Pengalaman Melawat Masjid Al-Aqsa dan Kubah Emas di Baitul Maqdis, Jerusalem (Gambar dan Video)

Ramai yang bertanya saya macamana caranya untuk masuk dan sampai ke Jerusalem atau Baitul Maqdis ini. Seperti yang kita semua ketahui kawasan Baitul Maqdis ini dikuasai oleh rejim Yahudi Israel.

Sebenarnya, walaupun mengikut passport kita, kita tidak dibenarkan untuk memasuki Israel, namun wilayah ini dianggap sebagai wilayah yang menjadi pertikaian dan kerajaan Israel membenarkan pelancong untuk melawatnya.

90% daripada orang yang melawat Baitul Maqdis adalah terdiri daripada orang Kristian dari seluruh dunia. Bagi orang Kristian ini adalah kawasan suci mereka. Mengikut kepercayaan mereka, di kawasan inilah Nabi Isa disalib dan disinilah juga makam Nabi Isa.

Bagi kita orang Islam pula, tempat ini adalah Kiblat pertama orang Islam iaitu Masjid Al-Aqsa dan perkara penting yang kedua adalah peristiwa Nabi naik ke langit dari tempat ini sewaktu peristiwa Israk Mihraj.

Kami memasuki Tebing Barat melalui Jordan, proses imigrasi memakan masa kira-kira 2 jam. Namun mengikut cerita yang kami dengar ia boleh memakan masa sehingga 6 jam lamanya. Ada pula cerita orang yang tidak dibenarkan masuk langsung.

Kami melalui kawasan padang pasir yang dipanggil “no man’s land” dan kemudian bukit bukau dan setelah kira-kira dua jam, pemandu pelancong kami meminta kami memejamkan mata dan mengira 1 hingga sepuluh. Selepas itu kami diminta untuk pandang ke kanan.

Dari jauh kelihatan Kubah Emas masjid Sakrah yang selama ini menjadi simbol bandar suci pertama umat Islam ini. Masjid Al-Aqsa adalah kira-kira 100 meter dari situ. Sangat cantik kubah emas ini dilihat di gambar, di TV mahupun secara langsung dari jauh.

Kami tinggal di sebuah hotel di Jalan Sallahuddin Al-ayubi, nama yang diambil dari nama seorang wira Islam yang telah membebaskan kota ini dari cengkaman musuh suatu ketika dahulu. Salahuddin bukan berbangsa Arab atau Turki, beliau seorang yang berbangsa Kurdish. Wira islam sebeginilah yang masih dinanti-nanti oleh umat Islam di Palestine, saya akan ceritakan lanjut mengenai kisah beliau dalam siri yang akan datang.

Setelah meletakkan beg, saya tidak sabar ingin pergi ke Kubah Emas yang menjadi igauan saya selama ini. Saya cepat-cepat bergegas melalui jalan Salahuddin yang menempatkan banyak kedai-kedai pakaian orang Islam. Dari situ saya seolah-olah memasuki sebuah kota zaman lama,

Didalam tembok itu terdapat lebih banyak kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai benda. Dari situ setelah berjalan kira-kira 10 minit sampai ke sebuah pintu yang dijaga oleh askar Israel.

Saya ditanya”You Muslim?”

Saya jawab “Yes”

Dipandangnya saya atas dan bawah. Setelah diperiksa saya dibenarkan masuk.

Dalam hati, perasan marah bercampur sedih kerana nak masuk kawasan tanah suci pun terpaksa diperiksa oleh askar Yahudi. Namun saya difahamkan, mereka di situ untuk menghalang kemasukkan orang Kristian atau Yahudi ke kawasan suci orang Islam. Pernah terdapat peristiwa pelampau yahudi yang cuba membakar Masjid Aqsa satu ketika dahulu.

Selepas melepasi pemeriksaan itu, saya mula nampak kubah Emas ini yang selalu kita lihat. Untuk pemahaman semua, kubah ini adalah Kubah Sakhrah dan bukan Masjidil Aqsa, namun kawasan Masjidil Aqsa atau Al-Haram Al-Sharif bermaksud seluruh kawasan termasuk Kubah Sakhrah ini. Kubah ini juga adalah sebuah masjid.

Seluruh kawasan ini adalah tanah suci bagi orang Islam.

Kubah ini dibina di atas sebuah batu yang dipercayai menjadi tempat Nabi Muhamad naik ke langit sewaktu peristiwa Israk Mihraj.

Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun 620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram, Makkah. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah.

Malaikat Jibril datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung Masjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama Al Buraq. Rasulullah kemudiannya menaiki Al Buraq yang kemudian membawa baginda ke Masjidil Aqsa diBaitulmuqaddis dalam sekelip mata.

Apabila tiba di Baitulmuqaddis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dan nabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda.

Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkuk arak dan semangkuk susu. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata “Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar“. Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umat Islam.

