Bisnes Pemakaian Dalam Perempuan di Negara Islam Meningkat
Industri pakaian dalam mula mendapat tempat di negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah dengan peningkatan jualam La Vien Rose sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tahunan .
Ketua Pegawai Kewangan yang juga merupakan Naib Presiden Jenama pakaian dalam La Vien Rose tidak menyangka perkembangan pasaran di negara Timur Tengah itu berkembang dengan pesatnya.
Syarikat yang mula bertapak di Kanada itu mula menerokai pasaran timur tengah sejak 5 tahun lalu dan mendapati jualannya adalah dua kali ganda berbanding di Amerika Utara sendiri.
Kini, La Vien Rose mempunyai 55 buah butik di seluruh negara Timur Tengah, meliputi Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Jordan , Mesir dan Arab Saudi. Di Arab Saudi sahaja mereka mempunyai 29 cawangan dan bakal membuka enam serta tiga cawangan lain di Kuwait.
Walaubagaimanapun, butik yang terdapat di negera itu adalah berbeza dengan negara lain kerana tidak menyediakan bilik persalinan. Selain itu, semua pekerja butik adalah di kalangan lelaki sahaja. Namun, ini tidak memberi impak kepada hasil jualan produk tersebut.
Di sebalik pemakaian yang sederhana , kebanyakan wanita di negara arab sebenarnya sentiasa mengikuti trend fesyen yang terkini.
Bagi Pengarah Eksekutif Majlis Wanita Islam Kanada (CCMW), Alia Hogben berkata “tanggapan terhadap wanita Muslim terutamanya di negara Timur Tengah tidak gemar kepada fesyen adalah tidak benar”.
“Malah, mereka juga sering bersolek , berdandan dan berpakaian cantik untuk ahli keluarga dan sahabat handai” katanya.
Hampir 90 peratus daripada koleksi La Vien Rose’s dapat diterima dengan baik oleh negara tersebut. Malah, syarikat tersebut memperkenalkan koleksi khas untuk bulan Ramadhan.
Berikutan perkembangan yang pesat, Kumpulan Limited Brand juga mula meluaskan pasaran mereka di negara tersebut dengan memperkenalkan jenama Victoria Secret dan La Senza. Untuk permulaan, La Senza telah membuka cawangan pertamanya pada tahun lepas.
Sumber : National Post

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.


