Artikel di bawah ialah mengenai bagaimana seorang usahawan yang bijak menjadi batu yang tidak bernilai dan menjadikannya seolah-olah haiwan peliharaan sehingga beliau menjadi jutawan hanya dalam masa 6 bulan.
Batu Peliharaan Yang Menjadikan Seorang Lelaki Jutawan Dalam Tempoh Masa 6 Bulan
Permulaan
Pada tahun 1975, Gary Dahl yang bekerja sebagai eksekutif pengiklanan pada ketika itu, telah melancarkan penjualan batu peliharaan yang mana telah menjadikan beliau seorang jutawan. Keuntungan yang cukup lumayan dan memberansangkan ini cukup istimewa kerana beliau hanya mengambil masa yang singkat iaitu 6 bulan sahaja untuk mendapat gelaran atau status jutawan dengan hanya berbekalkan kos produk yang sangat rendah.
Batu peliharaan tersebut dijual dengan harga $3.95 (RM 12.00) dan dianggarkan bahawa Dahl menjual lebih 5 juta batu peliharaan hanya dalam tempoh masa 6 bulan. Setiap satu batu peliharaan dibeli dengan harga beberapa sen, manakala manual dan pembungkusannya hanya berkos 30 sen USD (RM 0.90) bagi setiap unit batu peliharaan dalam penghasilan atau pengeluaran secara pukal. Dengan mengandaikan kos sampingan dan kos penghantaran Dahl yang menelan sebanyak 65 sen, selepas dikira untung bersihnya, bolehlah disimpulkan bahawa Dahl mendapat keuntungan sebanyak $3 dollar per batu peliharaan.
Melalui jumlah keuntungan Dahl yang diperolehnya daripada setiap batu yang dijualnya, akhirnya beliau berjaya meraih keuntungan lebih $15 million dollar dalam tempoh masa yang singkat iaitu hanya 6 bulan sahaja pada tahun 1975 dimana jika dianggarkan keuntungan itu pada hari ini boleh mencecah sehingga $56,166419.02 dollar.
Dahl merupakan sesuatu pemasaran inovatif yang melibatkan penggunaan batu kerikil kelabu, yang dibeli daripada pembekal pembinaan, yang kemudiannya dijual kepada orang ramai atau umum untuk dijadikan sebagai haiwan kesayangan. Dahl menyatakan bahawa ideanya diinspirasikan daripada kerumitan, kekotoran atau kehuru-haraan dan wang yang diperlukan untuk memelihara haiwan-haiwan peliharaan seperti ikan, anjing dan kucing.
Pemasaran
Dahl memulakan perniagaannya dengan menubuhkan atau mewujudkan syarikat yang dikenali sebagai “Rock Bottom Production”. Beliau mengimport batu-batu tersebut dari Rosarito Beach di Baja, California, Mexico.
Bungkusan batu peliharaan tersebut disertakan sekali “Pet Training Manual” dan kotak yang diperbuat daripada kotak yang keras yang menyerupai peti pembawa haiwan peliharaan.
Di dalam manual yang disediakan, terkandung cara-cara untuk menjaga batu peliharaan tersebut, dan ini termasuklah bagaimana untuk melatih batu peliharaan itu dengan menempatkan batu itu di atas sehelai surat khabar dan arahan-arahan yang lain termasuklah duduk, berdiri stempat, berguling atau berpusing, bermain bersunguh-sunguh dan datang apabila dipanggil.
Siapa Pelanggan Batu Ini ?
Sebahagian daripada strategi Dahl adalah untuk menunjukkan bahawa batu peliharaan ini lebih memberi kepuasan kepada para pelanggan lebih dari yang kita fikirkan. Beliau meyakinkan para pengguna bahawa batu peliharaan ini menyokong kuat kenyataan ini melalui kewujudannya yang jelas dipamerkan dan kelihatan bahawa batu ini bukanlah yang jenis yang membawa kepada keriangan atau minat serta tarikan kepada kanak-kanak di dalam minda pemikiran manusia, tetapi ia merujuk kepada idea batu peliharaan itu semata-mata. Idea yang dimaksudkan adalah haiwan kesayangan terletak atau tersimpan didalam minda yang dicipta oleh kuasa imaginasi pemiliknya. Daripada imaginasi dan latihan minda ini keseronokkan menggunakan batu ini diperoleh.
