Tips Bagaimana Cara Membuat Pembentangan dan Presentation Yang Hebat dan Berkesan

Pembentangan Oleh Puan Suraya Lunatots

Pembentangan Oleh Puan Suraya Lunatots

Sebagai usahawan, ahli perniagaan atau pelajar universiti tentu anda perlu membuat pembentangan atau presentation. Pembentangan ini akan menetukan siapa diri anda dan adakah mesej yang anda ingin sampaikan ini dapat disampaikan dengan baik dan difahami oleh pendengar. Ini juga menentukan samada anda mendapat kontrak, jualan, pinjaman, markah dan kelulusan yang diperlukan.

Dalam artikel ini saya akan terangkan secara terperinci bagaimana untuk anda melakukan presentation yang baik. Ciri-ciri menyediakan pembentangan yang baik serta apa yang perlu anda lakukan sewaktu pembentangan itu sendiri. Akhir sekali saya akan terangkan mengenai salah satu pembentangan yang saya buat sebagai contoh buat anda.

Saya terdedah untuk membuat pembentangan ini hampir setiap bulan untuk Kursus Memborong di China dan Lot.my di mana saya perlu menerangkan secara spesifik kaedah, cara dan masalah untuk menyediakan usahawan di China. Untuk Lot.my pula, kami berhadapan dengan usahawan yang ingin membuka kedai online dan bagaimana untuk mengajar serta mendidik mereka supaya mereka boleh membuka kedai online mereka apabila mereka pulang ke rumah.

Pembentangan yang baik adalah pembentangan yang dapat mempengaruhi keputusan yang bakal pendengar anda buat. Jadi penting untuk anda fokus bukan saja kepada ciri-ciri  pembentangan yang baik, malah perlu ada juga unsur emosi. Emosi yang disampaikan akan mempengaruhi keputusan pendengar. Akhir sekali perlu disusuli dengan tindakan yang perlu dilakukan oleh pendengar sebagai kesimpulan.

Berikut adalah ciri-ciri teknikal presentation yang baik yang perlu anda titik beratkan sewaktu persediaan pembentangan. 

1. Pemilihan jenis huruf

Ini adalah sangat penting supaya semua orang yang berada dalam dewan dapat melihat dengan jelas tulisan yang digunakan untuk menyampaikan poin anda. Jika anda tidak tahu font mana untuk dipilih, pilih saja font Arial yang biasa digunakan. Jangan gunakan font

2. Warna

Warna memainkan peranan yang sangat penting untuk pendengar anda melihat dengan jelas perkataan, ayat dan poin yang anda bentangkan. Kesalahan yang biasa dilakukan adalah apabila pembentang cuba menggunakan warna-warna fancy yang kononnya ingin menjadikan pembentangan mereka lain daripada yang lain. Namun kaedah ini hanya menjadikan keadaan pembentangan anda lebih teruk . Contohnya, ada yang menggunakan latar belakang hitam dengan tulisan merah. Ini menjadikan pendengar sakit mata melihatnya.

Anda boleh menggunakan sedikit sebanyak warna lembut untuk latar belakang, namun pastikan tulisan anda adalah jelas dan kontra dengan warna latar belakang.

Tip mudah untuk memilih warna adalah menggunakan warna background putih dengan tulisan hitam. Sentiasa ingat, anda tidak akan mendapat markah lebih hanya kerana anda menggunakan warna yang fancy. Tidak ada markah tambahan di sini, ambil saja jalan selamat.

3. Power point

Power point digelar power point adalah kerana ia untuk poin dan bukan untuk meletakan karangan. Ramai pembentang membuat kesalahan dengan meletakkan seluruh perenggan yang ada dalam modul atau kertas kerja dalam power point. Ini adalah kesalahan yang besar.

Orang melihat kepada slides anda untuk melihat point dan mengharapkan anda akan menghuraikan serta menerangkan setiap poin tersebut. Pilih hanya poin yang terbaik untuk diletakkan di slides anda. Anda juga boleh mengadakan poin-poin ini dalam bentuk diagram / mind map. Namun jika anda tidak pandai melukis diagram, kekalkan dalam bentuk point biasa dalam 5-7 patah perkataan bagi setiap poin. Hanya maksimum 5 poin sahaja dalam satu-satu slides.

4. Penerangan

Setelah membuat point, anda perlu menerangkan setiap point ini dengan kaedah berikut

a. Baca point yang diletakkan di atas slides (satu poin pada satu masa)

b. Definisikan atau ulas maksud poin tersebut dalam satu ayat

c. Huraikan poin tersebut dengan 3-5 ayat.

d. Berikan satu contoh ringkas atau cerita menarik berkenaan poin itu.

