpa tempat bergantung. Hamba ini juga akan berusaha pergi ke pasar hamba untuk mendapatkan tuan yang baru. Tuan yang baru akan melihat apa yang boleh dilakukan oleh hamba ini sebelum bersetuju untuk mengambilnya sebagai hamba. Hamba yang berkualiti tinggi akan dijual dengan harga yang tinggi.

Ini samalah seperti zaman sekarang. Pekerja yang tidak bekerja dengan baik akan dihukum samada dimarahi atau dipotong gaji. Paling teruk, pekerja ini akan dipecat. Jika dipecat, pekerja ini akan pergi ke ‘pasar hamba moden’ seperti JobStreet untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan ini akan memberikan anda tuan baru.

5. Pada zaman dahulu, tuan punya hamba akan sentiasa memberi motivasi kepada seseorang hamba supaya hamba itu akan bekerja keras sepanjang hari. Motivasi ini boleh jadi dalam bentuk memberi kata-kata semangat, makanan lebih baik, pakaian lebih baik ataupun hamba itu akan diberi kebenaran untuk berkahwin.

Pada zaman sekarang pun begitu sebenarnya. Majikan anda memberi anda motivasi, cuti tahunan yang lebih panjang, gaji yang lebih tinggi atau kupon bercuti atau makan di tempat yang mahal. Untuk berkahwin pun, anda perlu ada gaji yang cukup.

Cuba anda renung-renungkan.. adakah anda sedang bekerja atau anda sebenarnya adalah seorang hamba ?

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

45 Responses to Apakah Perbezaan Bekerja Makan Gaji dan Menjadi Hamba ?

  1. Bagitau Jep says:

    macam jadi hamba je..

  2. bagitau big mama (kak mah) says:

    tengok mama apa budin tulis…………
    kesimpulannya semua org makan gaji hamba..
    kerja dari pagi sampai petang bodoh
    baik semua pakat-pakat berhenti kerja,berniaga
    tak tau berniaga? ikutlah kursus memborong ..bodohhhhhhhh

  3. nor says:

    Tuan…pandangan tuan terlalu ekstrim bagi sesetengah orang..hakikat dan realiti adalah ini. memang pahit untuk mengiakan sememangnya ia adalah benar.

  4. noorsyamsul says:

    rasa-rasanya hamba zaman moden kot…

  5. ariffin says:

    pergh, pedas..tapi memang betul.itulah hakikatnya.tapi skrg lebih manis dipanggil pekerja yg profesional, yg ada nilai tinggi untuk dibayar sbgai upah bekerja atas kemahiran yg pekerja ada.sya ada 1 soalan, bgaimana dgan Prof,Dr, & golongan bijak pandai yg makan gaji? adakah mereka dikategorikan dalam golongan hamba moden?

  6. tookoo says:

    provoke baik eh hang jalil…
    tapi anda lupa satu benda yang mana kebanyakan peniaga2 kat dunia ni adalah “HAMBA WANG/DUIT/DUNIA”
    …true story

    • Shahabudeen says:

      Nabi Muhammad pun peniaga gak..

      • Ustaz Love says:

        Nabi Muhammad s.a.w. berniaga sebelum diangkat menjadi Rasul.. lepas jadi Rasul, Baginda dah tak berniaga.

        • FAISAL says:

          bro….nabi sendiri cakap 90% dari sumber kekayaan adalah melalui perniagaan.

          dan dari sumber kekayaan itu lah kita jana duit untuk jalan Allah.

        • livonia19 says:

          Betul la tu…tp yg org xtau mcmana plak nabi yg xkeja blh mkn dgn semua anak2 & istri2 dia,,& kenapa plak nabi yg xde keja blh kawin lebih dr 1,, (kau buat la apa yg aku buat,nescaya kau akn tau apa rahsia d sebaliknye.) kenapa plak d m’sia ni klau gaji xcukup,xblh kawin lebih dr 1..
          Sb manusia hanya tahu klau kawin lebih 1 tu hanya utk sex & tambah zuriat je…Klau stakat psal tu je, xpayah la allah beri kebenaran tu tertulis dlm quraan…..Klau manusia tau apa rahsia kawin lebih dr 1 tu, semestinye ramai yg brlumba2 utk kawin lebih dr 1, istr1 stiap suami gerenti akn paksa suami mereka kawin lebih dr 1..itu ada lah kenyataan.

