Bagaimana Membina Kepercayaan Pelanggan Supaya Mereka Membeli Daripada Anda

Salah satu sebab pelanggan tidak membeli daripada anda adalah kerana mereka tidak percaya kepada anda, produk anda atau apa yang anda tawarkan. (Rujuk artikel sebelum ini “3 Sebab Pelanggan Tidak Membeli Produk Anda”)

Kepercayaan bukanlah sesuatu yang boleh dibina dalam beberapa hari. Ia memerlukan masa yang panjang untuk membina kepercayaan, namun ia bukanlah satu tugas yang sukar. Anda hanya perlu melakukan perkara yang biasa dan kepercayaan akan terbina dengan sendiri.

Berikut adalah 5 bahagian penting untuk anda membina kepercayaan pelanggan kepada anda. Semakin tinggi kepercayaan, semakin banyak bilangan barangan yang anda boleh jual dan semakin mahal harga yang anda boleh letakkan.

1. Bina Kepercayaan Pelanggan Terhadap Diri Anda

Kepercayaan terhadap diri anda terbina melalui dua aspek utama iaitu pemerhatian pelanggan dan apa yang mereka dengar daripada orang lain.

Pemerhatian mereka meliputi apa yang mereka lihat pada diri anda. Jika anda menjual produk menjadi jutawan, tetapi anda sendiri menggunakan kereta kancil. Mereka tidak akan percayakan anda.

Ini samalah seperti seseorang dengan berat badan 150kg bercerita mengenai ubat menurunkan berat badan.

Jadi sentiasa lakukan sesuatu secara konsisten dengan apa yang anda jual. Jangan bercakap atau janjikan sesuatu yang anda tidak mampu penuhi. Jika anda berjanji untuk bertemu pada pukul 9.00, sampai sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal.

Perkara-perkara kecil sebegini banyak membantu membina kepercayaan pelanggan terhadap diri anda.

2. Bina Kepercayaan Pelanggan Terhadap Produk / Servis Anda

Membina kepercayaan terhadap produk anda adalah juga sesuatu yang sangat penting kerana pelanggan yang berpuashati akan terus bercerita kepada orang lain mengenainya. Promosi mulut ke mulut seperti ini adalah sesuatu yang paling berkesan untuk membina kepercayaan pelanggan supaya mereka membeli daripada anda.

Antara kaedah utama membina kepercayaan terhadap produk anda adalah melalui anda memberikan barangan dan servis yang terbaik kepada mereka.

Taktiknya ialah janjikan sesuatu yang kurang dan berikan mereka lebih daripada apa yang anda janjikan.

Jika biasanya tempoh menghantar sesuatu produk kepada pelanggan anda akan memakan masa 3 hari, janjikan 7 hari sebagai tempoh penghantaran produk itu. Pelanggan anda tentu akan gembira apabila mendapat produk ini lebih awal daripada apa yang dijangkakan.

Taktik yang kedua adalah melalui anda mendedahkan testimoni pelanggan lain atau orang yang terkenal. Pelanggan tidak suka mendengar anda memuji perniagaan anda. Mereka lebih memberi perhatian kepada apa yang disebutkan oleh orang lain mengenai perniagaan anda.

Seperti contoh video di bawah, ini adalah testimoni salah seorang peserta program “Kursus Borong China” yang kami anjurkan.

Selain itu saya juga letakkan testimoni-testimoni daripada orang ternama dan peserta-peserta kursus yang sebelum-sebelum ini dalam ruangan testimoni di website saya.

Pelanggan anda lebih percayakan pelanggan anda berbanding anda sendiri. Anda adalah orang berkepentingan jadi sudah tentu kata-kata anda kurang nilainya berbanding kata-kata pelanggan anda.

C. Bina Kepercayaan Kepada Syarikat Anda

Setelah membina kepercayaan kepada diri dan produk anda, langkah seterusnya adalah membina kepercayaan terhadap syarikat anda. Syarikat yang dipercayai akan mudah mendapat pekerja dan pekerja juga akan bekerja dengan lebih keras.

