Salam,
Hari ini adalah hari terbaik untuk anda memulakan sesuatu, sebabnya ?
Anda mudah untuk ingat tarikh ini dan mudah untuk anda buat penilaian nanti di hujung tahun nanti.
Dibawah adalah senarai perancangan tahunan kami di Blog Usahawan dan Perniagaan SJ ini untuk tatapan anda.
1. Kami akan menyediakan kandungan terbaik untuk anda pembaca kami. Melalui Blog ini kami sasarkan untuk mendik dan membimbing anda sehingga menjadi usahawan yang berjaya melalui blog ini. Anda boleh jadi salah seorang daripada berikut
- Ingin memulakan perniagaan
- Sedang berniaga
- Ingin mendapatkan pendapatan sampingan sambil bekerja
- Usahawan yang ingin berniaga secara online
- Usahawan memborong dari China
- Mahasiswa yang baru berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan
- Pesara yang kaya dengan pengalaman yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan.
- Atau kanak-kanak yang bakal menjadi usahawan
Kami akan menyediakan kandungan dalam kategori berikut bagi tahun 2012 ini untuk anda.
- Persediaan Memulakan Perniagaan
- Tips dan Petua Menjalankan Perniagaan
- Ciri Keusahawanan
- Pemasaran dan Pengiklanan
- Operasi dan Pengurusan Syarikat
- Keusahawanan Kanak-kanak (kidpreneur)
- Cara Mendapatkan Pendapatan Sampingan
- Cara Buat Duit melalui Internet
- Kewangan Islam
- Pemborongan Barangan dari China
Kami sangat berharap kami akan mendapat maklumbalas daripada anda untuk memberi kami panduan dan teguran berguna sepanjang tahun 2012 ini. Insya-Allah. Kami juga berharap anda akan menghebahkan blog ini kepada rakan-rakan anda di Facebook.
Kepada yang ingin menyumbang artikel, anda boleh menghantarkan ke sj@sj.my
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Salam Tahun Baru Shahabudeen!
Saya sedang sebarkan sebanyak mungkin.