  7. fuad says:

    tak kesah la panggil hamba ker apa ker…
    yang penting dapat mencari rezeki yang halal, dapat ibadat dengan baik, dapat tolong orang lain, dapat bayar zakat… hamba pun boleh bayar zakat..

    hamba kepada Tuhan.

    • manis says:

      betul tu en fuad, kita semua adalah hamba.hamba kepada tuan kita yang maha besar iaitu Allah swt.jadi jangan dipersoalkan sangat siapa tuan dan siapa hamba atas dunia fana ni.

  8. wak manjor says:

    Wak x kisah lah wak jadi hamba atau apa. hidup di dunia sementara. yang penting rezeki yang halal membolehkan wak beribadat untuk akhirat . yang penting BERSYUKUR kita masih bisa makan

  9. wak manjor says:

    tapi wak kepingin juga hidup senang. oleh itu wak kena berusaha. dengan usaha bersama tawakal kepada allah insyallah bisa berjaya

  10. Pingback: Apakah Perbezaan Bekerja Makan Gaji dan Menjadi Hamba? « Suhaimi Ramly

  11. abuya says:

    Semua kita hamba…

    Kerja makan gaji + overtime + bodek bos + kutuk2 org lain utk naik pgkat = HAMBA DAPAT GAJI LEBIH TAK INGAT KUBUR

    Bisnes + tipu + cakap lebih + janji2 + kelentong = HAMBA WANG TAK TAKUT MATI

    bisnes/makan gaji + jaga solat + jaga keluarga + amal jariah = HAMBA YANG PALING BERMARUAH.

  12. Saya says:

    Penetapan polisi negara, penetapan kadar cukai, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang bagi mencegah jenayah dan menjaga keamanan, mewakili negara dalam rundingan melibatkan kepentingan rakyat dan juga kelulusan kawasan untuk perumahan juga perniagaan semua itu memerlukan orang makan gaji…

    tugas2 peringkat nasional tidak boleh diwujudkan dalam bentuk perniagaan.. consultancy pun hanya short term dengan peniaga2 kepakaran… oleh itu setiap tugas/jawatan ada fungsinya tanpa perlu menimbulkan isu status tuan atau hamba… ada yang menjadi tuan dalam career tapi hamba pada anak isteri…

    “When you judge another, you do not define them, you define yourself….” mungkin ada yang isu dalaman melibatkan soal status diri….

    tak perlu terlalu bangga mengenai ketuanan kerana seed money dalam membangunkan negara kita sejak merdeka datangnya dari sumber asli yg kaya – O&G, plantation, etc.. bila base sudah kukuh barulah “tuan-tuan” syarikat boleh berdagang dengan aman contohnya memohon tender, consultancy serta menambah bilangan hamba mereka…

  13. bawang putih says:

    apahal komen diorg ni emosional belaka?
    ko paham tak si jalil ni nak bagitahu apa perbezaan antara makan gaji dan hamba zaman dulu. nak kena buat dlm bentuk matriks ke baru nak paham?

    ko nak kena jalil buat perbezaan antara perniagaan guna mata wang dan sistem barter baru nak faham konsep?

    letih la wei!

  14. arina says:

    kalau dibace,mmg terase pedas la bg org yg makan gaji..mmg betul,zaman dulu,pekerja dipanggil hamba.so,ade ‘hamba abdi’ dan hamba-hamba atas drpd itu..sama jugak mcm skrg,ade ‘pekerja tidak mahir’, ‘pekerja kurang mahir’ dan ‘pekerja mahir’..tugas-tugas sebenar bg pekerja-pekerja adalah memastikan sesebuah ‘perniagaan’ berjalan dengan lancar dan mndapat keuntungan.cthnye,sebuah kilang kamera (bisnes : jual kamera) memerlukan ‘operator pengeluaran’ utk memasang kamera.maknenye,samada shareholder,pengarah,pengurus,penyelia dll adalah terlibat dlm menjana keuntungan bg ‘perniagaan’ mnjual kamera ini.