Cuba tanya anak muda di luar sana, walaupun gaji yang diberi oleh KFC dan McDonald adalah jauh lebih rendah, mereka lebih mahu bekerja di sana berbanding di restoran tom yam Pak Ali. Ini bermakna mereka lebih percayakan KFC dan Mc Donald berbanding syarikat Pak Ali.

Untuk membina kepercayaan kepada syarikat anda, anda perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti

a. Telus dalam memberikan maklumat berkaitan syarikat anda. Contohnya anda meletakkan alamat penuh pejabat anda di dalam website. Ini akan membina keyakinan dan kepercayaan pelanggan kepada anda walaupun mereka tidak pernah memeriksa samada alamat itu betul ataupun tidak.

b. Mudah dihubungi – sediakan nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit jika pelanggan anda ingin menghubungi syarikat anda di luar waktu pejabat jika mereka menghadapi sebagai masalah berkaitan dengan produk anda. Dengan cara ini, pelanggan tahu anda sentiasa dekat dengan mereka.

c. Sentiasa janjikan kebenaran dalam pemasaran anda. Anda mungkin perlu menarik perhatian mereka dengan sesuatu yang luar biasa. Namun pastikan perkara luar biasa itu adalah satu janji yang anda mampu penuhi dan bukan gimik semata-mata. Pelanggan bukanlah mereka yang bodoh untuk tipu untuk kali kedua dan ketiga. Mereka akan hilang kepercayaan jika mereka dapati sebenarnya mereka terpedaya.

Kepercayaan pelanggan yang meningkat kepada diri anda, produk dan perkhidmatan dan perniagaan anda akan membawa lebih ramai pelanggan kepada perniagaan anda. Lebih ramai pelanggan bermaksud lebih banyak jualan dan lebih banyak jualan bermaksud lebih banyak keuntungan.

Jadi adalah sangat penting untuk anda memberi perhatian dan membina kepercayaan pelanggan. Jadikan ini keutamaan anda.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, Tips Usahawan. Bookmark the permalink.

7 Responses to Bagaimana Membina Kepercayaan Pelanggan Supaya Mereka Membeli Daripada Anda

  1. Mugeb says:

    Good article Jalil. Very symbolic photo as well. Hang tulis article ni di china ka?

  2. somoon says:

    Visit here. Nice entry.

  3. zairy says:

    Info yang berguna..boleh dipraktik dlm urusan pekerjaan seharian.

  4. proffads says:

    hehehe.. kalu produk online digital.. camna nak buat bg jadi…apa saranan? Bukan org nampak pon klu jalan kaki sekali pon….

  5. Jackson Mangan says:

    Saya amat bersetuju sekali dengan pandangan oleh Sdra. Shahabudeen.

    Apa yang penting ialah “mengotakan” – pastikan kesemuanya ADA – tak kira lah servis jualan (promo), barangan jualan dan sebagainya.

    MLM – adalah tergolong di dalam peringkat ini. Yang penting, produk yang diminati ramai seharusnya diberi perhatian khusus supaya boleh menembusi pasaran secara terus.

    Sila baca info berikut ini:
    1. http://www.thesundaily.my/news/562629
    2. http://www.dsam.org.my/industry/what-is-direct-selling
    3. The Wall Street Journal’s special supplement dated June 27, 2011, with a focus on the emergence of global direct selling business (see http://carleric.com/2011/06/28/ultimate-social-business-model/ and http://carleric.com/wp-content/uploads/2011/06/WSJ_Direct_Selling_Supplement.pdf (for the document)).

  6. Jutawan Muda says:

    Mouth-to-mouth atau pemasaran mulut ke mulut antara teknik pemasaran percuma yang sangat merbahaya.Perniagaan anda boleh mendapat impak positif atau negatif daripada jenis pemasaran sebegini.

    Oleh itu,beri yang terbaik kepada pelanggan.Customer is king!
    Merekalah penentu naik atau jatuhnya perniagaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>