Menggunakan Prinsip Pareto dan Bagaimana Menjadi Lebih Produktif dan Menjimatkan Masa? (2)

Saya pernah menulis mengenai Prinsip Pareto sebelum ini Apa itu Prinsip Pareto ? semalam.

Pada kali ini, saya ingin menceritakan mengenai satu lagi aplikasi prinsip Pareto.

Biasanya jika kita diberi sebarang tugasan samada….

Kerja rumah oleh Cikgu di sekolah
Assignment oleh Lecturer
Kertas kerja projek oleh Boss

Bagaimana yang biasanya anda buat ???

Mengikut kajian kebanyakkan orang,

Jika diberi 10 hari, mereka akan buat dalam masa 2 hari terakhir.

Jika diberi sebulan, mereka akan buat dalam minggu yang terakhir

Ini adalah betul mengikut pemerhatian prinsip Pareto.

Jadi, Bagaimana untuk jadi lebih efektif dan efisien ?

Kenapa tidak anda buat kerja yang diberikan ini dalam 20% bahagian awal masa yang diberikan ???

Maksud saya, jika diberi 10 hari. Gunakan hanya 2 hari pertama untuk buat kerja ini. Jangan gunakan 10 hari.

Jika diberi sebulan, buat kerja ini dalam minggu pertama bulan tersebut.

Anda membuat kerja ini dalam tempoh masa yang sama seperti biasa anda buat, tetapi cuma diubahkan waktu membuat kerja itu kepada 20% yang pertama.

Namun begitu, anda perlu ingat, walaupun anda sudah siapkan kerja ini dalam masa 2 hari. JANGAN hantar kerja ini sekarang. Simpan dan hantar pada hari ke 10. Hantar pada waktu ia perlu dihantar. Bukan lebih awal dan bukan lebih lewat.

Maksud saya, walaupun anda telah siapkan kerja ini dalam minggu yang pertama, hantar pada hari terakhir.

Kenapa?

Jika dihantar awal, terdapat 2 kemungkinan yang akan berlaku

1. Penerima akan berfikir anda membuat kerja sambil lewa.
2. Jika penerima berpuashati, dia akan mengarahkan anda membuat kerja lain. (lebih baik anda buat kerja lain yang anda inginkan)

Jadi, menerima prinsip Pareto ini, buat semua kerja dlm 20% masa yang diperuntukkan dan buat dalam 20% waktu awal dan hantar pada waktu yang ditetapkan.

Dengan ini, anda tidak akan hantar lewat kerja yang diberikan. Anda mempunyai masa 80% untuk membuat sebarang tambahan atau perubahan. Jadi kerja anda akan menjadi lebih berkualiti dan anda akan menjadi lebih produktif.

Selamat mencuba.

Terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

6 Responses to Menggunakan Prinsip Pareto dan Bagaimana Menjadi Lebih Produktif dan Menjimatkan Masa? (2)

  1. roslina says:

    saya sangat setuju dengan prinsip pareto ini.dan saya sangat suka blog tuan ini.

  2. AG says:

    Sebagai seorang penulis novel, baru saya sedar tips ini sangat berguna. Meskipun editor kadangkala memberikan tarikh akhir, tetapi manuskrip hanya akan “dikejar” pada minggu akhir. Selalunya begitulah. Semoga kaedah Pareto ini akan membantu saya untuk menambah kualiti dan meningkatkan produktiviti.

    Terima kasih atas artikel yang bermanfaat ini. Saya rasa sudah tiba masanya Tuan SB menulis buku pula. :)

  3. Pingback: Bagaimana Menjadi Kaya dan Berjaya Dengan Bekerja Kuat dan Konsisten | Blog Usahawan dan Perniagaan

  4. Junn74 says:

    Saya tgh aplikasikn prinsip ini bersesuaian dgn tahun kedua perniagaan ssaya..brg yg kurang dibeli elakkn di ambil lagi, barang yang dibeli banyak oleh pelanggan akan di tambah lagi….insyaAllah..tunggu hasil dari pemerhatian ini…tq en shah..

  5. Saudagaradha says:

    Terima kasih encik shah, telah membuka minat saya ke arah perniagaan. Insya Allah saya akan follow setiap panduan yg encik shah sampaikan. Sngt membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>