    Sama juga seorang Peniaga yg memerlukan pekerja utk menjalankan perniagaannye dan juga menjaga kedainya…Peniaga ini tak boleh melakukan perniagaan berseorangan.Kecualilah jika seorang tukang jahit yg menerima tempahan baju dirumah dimana dia berniaga berseorangan.

    So,kefahaman sy disini, SJ ingin mengajak dan menggalakan kite utk berniaga.walaupon byk peluang pekerjaan makan gaji diluar sana,namun peluang utk membuka perniagaan pun luas juga..jika kita rase penat lelah kita bekerja lebih daripada gaji yg diberi setiap bulan,kita akan dapat lebih byk gaji jika kita berpenat lelah bekerja utk syarikat kita sendiri.Kdg2,bile kerja mkn gaji,effort kita seperti bergaji RM3k sebln tetapi kita hanye dibyr rm1.5k sahaja utk sebln..bayangkn jika dengan effort yg sama tp bekerja utk diri sendiri?tentulah pulangannye lumayan kan?

  15. bau ketiak says:

    mungkin ada betulnya, tapi niat kita kena betul untuk bekerja cari nafkah halal dan jika rasa pekerjaan tu dah jadi hamba abdi cari la kerja lain.

  16. Fazli says:

    Makan dalam ni.. tapi betul la.

    Nak tanya sikit, apa SJ punya sumber stock photo?
    Sebab nampak menarik and professional. iStockphoto?

  17. hlmi says:

    Setuju dengan perbandingan perumpamaan SJ.

    Konsep makan gaji sama sahaja dengan konsep hamba.
    cuma dari sudut perspektif kehormatan tugasannya pada ‘pandangan’ masyarakat, nilainya, bidangnya, hasilnya, ‘nampak’ macam tak sama. ‘nampak’ lebih tinggi.

    ada beza makan gaji dengan ambil upah.
    orang yang ambil upah atas perkhidmatan yang disediakan, ada option untuk tak nak ambil tugasan yang ditawarkan oleh pelanggan jika dia tak nak. kalau dah ambil bayaran pun, boleh pulangkan balik bayaran jika tak jadi/tak mampu nak buat tugasan (kena pampasan) atau kena penalti/denda jika tak sempurna. ada T&C. tapi ada kebebasan.

    tapi jika makan gaji, nak tak nak, suka tak suka, kena ambil tugasan yang majikan bagi jika dah ditugaskan. kalau tak selesai/sempurna, kena tindakan/maki/pecat. ada T&C jugak. terikat dalam frame.

    sebab tu kena jadi hamba Allah sahaja

  18. suffian says:

    satu percubaan untuk menimbulkan provokasi, tetapi hujahnya agak dangkal. Saudara tanya apa PERBEZAAN makan gaji dgn menjadi hamba, tapi saudara senaraikan semuanya hanya PERSAMAAN.

    Manusia makan, kambing pun makan. Manusia beranak, kambing pun beranak. Tapi saudara pasti setuju manusia tidak sama dengan kambing, benar?

    Jadi, saudara perlu juga senaraikan perbezaan antara hamba dengan pekerja makan gaji. Contohnya, pekerja makan gaji ada freedom of choice untuk mencari karier yang terbaik untuknya, manakala hamba tiada pilihan. Pekerja makan gaji boleh mengumpul harta sendiri, hamba tidak boleh. Pekerja makan gaji boleh belajar skill tertentu, kemudian mulakan perniagaan sendiri guna skil tersebut. Hamba di ladang tidak boleh end up menjalankan perniagaan pertanian walaupun dah jadi hamba 10 tahun

    • pulun p_bela_pekerja says:

      Sangat setuju..

    • Ustaz Love says:

      hamba itu sendiri tidak memiliki dirinya sendiri.. sangat berbeza dgn mereka yg bekerja makan gaji ;)

    • kacak says:

      stuju bro.. klu jawab soalan periksa spm.. msti bm xkredit..hihi..

      btw bole buka minda jgak untk berfikir..