5. Memberi Contoh dan Bercerita 

Memberi contoh penting supaya pendengar dapat membayangkan dan memahami point yang disampaikan. Satu lagi kaedah yang berkuasa adalah bercerita.

Kita sebagai manusia sudah terlatih sejak dari kanak-kanak untuk seronok mendengar cerita dan pengalaman orang lain. Jadi sewaktu berada di langkah (d) seperti di atas, terangkan mengenai satu kisah menarik mengenai poin tersebut. Anda boleh ceritakan sesuatu dari pengalaman anda, pengalaman orang lain, kisah yang berlaku dalam masyarakat ataupun kisah dongeng dan rekaan. Asalkan ia berkaitan dengan poin dan memberikan pendengar satu bayangan yang jelas mengenai apa yang anda terangkan.

6. Penggunaan Gambar, Video dan Diagram

Penggunaan gambar juga boleh memainkan peranan yang penting dalam pembentangan. Namun gambar yang dipilih perlu menarik dan menyampai mesej yang jelas kepada pendengar. Jangan gunakan gambar yang boleh menganggu orang yang melihat pembentangan anda seperti gambar mayat, gambar orang dibedah atau gambar wanita separuh bogel.

Penggunaan Video pula pastikan ia dari 2 minit dan maksimum 3 minit. Video yang terlalu lama akan membuatkan pendengar bosan dan ini akan mengakibatkan mereka mula memikirkan mengenai hal lain dan anda gagal untuk meletakkan mereka dalam fokus yang anda mahukan. Pendengar di sini untuk mendengar anda bercakap dan bukan di panggung wayang untuk menonton video.

Penggunaan Diagram atau peta minda juga baik. Namun tak boleh ada lebih dari 5 point dalam peta minda tersebut. Jika peta minda anda mempunyai point yang lebih dari itu, ia menjadikan pendengar sukar untuk mengingati dan memahami poin anda.

7. Persediaan Awal 

Jika anda masih baru dalam bidang pembentangan, anda perlu buat latihan beberapa kali sebelum pembentangan yang sebenar. Ini akan memberikan beberapa kelebihan kepada anda antaranya

a. Anda tahu bahawa anda hanya menggunakan waktu yang diberikan untuk pembentangan. Jika anda diberi 10 minit. Pastikan pembentangan anda habis dalam tempoh waktu kurang dari itu. Jika lebih sekalipun, pastikan tidak lebih dari 2-3 minit dari 10 minit yang diberikan.

b. Anda juga perlu tahu kederasan anda bercakap. Anda tidak perlu bercakap terlalu cepat atau terlalu perlahan kederasannya. Ini akan mempengaruhi masa yang diambil untuk menyampaikan pembentangan. Jadi latihan dan kritikan dari orang lain penting sebelum anda membuat pembentangan yang sebenar.

c. Kelancaran bercakap juga dapat dipertingkatkan kerana dengan latihan yang mencukupi anda sudah boleh mengingati slides yang seterusnya. Oleh itu sewaktu pembentangan nanti, anda akan lebih bersedia dari segi mental untuk menerangkan poin yang seterusnya.

c. Selain itu, dengan persediaan yang awal, anda boleh membuang poin-poin yang tidak perlu dan hanya kekalkan poin yang penting sahaja. Anda tidak perlu merasa bersalah untuk membuang poin-poin tertentu kerana poin yang terlalu banyak hanya akan menjadikan pendengar anda keliru. Lebih baik sedikit tetapi padat. Yang penting anda dapat mempengaruhi pendengar anda.

Pada hari pembentangan…

1. Berpakaian kemas dan sesuai

Pakaian adalah sangat penting lagi-lagi jika penonton anda bukan orang yang anda kenali. Pastikan pakaian anda sesuai. Pakaian yang baik menunjukkan bahawa anda menghormati penonton anda. Pakaian yang selekeh memberi signal bahawa anda tidak bersedia, tidak meyakinkan dan tidak menghormati penonton.

2. Berdiri Di Hadapan Tepi Kanan Screen 

Anda perlu berdiri dengan berkeyakinan di hadapan sebelah kanan screen. Dengan ini anda tidak menghalang penonton untuk melihat slides anda.

3. Gunakan penunjuk screen bukan jari

Gunakan penunjuk screen untuk menunjukkan poin yang anda ingin terangkan. Jika tidak ada penunjuk screen, gunakan pensel atau pembaris. Jangan sekali-kali gunakan jari anda. Jika semuanya tidak ada. Jangan tunjuk pada screen langsung. Bercakap dengan penonton dengan tangan terbuka.

4. Jangan menerangkan dengan melihat kepada slides

Anda boleh melihat kepada slides sewaktu membaca poin yang tertera di slides, namun jangan menghuraikan dengan melihat kepada slides. Anda perlu menerangkan atau menghuraikan dengan melihat kepada penonton anda.

