Berada Dekat Dengan Sumber Peluang Sebagai Cara Mencapai Cita-cita Anda

Ramai orang yang berada dekat dengan sesuatu peluang, tetapi tidak berhasrat atau bercita-cita mencapai sesuatu peluang. Manakala orang yang bercita-cita mencapai sesuatu pula tidak berusaha untuk berada dekat dengan peluang.

Jadi kali ini saya akan menerangkan bagaimana anda yang ingin mencapai sesuatu cita-cita dengan kaedah berapa dekat dengan peluang tersebut. Ini mungkin langkah paling awal untuk anda mencapai sesuatu yang anda cita-citakan dalam apa saja bidang.

Jika anda ingin memancing ikan, anda perlu berada di kolam memancing, tasik ataupun laut yang mempunyai ikan didalamnya. Anda tidak mungkin mendapat ikan jika memancing di longkang di belakang rumah atau di kolam renang. Jadi anda perlu mengenalpasti lautan yang anda ingin terokai dahulu sebagai langkah awal.

Contohnya, katakan anda bercita-cita menjadi seorang penyanyi tetapi anda tidak nampak jalan bagaimana untuk mencapai cita-cita itu ataupun anda tidak kenal sesiapa penerbit yang ingin mengambil anda untuk mengembangkan bakat yang anda ada. Ataupun anda tidak kenal sesiapa komposer untuk mengubah lagu untuk anda.

Langkah awal yang anda harus lakukan adalah berusaha untuk berapa dekat dengan industri yang anda ingin ceburi itu.

Bagaimana caranya ?

Cita-cita anda adalah untuk menjadi penyanyi, sebagai langkah awal anda boleh cuba untuk mendapatkan mana-mana tugas berikut.

- Cari kerja yang berkaitan dengan industri musik. Samada anda menjadi office boy di pejabat musik atau menjadi penyanyi latar untuk penyanyi lain. Dengan kaedah seperti ini, anda akan mengetahui lebih mendalam mengenai industri ini. Semua pengalaman yang anda dapat ini akan membantu anda dalam mencapai cita-cita anda kelak

- Cari peluang untuk anda mendengarkan lagu anda kepada orang disekeliling anda. Orang disekeliling kita adalah individu yang terbaik untuk anda mencuba sesuatu. Mereka mungkin membuat lawak atas inisiatif anda ini, namun ia lebih baik daripada orang yang anda tidak kenali membuat lawak mengenai kelemahan anda. Jadi anda mempunyai peluang luas untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

- Hasil daripada mengenali kelemahan yang ada, anda boleh belajar dan cuba memperbaiki kelemahan ini sehingga ke tahap untuk anda pergi ke lebih ramai orang

- Gunakan kuasa internet dengan cuba menulis blog atau merakamkan lagu anda untuk diletakkan dalam youtube dan facebook supaya lebih ramai orang dapat melihat bakat anda ini.

Semua di atas adalah kaedah untuk anda ‘berada dekat dengan industri’  yang anda idamkan.

Apa sebenarnya yang anda dapat dengan berada lebih dekat ?

- Anda dapat masuk ke dalam dunia baru. Iaitu dunia industri idaman anda. Di dunia ini anda akan mula mengenali rakan-rakan yang dapat membantu anda mencapai tujuan dan cita-cita anda.

- Anda memahami selok belok industri ini. Ini sangat penting kerana tanpa mengetahui asam garam sesuatu industri, adalah mustahil untuk anda berjaya di dalamnya.

- Anda tahu apa kehendak industri ini dan mula mencari jalan untuk memenuhi kehendak industri ini..

Ini samalah seperti jika anda ingin menjadi seorang usahawan. Anda perlu berada dekat dengan industri ini, mula berkawan dengan kawan-kawan usahawan yang lain dan fahami selok belok perniagaan dengan lebih baik. Anda akan mendapati, kaedah ini adalah sangat efektif dan anda tidak akan gagal untuk berjaya mencapai cita-cita anda.

Cuba praktikkan teknik ini dan anda akan mula mendekati cita-cita anda ini hari demi hari. Sentiasa ingat mengenai cita-cita anda dan berusaha secara berterusan untuk mencapainya. Usaha tangga kejayaan.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil +

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

3 Responses to Berada Dekat Dengan Sumber Peluang Sebagai Cara Mencapai Cita-cita Anda

  1. Mugeb says:

    Great reminder bro. Thanks

  2. Mugeb says:

    Additional comment….
    By being close to the people who have already achieved what we are desiring, we will get to share the ‘vibe’ and frequency. This enable us to achieve our dream faster

  3. jack says:

    Haii, saya mempunyai minat dalam menjadi seorang motivator. Saya juga ada kelebihan memberi kaunseling kepada orang di sekeliling saya. Saya berasa amat berpuas hati dan gembira melakukannya. Suatu hari saya terfikir hendak menceburkan diri dalam bidang kaunseling ini. Saya ingin membuka sebuah pejabat kaunseling yang kecil untuk menawarkan perkhidmatan ini,namun saya belum ada sijil sebagai seorang kaunselor.

    Soalan saya,

    Adakah sijil diperlukan untuk menawarkan perkhidmatan sebegini?
    Adakah saya patut belajar dulu dengan mengambil kursus kaunseling?
    Bolehkah saya meneruskan dengan cita-cita saya tanpa ada sijil kelayakan?
    kalau jawapan di atas tidak, bagaimanan saya harus mulakan langkah seterusnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>