Berminat Menceburi Bidang Pest Control atau Kawalan Seranggan Perosak di Malaysia ?

Jika anda seorang usahawan yang berminat untuk menceburi bidang Pest Control atau Kawalan Seranggan Perosak.. Saya boleh kenalkan anda dengan seorang usahawan Melayu yang berjaya dalam bidang ini.

Walaupun nama yang biasa kita dengan ialah Syarikat asing seperti Rentokil. Kita juga mempunyai usahawan tempatan yang terlibat dalam bidang ini dan sedang berkembang ke peringkat antarabangsa.

Bidang ini juga dikenalpasti sebagai sebuah bidang yang lumayan dan masih kurang orang yang menceburkan diri dalam bidang ini. Namun usahawan yang saya maksudkan ini mempunyai cara untuk anda memulakan franchais dengan modal yang rendah di lokasi anda sendiri.

Sebelum itu, anda perlu baca dulu informasi di bawah bertajuk

Apa kemahiran yang anda perlu ada untuk menjadi Juruteknik di Syarikat Pest Control

  • Siapa kata mereka yang hanya lulus darjah enam tidak boleh membina kerjaya yang berpotensi. Kalau dulu, mereka yang setakat lulus darjah enam hanya layak menjadi askar, kini untuk menjadi askar anda perlu ada kelulusan yang lebih baik.
  • Dunia sekarang memerlukan sekurang-kurangnya anda tamat tingkatan lima untuk berupaya mendapatkan pekerjaan. Tetapi masih ada juga industri yang mengambil mereka yang hanya lulus setakat darjah enam.
  • Jika anda ada keazaman untuk berjaya, tahap pendidikan bukanlah satu ukuran yang wajib ada. Apa yang anda perlu ada hanyalah keazaman yang kuat diiringi usaha dan perancangan yang betul. Selagi anda masih hidup dan kuat, segalanya masih belum terlewat asalkan kesedaran mula timbul di dalam hati anda.
  • Jika anda hanya setakat lulus tingkatan lima dan masih mahu membina kerjaya dalam industri makan gaji yang berpotensi, anda boleh membaca artikel ini yang dikhaskan kepada mereka yang mahu menjadi juruteknik di syarikat Pest Control di negara kita.
  • Untuk pengetahuan anda terdapat sebanyak 521 syarikat pest control yang berdaftar di seluruh negara dan angka ini akan terus meningkat. Ini sekali gus membuatkan peluang pekerjaan di dalam industri pest control semakin meningkat.
  • Sebenarnya jumlah juruteknik pest control yang berkaliber yang ada di pasaran masih belum cukup untuk menampung keperluan industri pest control yang semakin hari semakin meningkat tahap profesionalismenya.
  • Bagi mereka yang masih tak ada kerja dan mencari-cari arah membina kerjaya, janghan lepaskan peluang ini.

Syarikat yang saya maksudkan ialah PestSciences Sdn Bhd dan usahawan yang saya maksudkan ialah En. Shubhi. Seorang rakan dan mentor saya dalam perniagaan.

Kepada yang berminat sila lawat website perniagaan beliau di http://www.pestsciences.com/

Terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

One Response to Berminat Menceburi Bidang Pest Control atau Kawalan Seranggan Perosak di Malaysia ?

  1. shubhi says:

    Terima kasih…!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>