5. Bercakap dengan sistematik

Seperti yang saya terangkan sebelum ini, anda perlu bercakap dengan sistematik. Ikut langkah ini – Baca point, definisikan, huraikan dan bercerita atau beri contoh.

6. Akhiri Pembentangan Dengan Saranan

Akhiri pembentangan anda dengan saranan atau apa yang perlu bertindak oleh pendengar sekarang. Ia boleh jadi mereka perlu bertindak untuk mendaftar, atau bertindak memahami sesuatu isu ataupun mereka perlu sedar mengenai sesuatu yang perlu diubah.

Pembentangan yang baik akan bermula dengan pembentang mengalihkan fokus pendengar daripada mana-mana bidang lain kepada bidang yang diterangkan, kemudian pembentangan memainkan emosi dengan cerita supaya pendengar faham secara tidak langsung bahawa apa yang sedang disampaikan ini penting. Kemudian di akhir pembentangan disusuli dengan tindakan yang perlu diambil dengan jelas.

Ini adalah salah satu pembentangan yang saya sampaikan untuk PUSPANITA Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya. Slides ini agak ringkas. Masa yang diberikan adalah 30 minit.

Kuasa Berblog

Pada slides yang kelima – Saya meletakan Video Burung Murai di bawah.

Video ini bertujuan untuk mengoncangkan emosi pendengar bahawa apabila mereka sudah tiada nanti, yang tinggal hanyalah diari. Apakah diari zaman moden ini ? Diari = Blog.

Memandangkan pendengar adalah rata-rata perempuan, pada hemat saya, ia mungkin dapat menyentuh mereka kerana dalam video itu, diari yang dibaca adalah diari milik seorang ibu yang menceritakan mengenai anak dan suaminya.

Pembentang yang kedua, adalah Puan Suraya dari Lunatots yang menerangkan secara terperinci mengenai bagaimana blog digunakan oleh beliau untuk berkongsi mengenai tips-tips penjagaaan atau, susuan ibu dan perkembangan perniagaannya. Pembentangan yang juga sangat menarik dan menyentuh para pendengar. Blog beliau boleh di layari di DiyaLuna

Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil dari blog Puan Suraya tanpa kebenaran (saya akan email beliau selepas ini meminta kebenaran)

Pentas Menyampaikan Pembentangan Kuasa Berblog

Pentas Menyampaikan Pembentangan

Puan Nurul Aini Ramly Menyampaikan Ucapan Selaku Penganjur

Saya

Puan Suraya Menyampai Pembentangan

Makan bersama selepas selesai majlis "The Power of Blogging"

Jadi dalam artikel panjang ini, anda telah mempelajari kaedah menyampaikan presentation dan pembentangan yang baik. Mungkin jika ada sebarang poin tambahan, anda boleh komen di bawah.

Saya berharap kemahiran pembentangan ini akan membuatkan anda menjadi seseorang yang lebih berjaya. Insya-Allah

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, Tips Usahawan. Bookmark the permalink.

14 Responses to Tips Bagaimana Cara Membuat Pembentangan dan Presentation Yang Hebat dan Berkesan

  1. Nurul says:

    Thanks! Entri yang sangat menarik.
    Nak tambah – eye contact dengan audiens juga penting semasa pembentangan.

    - the one in purple.

  2. joe_hilmi says:

    mana gambar aku ni bro?haha

  3. mia says:

    hye,,,kwn…sya nk minta pentolngan,,mcmane nk hasilkan pembentangan yg ringkas & padat utk sya buat satu acara,tentang ‘kiriman wang orang asing ke ayarikat smj kami”ada cadangan bantu saya…
    t,q…

  4. azran says:

    Assalamualaikum tuan Shahabudeen Jalil,

    Bagaimana saya boleh menjadi salah seorang usahawan yang berjaya seperti tuan??? Boleh beri tunjuk ajar kepada saya??? syukran jazilan

  5. proffads says:

    saya pon nak berjaya jugak… tapi susah sangat la nak berjaya tu kan? btol tak.. bukan semua org berjaya !

  6. tips says:

    best tips ni.
    tqvm
    :)

  7. faiz says:

    terima kasih banyak-ii. tengah nerves nak buat presentation next week ni.. aduidui.. :(

    • Shahabudeen says:

      jangan risau. buat jer. insya-Allah. Yang penting kita belajar daripada apa yang kita akan buat silap nanti.

  8. Saya amat berharap awak teruskan menulis … idea awak memang best…

  9. rabihah says:

    tq sgt…
    skrg bru sy fhm n jelas tntg presentation dgn ilmu encik ini ,
    harap dpt m’bantu sy dlam presentation latihan industry pda mgu dpn…

  10. sufian says:

    baek aaaa…..

  11. Pingback: Pembentangan yang baik | ProdigyGen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>