Memulakan Perniagaan Restoran / Kedai Makan – 10 Perkara Yang Perlu Dinilai ?

 

 

 

 

 

(Sila lawat PusatBorong.com untuk mendapatkan idea produk jualan anda.)

Semalam saya berjumpa semula dengan Chef Nabil pakar masakan Jepun yang saya didik dan pernah ceritakan di blog ini.

Chef Nabil – Kursus Masakan Jepun dan Keratan Akhbar Chef Nabil

Beliau kini sudah berkembang maju dan popular. Beliau akan menerbitkan buku masakan terbaru dan yang paling terkini adalah beliau sedang merancang membuka sebuah restoran di Bandaraya Melaka.

Jadi semalam beliau datang meminta pandangan saya mengenai apa yang perlu beliau lakukan buat permulaan ini. Berikut adalah list yang saya mintak beliau jawab sebelum bermula. Sebenarnya list ini boleh digunakan untuk perniagaan lain juga.

1. Tentukan perjanjian perkongsian dengan pelabur

Macam-macam boleh terjadi dalam bisnes, jadi yang utama adalah kita menentukan dengan bertulis mengenai perjanjian perkongsian sejak dari awal.

Berapa pelaburan yang dilaburkan oleh pelabur ?

Berapa share pegangan syarikat ?

Berapa perkongsian keuntungan ?

2. Buat analisa lokasi

Jika anda menjual barangan yang murah bagaimana sekalipun, jika lokasinya salah, maka perniagaan ini tidak akan berjaya. Contohnya anda menjual ikan sejuk beku di perkampungan nelayan. Tentulah tidak ada orang akan membeli, kerana mereka boleh mendapat ikan segar dengan mudah.

3. Buat analisa komposisi penduduk

Untuk restoran, anda perlu tahu siapa yang tinggal di situ ? apa bangsa mereka ? adakah mereka akan membeli daripada anda ?

4. Apakah sasaran pasaran (target market) anda ?

Anda tidak mungkin untuk berjaya jual kepada semua orang. Anda perlu mempunyai sasaran yang jelas dan tepat. Cuba kecilkan sasaran anda. Anda akan boleh menembak dengan lebih tepat. Jika anda cuba tembak ke semua arah, mungkin tidak ada satu pun yang akan mengena.

Akhirnya anda hanya akan rugi masa, wang dan tenaga. Tetapkan sasaran anda setepat-tepatnya.

5. Apakah penduduk ini akan berminat dengan masakan anda ?

Jika kawasan itu adalah kawasan orang India atau Melayu, mereka tentu mahukan masakan yang pedas dan berkuah. Minat satu-satu jenis makanan wajar dikenalpasti dari awal.

6. Apakah pendapatan penduduk yang menjadi sasaran anda ? Adakah Mereka mampu membelanjakan wang mereka di restoran anda ?

Walaupun penduduk yang anda sasarkan meminati dan mengidamkan makan masakan yang anda tawarkan. Jika harganya tidak bersesuai dengan pendapatan mereka, mereka tidak akan datang untuk makan. Jadi samada harga makanan perlu turun atau gaji mereka perlu naik.

Jika anda tidak berminat menurunkan harga, anda perlu mensasarkan golongan sasaran yang baru. Yang berpendapatan lebih dan mampu untuk membeli produk yang anda tawarkan. Ia tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Di Kuala Lumpur hari ini, kita dapat lihat kedai mamak yang menjual air jus RM 2.00 segelas. bersebelahan dengan restoran arab dengan air jus RM 9.00 segelas. Namun kedua-dua restoran mempunyai pelanggan tersendiri.

Jadi konsep yang anda bawa perlu menepati sasaran dan terdapat beberapa lagi faktor yang anda perlu tentukan seperti senarai di bawah

7.  Dari segi operasi anda perlu tentukan individu yang akan memenuhi jawatan-jawatan ini

- Pengurus – Seseorang yang perlu menguruskan pembelian bahan mentah, rokok, masalah dengan pelanggan, kutipan bayaran, urusan dengan pihak berkuasa seperti DBKL atau Polis, menjamin kualiti perkhidmatan sentiasa dipelihara

-Chef – Banyak restoran lingkup kerana Chef lari untuk bekerja di tempat lain atau balik ke kampung. Jadi anda perlu menjaga Chef ini dengan baik dan cuba ikat dia dengan anda. Selain itu, anda juga perlu menyediakan back-up plan jika Chef anda lari .

-Pelayan – Bagaimana kaedah mendapatkan pelayan restoran yang murah dan boleh mempelajari kemahiran dengan cepat dan cekap ? Mungkin anda perlu mengambil dari negara luar kerana anak-anak Melayu tidak berminat untuk bekerja sebegini. Jika di luar, apa pula prosedurnya dan bagaimana memohon ?

8. Tentukan Menu Makanan

Buat menu makanan dan tentukan apa yang ada dalam menu tersebut. Cuba buat sample dahulu dan tanya kepada kawan-kawan anda untuk mereka memberi komen dan pandangan. Buat semula dan tunjuk semula sehingga anda benar-benar puas hati.

9. Perabot – Renovasi - Apabila anda mengambil sebuah ruang kedai untuk dijadikan restoran. Anda tentu perlu membuat renovasi keseluruhannya. Ini memakan kos yang banyak. Selain itu terdapat juga syarat dari pihak berkuasa dimana dinding mestilah dipasang marmar sehingga beberapa kaki tingginya. Anda perlu mempunyai pemadam kebakaran dan syarat-syarat lain. Bagaimana pula mengenai papan tanda restoran anda ?