    • hzhz says:

      betol betol.. tajuk kata ‘perbezaan’ tp isi huraian ‘persamaan’

      karangan kalau lari dr tajuk, blh terus out, fail…

      yg penting, 2 2 ade peranan.. sy pun berminat berniaga.. tgh nk mulakan bisnes.. tp kalo xde sape nak makan gaji, mcmne industri lain nak berkembang? pd sy la, huraian tuan terlalu keras… bile kite berniage, kite pun ‘membela hamba’.. adekah kite sekejam itu membela hamba? kita mewujudkan kitaran yg sama… bile makan gaji, kite jd hamba (according to huraian tuan) tp bile run business, kite pulak menghambekan org lain (according to huraian tuan). .. adekah kite nak jadi part of org yg menghambekan org lain? ape beza kehinaannye?

    • juman says:

      i like it..!!!

  19. MOHD HAFIZ SAFWAN BIN MD RIJANI says:

    Salam,

    En Shahabudeen,

    Saya baca entry saudara kali ini dengan rasa yang bercampur baur. Saya bersetuju dengan pandangan saudara dan pada masa yang sama berasa bahawa ia merupakan suatu perbandingan yang tidak adil.

    Menyamakan ‘saya’ (terasa tau..hehehe) sebagai binatang peliharaan.. agak kerasa bunyinya tapi saya bersetuju. Makan suap…. macam mengharap sesuatu dari orang yang kita berusaha keras untuk mengkayakan mereka. Pada masa yang sama terpaksa tunduk kepada hierarchy dalam organisasi ‘hamba’ itu tadi. Ya, tiadalah salah pun… memang saya terasa seperti itu sejak mula bekerja lagi.

    Pun begitu, dalam hati saya ini ada beberapa point yang akal saya keluarkan untuk tidak bersetuju dengan perbandingan itu:

    1. saya merupakan seorang knowledge worker.. yang mana ilmu dan pengalaman yang ada pada saya digunakan untuk kesenangan ummah dengan cara menjadi sebahagian daripada proses perkhidmatan. contohnya: Tunang saya bekerja sebagai kambing …eh… tak2.. sebagai jurutera jaringan (Network Engineer) bagi sebuah syarikat telekomunikasi yang bidang tugasnya sangat kritikal..memastikan bahawa talian internet anda sentiasa tidak bermasalah. 24 jam kerjanya.. saya kurang arif bab hukum tapi rasanya leh letak jadik fardhu kifayah dah tu.. betul tak?

    2. Saya setuju bab kebebasan dan limitation dalam kerjaya makan gaji seperti yang saudara ulas. Bangun pagi pegi ‘padang ragut’ dan waktu petang atau malam baru ingat nak balik ke kandang… nak balik kampung pun tak sempat.. apatah lagi nak bermesra suami isteri…eh… aku tak kawen lagi.. :p

    Tapi saya percaya bahawa setiap orang diberi pilihan masing2. Untuk ke kandang.. atau untuk ke padang ragut… atau ke tempat yang lebih baik.. terpulang.. ia salah satu dari 10 cabang rezeki (9 adalah perniagaan – cuma satu bahagian je makan gaji).

    3. Katakanlah hamba2 yang saudara maksudkan ini tidak ada… boleh tak saudara bayangkan hidup saudara. ibaratnya… tiada telekom malaysia.. yang ada cuma (HPMCE) Haji Pak Mat Communication Enterprise yang mana dia jugak tak menggaji pekerja sebab tak mahu terlibat dalam konsep ‘perhambaan’ yang dipandang hina ini. Apa yang dia buat adalah mengsubkan kerja2 kepada ribuan individu lain yang memberikan perkhidmatan kepada HPMCE. Pak Mat membayar Aida (yang bekerja sendiri) atas perkhidmatan monitor line telefon di Teluk Kemang.. dan pada masa yang sama equipmentnya dibuat oleh beberapa individu lain yang tak jugak tak terlibat dalam konsep hamba itu tadi… WoW!!! hebatnya kehidupan tanpa ‘hamba2′ ni!!!!

    • kirk says:

      En shahabudin jalil mana tahu apa itu ‘network engineer’..dia kn idup zaman hamba abdi 500 – 1000 tahun dahulu..keh keh keh

  20. Madie says:

    Patut guna ayat yg lebih bersopan. Mcm hina sgt kerja makan gaji. Cikgu itu kerja mulia dan mereka pun makan gaji (contoh). Aku makan gaji dan aku pun ada bisnes. Mcm sempit pemikiran aku tp pantang aku kalau orang buat ayat macam bagus nie.. Sama pantang dgn bebudak MLM yg citer mcm bagus. Zaman x sama.

