Memborong di Gedung Borong China Yang Terbesar di Dunia di Yiwu


Jika anda seorang peniaga, sudah tentu perkara utama yang anda berikan perhatian adalah untuk meningkatkan keuntungan jangka panjang. Anda mungkin sudahpun melancarkan operasi perniagaan serta meningkatkan hasil jualan dengan pengiklanan dan pemasaran. Satu perkara lagi yang tidak harus anda lupakan adalah bidang pemborongan.

Persaingan hari ini, bukan saja kepada siapa anda dapat jual barangan anda, tetapi lebih terarah kepada daripada siapa anda mendapat barangan anda. Dengan mendapat barangan terus dari sumber, anda semestinya mendapat barangan ini dengan harga yang murah. Harga yang murah akan meningkatkan margin keuntungan dan memberi kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan dengan lebih mudah.

China sebagai ‘kilang dunia’ sudahpun menjadi destinasi utama pemborong daripada Malaysia, terutamanya bandar Guangzhou. Selain dari Guangzhou terdapat satu lagi tempat pemborongan yang wajar diberi perhatian oleh pemborong adalah Yiwu.

Yiwu adalah sebuah bandar kecil di Wilayah Zhejiang yang terletak 220 km daripada Shanghai. Segalanya bermula pada tahun 1600 apabila berlaku kebuluran di wilayah ini. Ini adalah disebabkan tanah yang kontang di sini tidak sesuai untuk pertanian. Penduduk di sini tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memulakan perniagaan.

Pada awal 80-an pula, walaupun wilayah ini juga sebahagian daripada pemerintahan Komunis. Penduduk masih tidak bebas berniaga. Mereka yang berniaga sering dihalang oleh pihak kerajaan. Sehinggalah satu hari seorang ibu muda dengan 5 orang anak, Feng Ai Qian yang bertindak menemui Datuk Bandar pada waktu itu Xie Gao Hua untuk mengadu mengenai masalah perniagaannya. Dia mengadu barang jualannya sering dirampas oleh pihak berkuasa dan beliau tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Menyedari Datuk Bandar tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan, Feng Ai Qian keluar dari situ dengan marah. Luahan perasaan dan kemarahan Feng Ai Qian membuatkan Datuk Bandar Xie Gao Hua mula berfikir apa seharusnya dibuat untuk membantu rakyat di sini. Memulakan perniagaan borong bererti menyokong kapitalis, menyokong kapitalis bermaksud menentang ideologi komunis.

Walaupun menghadapi risiko kehilangan kerja, dihukum atau dipenjarakan, Datuk BandarYiwu ini meneruskan kajiannya mengenai bidang pemborongan dan mula menyedari bidang perniagaan seperti ini bakal memberi manfaat besar kepada rakyat di Yiwu. Xie Gao Hua bernasib baik kerana pada waktu yang sama Presiden China pada waktu itu Deng Xiao Peng juga sedang memikirkan untuk membuka ekonomi China kepada dunia. Maka berkembanglah perniagaan di Yiwu sehingga ke hari ini.

Bandar ini telah diiktiraf sebagai “Bandar Memborong Terbesar di Dunia” oleh sebuah laporan Pembangunan Negara China tahun 2005 yang dikeluarkan bersama oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Bank Dunia dan Morgan Stanley. Selain itu, Yiwu juga terkenal sebagai tempat barangan termurah di dunia oleh pemborong dari seluruh dunia.

Kawasan perniagaan di seluas 2.6 juta meter persegi ini memuatkan lebih 70,000 buah kedai-kedai borong dengan jutaan kepelbagaian barangan. Buat masa ini, tempat memborong di Yiwu ini berjaya menarik kira-kira 200,000 orang pengunjung sehari.

Terdapat satu ayat yang terkenal di bandar Yiwu yang mengatakan “Jika anda meluangkan masa 3 minit di setiap kedai di tempat borong ini, anda akan menghabiskan setahun daripada hidup anda”. Begitulah gambaran bertapa besarnya tempat pemborongan ini.

Yiwu International Trade City ini atau dahulunya dikenali sebagai Futian Market ini terbahagi kepada 5 bahagian utama yang menawarkan produk yang berbeza. Setiap pemilik kedai di sini memiliki kilang mereka tersendiri samada besar atau kecil. Inilah antara sebabnya anda tidak mungkin dapat membeli dengan kuantiti yang sedikit. Semua daripada pekedai di sini memerlukan anda membeli satu karton daripada setiap produk yang anda ingin borong.