Ia adalah satu titik yang sah dalam mencari sesuatu benda yang produktif dan efektif untuk kegunaan masa untuk berhibur atau rekreasi yang lebih bermanfaaat demi kesihatan minda kita dan mencegah daripada rawatan psikologi.
Individu yang membeli haiwan peliharaan yang luar biasa atau istimewa ini, biasanya akan memberikannya nama, bercakap dengan mereka, memanjakan mereka dan cuba untuk melatih atau mengajar mereka beberapa helah yang senang.
Habitat Batu Peliharaan
Tidak seperti kebanyakkan produk yang bersifat minat sementara atau bermusim, batu peliharaan terus kekal atau wujud dan dilihat telah bangkit semula di internet. Terdapat halaman peringatan dan mana-mana individu yang berminat untuk membeli batu peliharaan ini boleh mendapatkannya daripada pengeluar batu peliharaan yang baru yang telah menambah nilai dan ciri-ciri baru terhadap batu peliharaan itu. Tambahan pula, kini tidak banyak bekalan batu-batu kecil kelabu yang dijual lagi.
Individu boleh membeli batu peliharaan yang unik yang ditulis, dicat, dan dihiasi dengan pelbagai cara yang kreatif, menjadikan batu peliharaan ini lebih berpersonaliti berbanding batu peliharaan ciptaan oleh Dahl. Seseorang individu boleh membeli batu peliharaan dengan agenda tertentu, atau boleh membeli batu yang dicat oleh individu itu sendiri untuk mencipta memori terhadap mana-mana haiwan peliharaan yang disukai atau disayangi, ataupun, seseorang individu boleh membeli batu biasa yang tidak sah terhadap presepsinya sebelumnya dan membiarkan sesuatu idea tumbuh atau berkembang sendiri dalam minda.
Koleksi Terbesar Batu Peliharaan
Baka Batu Peliharaan
Lesley O Doherty merupakan individu yang mempunyai koleksi batu peliharaan terbesar di dunia. Dia mula menyimpan koleksi batu peliharaan ini sejak dia berusia 6 tahun lagi, apabila dia menerima batu peliharaan yang pertama pada hari jadinya oleh ibunya. “Saya masih ingat dengan jelas bila kali pertama saya mendapat batu peliharaan ini. Ketika itu saya baru sahaja selesai membuka semua hadiah dan saya sangka tiada apa lagi untuk dibuka. Tetapi, tiba-tiba ibu saya memberikan kepada saya sebuah kotak kecil dan apabila saya membukanya, itulah batu peliharaan pertama saya”. Jelas Lesley ketika ditemuramah oleh majalah Rock Collection pada tahun 2005. Menurut Lesley, dia menamakan batu peliharaan pertamanya dengan nama “Pickles”.
Lesley menyimpan koleksi batunya ditempat yang selamat dan ikunci rapi kerana menurutnya, dia percaya bahawa perniagaan batu ini akan mendapat sambutan atau ledakan kelak dan dia mempunyai beberapa batu “edisi istimewa” yang mana dia berharap akan mempunyai nilai yang tinggi.
Idea Ke Arah Media Jutawan
Idea Dahl adalah sangat mudah, efektif dan sangat sukses atau Berjaya serupa dengan produk yang berjenis kinat sementara atau bermusim yang lain seperti “Holla Hoop” dan “Cabbage Patch Kids”. Dengan kebangkitan batu peliharaan ini, ia dilihat seperti memberi inspirasi atau motivasi untuk mencipta idea atau peluang jutaan dollar yang seterusnya. Seperti yang dipamerkan oleh Dahl, apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jutawan multi adalah, adea yang bernas, kerja keras dan juda kaedah pemasaran yang lebih baik dan betul.
Sumber : Petsdo
Shahabudeen Jalil


Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Menarik juga idea En. Gary Dahl ni.