  21. nuna says:

    Salam,
    ok enough..
    Ianya sebuah perbandingan utk memotivasi gol. yg mmpunyai bakat2 tersendiri@ keinginan tersendiri yg tdk tahu bagaimana utk memulakan..
    jadi saya rase perbandingan ni blh digunakan kpd mreka yg sudah letih bekerja makan gaji atau punya rncangan masa depan sendiri..
    jgn kata baik semua tak payah kerja makan gaji , berniaga je..perumpamaan n sesuai bg mereka yg dah ada pengalaman dan modal besar sendiri utk mulakan bisnes sndri.
    bagi mereka yang baru nak kerja, kerja makan gaji adalah persediaan utk mereka mmpunyai rncangan masa depan mrk sendiri @ mrk mungkin sdh selesa dgn gaji yg ada..Dlam syarikat perlu ada organisasi utk bergerak, kalau tdk kita lah jd pengurus, peg. akaun, peg pemasaran, peg. perhubungan, peg. keselamatan??? dan segala pegawai lah yg ada..
    hehe..

  22. dunia dan akhirat says:

    sorang membri pandangan.berpuluh yang mengkritik…………entri ini sememgnya akan memberi kesan kpd semua orang….mgkin ada lebih baik kita semua selitkan dalam kehidupan seharian dengan agama….jaga tutur kata dan jgn emosional….sy tengok dua pemikir disini adla satu ingin lebi jau berjaya dengan kaya dan banyak harta….kedua bersyukur apa yang ada….para sahabat dan nabi tidak mengejar kekayaan dan harta…sbb takut hari akhirat penghisaban yang sgt sakit….SJ ingatlah…jagala solat dan kejayaan yg ada hanya sementara dan tidak akan ikut masuk kubur…kelak di akhirat …Allah hanya tanya….iman dan amalan….jika ianya baik maka semua yg br akan baik….

  23. Rushaidin says:

    Pada pandangan saya, mungkin perbezaan hamba zaman dulu, dengan bekerja makan gaji sekarang ialah orang makan gaji zaman sekarang berpeluang membina pendapatan pasif walaupun masih makan gaji, jadi dia bekerja bukan kerana dia perlu berkerja, tetapi sebaliknya dia yang memilih untuk terus bekerja

  24. JACKIE CUN says:

    saya sokong 300 %. kata- kata tuan amat tepat..so sape2 yang masih xsedar diri lagi..
    bangunlah dari tidur..”hamba dulu dikeji dihina..hamba sekarang dipuji dan disanjung”.
    memang dunia sudah terbalik..maka betul kata- kata nabi,, disaat akhir zaman, setiap hal yang berlaku dizaman jahiliah akan berulang kembali..dan inilah hakikatnya..

  25. Izwan Helmi says:

    Sebenar pernyataan tuan SJ betul tapi agak ‘pedas’. Dan juga kenyataan bagi yang menolak juga betul. Tiada ‘hamba’, banyak kerja tidak dapat diselesaikan.

    Tetapi maksud yang tersirat oleh tuan SJ tu adalah nak menyatakan ‘hamba’ zaman sekarang nie terdapat banyak pilihan dalam meneruskan hidup. Tak semestinya makan gaji itu tidak bagus. Ianya juga dapat menjamin pendapatan keluarga, boleh membesarkan anak, memberi pendidikan pada anak, memberi makan dan pakaian kepada keluarga.

    Tetapi jika ‘hamba’ yang makan gaji itu membuat pilihan untuk mula berniaga atau menjadi bos atau ‘tuan hamba’ pun tiada masalah. kerana pilihan ‘hamba’ itu terdapat ditangan mereka. bukan tangan ‘tuan hamba’. Jadi jika ‘hamba’ tidak mendapat insentif, bonus atau gaji yang sepatutnya jangan kita merungut kerana kita ‘hamba’ bukan ‘tuan hamba’. Anda mempunyai pilihan, dan anda sendiri boleh memilih berapa banyak income, imbuhan yang ingin anda dapat setiap bulan.