Disini juga wujud sebuah cerita dongeng yang berkeliaran didalam masyarakat kita bahawa batu itu terapung. Ini adalah satu penipuan di atas nama agama. Tidak ada batu yang terapung.

Saya bertanya persoalan ini secara terus kepada Imam Masjid Al-Aqsa sewaktu pertemuan kami dengan dengan beliau. Beliau menyatakan, memang ramai yang bertanya dan berminat dengan kisah batu ini. Namun ianya hanya dongeng semata-mata. Beliau sendiri tidak tahu bagaimana kisah seperti itu tersebar dikalangan orang Islam.

Memang terdapat batu besar di tengah tengah masjid ini (seolah-olah seperti batu Safa Marwah di Mekah, terdapat sebuah terowong untuk turun ke bawah, di bahagian bawah ini terdapat tempat sembahyang untuk kira-kira 20 orang.

Setelah puas melihat setiap sudut Masjid Sakrah ini saya menuju pula ke Masjilid Aqsa, sebuah masjid yang lama yang sangat didengari oleh kita, namun tak ramai yang tahu rupa bentuk masjid ini.

Masjid ini terletak kira-kira 50 meter dari Kubah Sakrah. Saya memasuki masjid ini yang dibina dengan batu-batu besar. Binaan dalamnya juga cantik dan masih kemas seperti dulu.

Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa

Pintu Masuk Masjid Al-Aqsa

Pintu Masuk Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa bermaksud “Masjid Paling Jauh”, adalah tempat suci ketiga bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah.

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah kedua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif.

Jika kita mengadap masjid ini, di sebelah kanan ada dinding yang menurun ke bawah. Inilah tembok ratapan iaitu tempat yang dikatakan suci oleh orang Yahudi. Orang Yahudi dan Kristian tidak dibenarkan berada di kawasan Haram Al-Sharif ini kecuali beberapa hari tertentu dalam setahun.

Saya akan ceritakan lebih lanjut lagi dalam entri yang akan datang mengenai Jerusalem dan Baitul Maqdis ini, buat masa ini sila hayati video di bawah.

Masjid Al-Aqsa dan Kubah Sakhrah Dari Dekat

 

Masjid Al-Aqsa dan Kubah Sakhrah dari Jauh (dari Bukit Zaitun – Mount Olive)

Bersambung…

terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

15 Responses to Pengalaman Melawat Masjid Al-Aqsa dan Kubah Emas di Baitul Maqdis, Jerusalem (Gambar dan Video)

  1. Hamba Allah says:

    Dengan siapakah Encik Shahabudeen Jalil pergi melawat Masjidil Aqsa dan berapa lama makan masa untuk hayati seluruh bandar tersebut. Terima kasih

    • Abu Rayyan says:

      emm….tuan bayar Israel untuk masuk Baitulmaqdis????

      • Hendrawati mohd sapuan says:

        Al qardawi mmg keluarkn fatwa x boleh sbb dia melihat dr sudut politik. Tp mengikut imsm besar masjid al aqsa sendiri, bila kita dtg sana we help the ekonomi of muslim dgn spent our money in their hotel, the restoran n sadaqah to their children. Nk harap yahudi mmg taklah.. So kita byr israel only $29, tp niat kita nk ziarah al aqsa sbb ianya sgt dituntut oleh nabi kita..

  2. Mugeb says:

    Well narrated… bahagian ke-2 pls bro. Cepat skit!

  3. fifahnazri says:

    Pengalaman yang hebat. Tentunya saudara sungguh bertuah kerana dapat menjejak kaki ke sana.Sungguh terharu kerana bukan semua ynag berpeluang seperti saudara. Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat islam di Palestin dari cengkaman tentera Yahudi suatu masa nanti agar Masjidil Aqsa dapat diziarahi dengan mudah oleh semua umat islam dari seluruh dunia.

  4. SZ says:

    Wow!!!.. You’re very lucky indeed to go there :)

  5. nida says:

    Menarik..x semua berpeluang ke sana.

  6. Osman says:

    Salam, bolehkah tuan sertakan nama travel agent yg tuan sertai untuk ke Baitul Maqdis kerana saya berhajat utk ke sana dalam masa terdekat. Tq.

  7. abu bakar md hassan says:

    menarik dengar cerita tuan trip ke palestin. boleh give contact dengan pakej mana tuan sertai pakej or emailkan saya person to contact. TQ

  8. Saya sedang mencari-cari dalam websites tentang bagaimana hendak melawat Masjid Al-Aqsa. Blog ini sangat berguna dan penuh dengan ilmu. Terima kasih.

    Sekiranya ingain membaca cerita saya semasa menunaikan haji, silalah lihat website:
    http://ezinearticles.com/?expert=Kamarudin_B_Hassan

  9. shah rafzee says:

    terkini, syarikat Andalusia Travel & Tours ada menyediakan pakej lawatan ke Baitulmaqdis sebelum menunaikan umrah di Tanah suci Mekah.

  10. Johan says:

    saya juga ada keinginan untuk kesana. mudah2an semua urusan dipermudahkan. amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>