Pemeriksaan Imigresen Biometrik di Dalam Kapal Terbang – Tahniah Jabatan Imigresen Malaysia

Beratur panjang di LCCT

Pengguna lapangan terbang sudah sedia maklum dengan kelewatan yang disebabkan oleh pemeriksaan Imigresen di lapangan terbang dan Terminal Tambang Murah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LCCT) tidak terkecuali daripada situasi yang sama; di mana, pada waktu puncak, masa menunggu bagi menjalani pemeriksaan imigresen adalah lebih daripada 45 minit. Bagi memperbaiki situasi di LCCT ini, suatu skim perintis yang membolehkan pemeriksaan biometrik imigresen dilaksanakan dalam pesawat telah diperkenalkan.

Projek perintis yang dipercayai belum pernah dilaksanakan di mana-mana lapangan terbang di dunia, dijangka bermula pada bulan ini. Projek ini akan dimulakan dengan penerbangan berisiko rendah dan sekiranya berkesan, ianya akan turut diaplikasikan pada lain-lain penerbangan.

Pemeriksaan biometrik yang berlandaskan kepada ciri-ciri biologi yang boleh diukur akan digunapakai bagi membolehkan pengesahan identiti seseorang penumpang dijalankan. Menurut suatu laporan dalam The Star, program ini mensasarkan supaya kesemua penumpang menjalani pemeriksaan imigresen sebelum mereka mendarat dan sekaligus mengurangkan kesesakan di dalam bangunan terminal. Penumpang-penumpang ini tidak akan dikenakan pemeriksaan semula di lapangan terbang melainkan terdapat masalah yang memerlukan pemeriksaan semula dijalankan. Skim ini merupakan sebahagian daripada inisiatif ke arah memperbaiki pengalaman para penumpang. Antara inisiatif lain termasuklah penyediaan sistem daftar masuk otomatik dan penyediaan sekumpulan staf sokongan bagi melicinkan perjalanan para penumpang.

Jumlah penumpang di LCCT dijangka akan meningkat sebanyak 20 peratus menjelang tahun hadapan; suatu perkara yang biasa diperhatikan di mana-mana lapangan terbang utama seluruh dunia. Persoalannya, bolehkan pemeriksaan seumpama ini memberikan suatu penyelesaian yang selamat dan pantas bagi mengatasi masalah kesesakan di lapangan terbang?

Tentu ada caranya.. Tahniah kepada Jabatan Imigresen kita yang memang kreatif dan bijak mendahului teknologi.

Terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>