    Maaf jika terguris hati anda semua tetapi ini lah realitinya, bila ‘hamba’ tidak mahu mengubah nasib nya sendiri. Hanya memberikan harapan dan menunggu ‘tuan hamba’ untuk memberi yang lebih buat kita. Pilihan ditangan anda. Jika anda berniaga anda teruskan. 9/10 adalah dari perniagaan. Dan pada yang makan gaji anda sebenarnya lebih untung kerana jika anda buat perniagaan secara part time, (cth: jual barang lama, jual tudung, jual kain, jual pinggan, MLM, SLM, internet markrting) bukankah anda akan dapat lebih banyak dari yang hanya berniaga? (9/10)+(1/10)=1.
    Jadi pilihan ditangan anda… Dan saya rasa beruntung saya masih lagi makan gaji dengan jabatan kerajaan malah dalam masa yang sama saya juga membuat perniagaan. Sekali lagi saya katakan

    PILIHAN DITANGAN ANDA, tak perlu merungut dan tak perlu marah dengan artikel ini.

    http://www.8jutawan.com/my/izwanhelmi/

  26. zie says:

    best bca artikel pndangan shahabudeenjalil..hehe….

  27. proffads says:

    hehehe yang lupa tetap lupa jugak la.. yang depa kata tuan tu pon HAMBA jugak la .. Heran Hamba mengaku Tuan… huhuhu.. yang berbeza hanya degree hamba tu saja.. hamba tetap hamba jugak walau dia hebat atau berada banyak mana pon… sorieeee

  28. Komeng says:

    Hamba ada banyak. Hamba Pejabat, Hamba Kereta, Hamba Duit, Hamba Kerja, Hamba Abdi, Hamba Facebook, Hamba Musik, Hamba TV dan Hamba ALLAH.

  29. sue says:

    alah korg ni…
    tuan sj bg input…so kita fikir la utk meningkatkan diri sendiri…tu je. kan tu perumpamaan je

  30. khairi says:

    bekerja makan gaji kita meng’kaya’kan bisnes orang lain..berbeza dengan bekerja sendiri..kita meng’kaya’kan diri kita disamping memberi nilai tambah kepada kehidupan orang lain.. :)

  31. farhan says:

    tu semua atas dunia..sementara..yg btulnya hamba kepada yg maha berkuasa allah

  32. juman says:

    Assalamualikum semua.
    Bagi pandangan saya, terpulanglah pada hak individu untuk membuat pilihan masing-masing..kedua-duanya ada pro & kontra.. Tak semestinya makan gaji atau kuli atau hamba ini tiak boleh berjaya..Tak semestinya seorang peniaga atau taukeh ni selalunya berjaya..Sebagai seorang islam, kita perlu paham konsep khidupan..BERJAYA bagi saya ialah kebebasan dari segi masa dan wang…

    1) Perlu diingat bahawa kita adalah hamba ALLAH dan bukanya hamba kepada wang, bos, harta dan sebagainya..(elakkan dari dosa syirik yang tanpa disedari apabila kita takutkan atau harapkan selain dari ALLAH )
    2) Perlu bekerja atau beusaha bersungguh2 untuk mencapai kejayaan dan mendermakan sebahagian daripada harta yang diberi ke jalan ALLAH.
    3) Mempunyai masa untuk beribadat tanpa dihalang.
    4) Mempunyai masa untuk keluarga (bukanya sepanjang masa bersama kaluarga)
    5) Rezeki yang halal dan diberkati ( bab ni perlu tepuk dada n tanya selera masing2 samaada kita makan gaji atau berniaga, adakah hasil yang kita dapat 100% diberkati atau sebaliknya..)

    Ramai beranggapan bahawasanya jadi peniaga atau taukeh ni selalu menipu orang, janji tak ditepati, kedekut, putar belit dan sebagainya..Dan ramai juga yang saya lihat pekerja makan gaji ni selalu curi tulang (waktu bekerja, tapi ada di warung berjam2), pecah amanah, membodek untk menjatuhkan orang lain dan sebagainya…

    Pendek kata tepuk dada tanyalah iman kita…kita tau apa yg kita buat..tak salah kalau kita makan gaji atau berniaga asalkan apa yg kita dapat adalah diberkati dan berkekalan hingga ke akhirat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>