Bagi mereka yang pertama kali kesini tentu akan terkejut apabila melihat terdapat berpuluh kedai yang hanya menjual zip seluar semata-mata. Setiap kedai ini hanya dipenuhi dengan berpuluh ribu jenis zip seluar. Pilihan yang banyak seperti ini akan membuatkan anda menjadi rambang mata.

Atas inisiatif ini pihak Anzac Consultancy yang merupakan syarikat pakar China yang terkemuka di Malaysia akan menganjurkan rombongan memborong ke Yiwu pada tarikh 30hb Mac sehingga 2hb April 2012. Rombongan ini akan dibawa ke tempat pemborongan ini serta akan dibimbing mengenai kaedah pemborongan yang betul sehinggalah pemborong daripada Malaysia dapat mengimport barangan ini sendiri.

Selain itu, peserta juga akan dinasihati dengan skim-skim penipuan yang wujud di sini supaya pemborong tidak terperangkap dengan jerangkap samar yang terpasang bagi mereka yang tidak mengetahui. Anda juga akan disediakan dengan makanan halal serta tempat tinggal yang selesa dan strategik berdekatan dengan pusat borong yang akan dilawati.

Peniaga yang berminat boleh menyertai rombongan usahawan memborong di Yiwu ini dengan melayari website www.kursusborongchina.com atau menghubungi pihak Anzac Consultancy di 017-2517515

Produk Jualan Mengikut Produk

Bahagian 1

- Bunga Tiruan
- Alat Permainan
- Barangan Kraf
- Alat Jahitan
- Barang Perhiasan Rambut
- Barang Kemas dan Aksesori Wanita

Bahagian 2

- Pelbagai jenis beg
- Barangan elektrik dan elektronik
- Barangan dapur
- Alat telekomunikasi
- Jam tangan dan jam dinding
- Kunci dan mangga
- Alat-alat pertukangan
- Baju hujan dan payung
- Aksesori pakaian

Bahagian 3

- Alat tulis
- Produk berasaskan kertas
- Cermin mata
- Alatan pejabat dan sekolah
- Barangan sukan
- Alat kosmetik
- Cermin dan sikat

Bahagian 4

- Sarung kaki
- Tali pinggang
- Pakaian dalam
- Kasut
- Tali Leher
- Sarung tangan
- Topi
- Selendang
- Tuala

Bahagian 5

- Cadar dan sarung bantal
- Selimut
- Langsir
- Alat jahitan
- Tekstil
- Aksesori Kereta
- Barangan kesihatan

Sedutan daripada www.kursusborongchina.com

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

41 Responses to Memborong di Gedung Borong China Yang Terbesar di Dunia di Yiwu

  1. Kazen says:

    semoga sy juga dapt jejakkan kaki ke sane nnti…insyAllah :)

  2. Yusof Muhammad says:

    Jika tak silap tempat….Yiwu ni senang dapat makanan…banyak restoran Arab ….Tok Arab dah lama menapak di sana….
    Orang kita baru nak pergi….tak apalah..asalkan perkara baik/bagus…

  3. david says:

    ajak hang untuk joint-venture adakan kursus yiwu di-iloilo-city untuk muslimah jika hang minat?davidhandphone0182461251

  4. Ana says:

    Saya ingin bertanya kursus untuk tahun 2013,
    Terima kasih.

  5. afidah mohamad says:

    salam tuan..saya nak tanya ada tak trip ke guangzhou dan yiwu dlm satu pakej

  6. zara says:

    saya nak tau mcm mana nak tau kalau website/pemborong dari China nih legit ke tak? takut trnsfer duit then brg tak sampai..pls advise sbb banyak dgr org tertipu dgn “pemborong2″ sana

  7. farrah says:

    husband mmg teringin nk memborong di china,tp tak tahu cara dan strategi…..tetibe tgok shahabudeen, rakan facebook sy…mkin berkobar2 nk pegi sndiri
    huhu

  8. MUHAMAD HAFIZ BIN KANIMON says:

    salam.bnyk info menarik kt sini.moga satu hari nanti sya dpat ke china.

  9. REDZUAN says:

    Salam…saya Dari sabah…ingin bertanya kursus borong barangan china ni Ada buat di Sabah ?

  10. say nak tanya ada lagi tak rombongan tahn depan. ?& nak tanya kos pegi rombongan aga2 berapa Rm? ?

