Bagi sesetengah perniagaan, anda tidak perlu keluar mencari pelanggan. Cukup sekadar anda menanti di kedai anda. Ini adalah seperti perniagaan kedai runcit, klinik, kedai gunting rambut dan ejen pelancongan. Mereka membuka kedai, dengan harapan orang lalu lalang atau yang melihat iklan mereka datang masuk, bertanya dan membeli.
Ada pula perniagaan yang memerlukan anda untuk keluar mencari pelanggan. Contohnya seperti kedai menjual kereta, kontraktor yang mencari tender atau penjualan insurans. Tanpa salesman,promosi dan pengiklanan tiada apa yang akan berlaku. Tiada jualan.
Kedua kaedah jualan ini sama pentingnya. Kedua-dua memerlukan kajian pasaran, komitmen, perbelanjaan yang sama tingginya.
Namun kekeliruan timbul apabila anda tidak dapat memastikan samada produk atau servis anda ini memerlukan anda menunggu atau mencari pelanggan.
Perniagaan yang menunggu mungkin bagi anda nampak mudah, namun anda perlu fikirkan pelbagai perkara sebelum memulakan perniagaan seperti ini. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah tempat jualan selepas anda sudah membuat keputusan untuk berada di satu-satu lokasi.
Bagi perniagaan yang mencari pelanggan pula, anda perlu sentiasa beri semangat dan petunjuk kepada pekerja anda untuk terus menerus mencari pelanggan dengan promosi, menyertai pameran, telefon seramai mungkin, membuat rangkaian dan mengiklankan produk anda.
Jadi tidak ada istilah yang mana satu senang atau susah. Yang ada hanyalah anda mengenalpasti yang mana satu sesuai dengan anda dan yang mana satu sesuai dengan pasaran anda.
Cuba anda kaji dan fikirkan….
terima kasih
Shahabudeen Jalil

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Yg penting promosi, promosi dan promosi.
I guess the location of a business (either it is permanent or portable ) itself is a marketing strategy isnt it?
Salah satau cara bagaimana kita mendapatkan penghasilan/uang tidak ada lain anda harus menjual, anda menjual apa saja yang anda suka sekalipun jasa. Dan bagaimana agar produk yang kita jual dapat di beli oleh orang di luar sana caranya anda harus memahami apa yang orang tersebut inginkan.
Dan itulah strategi marketing adakah cara bagaimana kita dapat menjual apa saja yang kita inginkan jawabnya ada……… web/blog SHAHABUDEENJALIL.COM adalah salah satu tempat atau media yang tepat untuk anda belajar menjadi pengusaha yang baik atau anda dapat berkunjung ke web kami di http://thosimnetwork.com mari belajar menjadi pengusaha yang sukses
Kena buat promosi…beri servis sedaya mampu walaupn kdg2 mcm buat2… Demi mnjaga reputasi perniagaan kita..tip yg baik dr en shah…saya budak baru belajar…
menunggu pelanggan berarti pasif hasilnya sedikit. kalau mencari pelanggan produk harus bagus
klu bagi saya dua dua la.. cari dan tunggu.. klu x tunggu nanti dia lari..hehehe
tapi macam mana pon pelanggan kita kena cari la cam lam skim MLM tu.. Betol tak?