Prinsip Pareto dalam Perniagaan Anda – Bagaimana Menggunakannya Dalam Bisnes ? (1)

Prinsip Pareto

 

Apa itu Prinsip Pareto ?

Prinsip Pareto atau dengan kata lain Prinsip 80/20 adalah sebuah prinsip yang pada asalnya diasaskan oleh seorang Ahli Ekonomi Itali bernama Vilfredo Pareto pada tahun 1906 dan kemudiannya diperkenalkan ke seluruh dunia oleh Dr. Joseph M. Juran pada hujung 40-an di Amerika Syarikat.

Mengikut prinsip ini, diterangkan bahawa dalam hampir semua isu di dunia ini, peratus tindakan yang sedikit (20%) akan menyumbang kepada peratusan hasil yang banyak (80%).

Setelah dibuat kajian mendalam dalam pelbagai bidang seperti sains, pengurusan dan bisnes, akhirnya orang ramai menerima konsep ini dan pada hari ini konsep ini digunakan untuk menghalusi perkara dalam perniagaan.


Contoh Prinsip Pareto

20% orang memiliki 80% kekayaan di dunia
20% dari ‘defect’ dlm produk, menyumbang 80% kepada semua masalah produk itu.
20% dari pekerja anda adalah penyumbang 80% dari masalah syarikat.
20% dari pekerja anda adalah penyumbang 80% dari kejayaan syarikat.
20% dari barang jualan anda menyumbang 80% jualan syarikat.
20% dari pembaca blog ini adalah yang memberi komen kepada 80% artikel yang ada.

Sekarang saya harap saudara semua dah faham apa itu Pareto Principle. Jadi persoalan seterusnya, bagaimana untuk mengaplikasikan prinsip ini dalam perniagaan.

Bagaimana Mengaplikasikan Prinsip Pareto Sebagai Usahawan ?

Saya ambil contoh jika kita mempunyai sebuah kedai dengan 100 produk jualan.
Apabila kita menerima prinsip ini, maka kita boleh buat kajian, berapa peratus dari produk yang ada dalam kedai kita ini menyumbang kepada 80% dari jualan. Katakan memang betul 20%. Jadi kita boleh fokus hanya kepada 20% itu sahaja.

Kemudian kita ambil lagi 100 produk baru, buat kajian keatas 100 produk baru ini dan ambil 20 produk yang menyumbang kepada 80% jualan.

Kemudian ulang langkah ini sehingga kita memenuhi tempat jualan kita hanya dengan barangan yang memberi kita jualan yang tinggi. Elakkan menjual barangan yang tidak memberi jualan. (Anda tak perlu buang barang ini, cuma tak perlu beli lagi dari pemborong di masa depan)

Begini juga saya ajar peserta Kursus Memborong di China untuk membeli barangan di China. Mereka tidak mungkin mendapat semua barangan yang terbaik untuk dijual pada kali yang pertama. Anda perlu uji barangan yang diborong dan tengok pada hasilnya, barulah buat pilihan 20% barangan yang terbaik. Kemudian ulang kaedah ini berkali-kali sehingga barangan yang anda jual, hanyalah barangan yang menguntungkan.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk memilih pekerja yang efisien, menguruskan masa dan dalam pelbagai bidang lain.

Nantikan sambungannya bahagian dua pada esok hari.

terima kasih
Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

6 Responses to Prinsip Pareto dalam Perniagaan Anda – Bagaimana Menggunakannya Dalam Bisnes ? (1)

  1. red says:

    Another great Info Jalil, as always. Thnks for the note. (:

  2. Pingback: Prinsip Pareto dan Aplikasinya (Bahagian 2) | Shahabudeen Jalil

  3. Mugeb says:

    Something new for me to ponder upon. This coincide greatly with law of allowing.

    But…. the 20% is actually the best 100% that we should be giving in our effort kan?

  4. Rooney says:

    Great article bro

  5. Pingback: Berapa Modal Yang Diperlukan Untuk Mula Memborong dari China?

  6. Pingback: Bagaimana Menjadi Kaya dan Berjaya Dengan Bekerja Kuat dan Konsisten | Blog Usahawan dan Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>