  11. lyn says:

    ada tak perkhidmatan untuk pmborong kcil-kecilan mmborong brg tnpa pergi ke sna? brmksd pihak encik mnjadi pembeli untuk pmborong d sni tnpa pergi ke sna?

  12. Nob Azihad says:

    Salam… Teringin sangat nak pergi. Terbaik kalau dapat tau next trip dlm 2013 & kos sekali? Agak2 berapa ribu RM kne stnby utk shopping & cara apa kita nak bawa balik barang2 nanti

  13. ROSNIDA BINTI ABDUL HAMID says:

    saya berminat untuk menjadi pemborong barang khasnya cadar dari cina

  14. shafik says:

    saya belajar x abes ,adakah saya boleh paham @ ketchup kl saya mghadiri
    kursus tersebut dan saya tidak pandai berbahasa english mcmane saya nnk wt
    urusniaga disana..

    • Shahabudeen says:

      boleh insya-Allah. Jangan tengok pada kekurangan yang ada. Cuba tengok pada kelebihan yang ada pada diri saudara.

  15. rose says:

    boleh joint untuk rombongan pergi ke yiwu china? tampah ikut kursus. dan klau dari sabah mcn?

  16. nora laili ramli says:

    brape kena standby nak ke sn tambang + shoping? modal x besar rm 20000 cukup tak termasuk urusan pasport?

    • Shahabudeen says:

      Lebih dari cukup Puan. Untuk pakej pemborongan hanya RM 2900 all in termasuk tiket, visa, hotel, pengangkutan, sarapan dan makan malam serta khidmat nasihat pemborongan.

      Kami sarankan pihak puan untuk mengikuti kursus kami terlebih dahulu dgn mendaftar di http://www.kursusborongchina.com atau hubungi kami di 017-2517515

      terima kasih

      SJ

  17. rohana binti abdula aziz says:

    As”kum ? saya baru nak berniaga kecilan2 ada x pemborong dari malaysia nak cari kain buat tudung n jubah .” SENYUM SELALU”

  18. Rizal says:

    berapa kos untuk ikuti kursus.
    Berminat nk beli aksesori komputer..
    Boleh emailkan saya sedikit details.
    tq

  19. zul melaka says:

    Slm tuan…sy ade berniaga brg mainan secara kecil,dr katogeri yg sy lihat 1-5 tak de lak brg2 permainan…bila tarikh kursus terbaru pd tahun 2013 ni & berapa bayaran Nye…sy berminat utk menjadi pemborong brg permainan…hrp dpt gambaran terperinci dr pihak tuan..tq.

  20. masniah says:

    macam mana nak oder barang an aksesori wanita

  21. syikin says:

    sy ada perniagaan kedai bunga tiruan secara kecil-kecilan
    mcm mana sy nak dapatkan bunga tiruan dari china?

  22. hayati says:

    saya nak tahu pasal kursus tahun 2013 masih ade lagi ke kalau boleh saya nak joint sbb saya bercita untuk membuat perniaggan tetapi tidak tahu nak cari pengedar yg murah tapi barang dikategerikan ok

    harap dapat la membantu saya

  23. Pingback: Bisnes Borong China – Panduan Perniagaan Import Dari China Percuma | BGC

  24. ros says:

    bila ada rombongan ke yiwu tahun ini?

  25. mohammad iqbaal says:

    saya nak beli benang polyster….negara mana bagui utk saya beli benang dlm kauntiti besaq….cam 10 tan sebulan…

  26. siti says:

    boleh saya meNDAPATKAN MAKLUMAT UNTUK MENJUAL BORONG CADAR PATCH QUILT DARI CHINA INI…

  27. Awesome! Its in fact remarkable piece of writing, I have got much clear idea on the topic
    of from this article.

  28. Akhir2 nie… ramai pembaca blog semakin meminati isu nie… terima kasih kepada admin blog nie… artikel nih memberi lebih pencerahan tentang bab nie… saya akan sentiasa support awak… terima kasih..

  29. Pingback: Top 10 Artikel Keusahawan Terbaik Yang Paling Popular di Blog Ini | Blog Usahawan dan Perniagaan

  30. Ahmad says:

    Assalamualaikum Wr Wb
    Apa boleh saudara saya dari indonesia ikut borong barang china ?
    terima kasih.

  31. nurul says:

    Terima kasih atas info di atas..sgt menarik..

  32. saya berminat untuk mengkuti kursus borong cina.

  33. samad says:

    bagaimana cara untuk saya menjadi pemborong barangan eletrik dari china?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>