Selain itu ada juga perlu mengeluarkan modal besar untuk perabot seperti meja, kerusi, kerusi bayi dan alatan-alamat memasak yang lain.

10. Wang operasi simpanan – Walaupun anda merasa anda telah melakukan kesemuanya, tentu ada perkara tertinggal ataupun sesuatu yang anda perlu belanjakan secara berterusan. Untuk semua ini, anda perlu ada wang operasi simpanan untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Anggap  jika anda tidak mempunyai perniagaan langsung selama 6 bulan, wang inilah yang akan membiayai perniagaan anda. Wang ini perlu disimpan dan hanya diambil apabila benar-benar perlu.

Petanda bahawa anda perlu gunakan duit ini adalah apabila, jika tidak digunakan, ia akan menjejaskan pendapatan restoran anda. Contohnya apabila bekalan elektrik dipotong kerana tidak dapat di bayar. Pada waktu sebeginilah anda perlu gunakan wang operasi simpanan ini.

Saya pasti ada banyak lagi senarai semak yang perlu anda, mungkin anda sebagai pembaca boleh menyumbang bersama beberapa point yang anda tahu.

terima kasih

Shahabudeen Jalil

(Sila lawat PusatBorong.com untuk mendapatkan idea produk jualan anda.)

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, Tips Usahawan. Bookmark the permalink.

34 Responses to Memulakan Perniagaan Restoran / Kedai Makan – 10 Perkara Yang Perlu Dinilai ?

  1. nora says:

    Saya baru terjumpa blog ni dan nak berkongsi pengalaman saya melabur dalam restoran seorang kenalan. Kiranya saya nak sampaikan dalam bentuk bercerita supaya jadi lebih santai dan boleh jadi pengajaran kepada semua. Saya baru berkahwin dan berpindah ke sebuah bandar kecil mengikut suami. Suami suka makan dan lepak2 di sebuah restoran mamak pada waktu malam dan menjadi kewajipan saya mengikuti aktiviti beliau. Saya ada sedikit duit simpanan yang saya bercadang nak laburkan dan kebetulan saya terdengar tuan punya restoran inginkan pelabur untuk mengembangkan perniagaannya tambahan pula dia mempunyai hutang dengan ceti haram dan berasa terbeban dengan hutang tersebut dan kononnya dia tak mahu terlibat dengan riba. Dia memberitahu saya yang dia perlukan pelabur untuk menjelaskan semua hutang dengan ceti. Saya pun bersetuju. saya pun mengeluarkan sejumlah wang dan memintanya menyelesaikan semua hutang dengan ceti haram yang berjumlah puluhan ribu juga. Saya bersetuju melabur kerana melihatkan kedainya sentiasa dipenuhi pelanggan dengan lokasi yang amat strategik. Malah mendengarkan pendapatan kasar hariannya saya berpendapat perniagaan ini memang amat2 berpotensi. Namun bulan pertama si tuan punya restoran sudah menunjukkan belangnya. Keuntungan yang dijanjikan lambat dibayar ( hanya dapat selepas maki hamun) bulan berikutnya terima cek, kemudian tunai dan begitulah berulang2 dan selalu terlewat dari tarikh yang dijanjikan. hinggalah hari ini 5 bulan bayaran tertunggak . Saya sangat marah dan selepas menyiasat baru saya tahu rupa2nya mereka ini kuat berhutang, wang keuntungan kedai entah lesap ke mana simpanan usahkan untuk 6 bulan, untuk seminggu pun tak ada dan yang paling menyakitkan hati wang yang saya labur untuk dia menjelaskan hutang tersebut lesap entah ke mana dan daripada puluhan ribu hutang hanya 5 ribu sahaja yang dijelaskan. Saya sangat2 kecewa dan berpendapat mereka bukanlah peniaga yang ada potensi untuk maju . sebenarnya dalam perniagaan bukan hanya perlukan modal namun kebijaksaan menguruskan kewangan . itulah yang mereka tiada dan itulah puncanya kenapa suami isteri peniaga restoran itu diserang sakit kronik memikirkan keuntungan yang entah ke mana akibat kelemahan diri sendiri yang malangnya apabila ditegur dengan ego dan angkuhnya menidakkan kebodohan sendiri. Kesimpulannya bukan semua orang boleh berjaya dalam perniagaan andai ilmu pengurusan kewangan tiada di dada. Akibatnya hidup tak senang diburu si pemungut hutang.

  2. noli says:

    Salam , saya menetap di luar negata bersama suami. Saya bercadang utk memulakan perniagan kedai makan di malaysia. Mampukah perniagaan ini berjalan lancar sedangkan saya berada di luar negara.

    • livonia19 says:

      Salam… Noli.

      Utk buka kdai mkn, yg pentingnye blh untung atau tdk je. Klau setakat nak buka & niaga ramai yg blh buka.. jika awk bminat utk buka restoran, awk cuba hubungi org ni.. nazlan9@yahoo.com

      Awk deal sendiri dgn dia..Jika awk brnasib baik,,dia nak bantu awk,dpt la awk.
      ok.

  3. Aieed says:

    Saya berhasrat nak buka restoran makan bermula jari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam. Persoalannya di kawasan sekitar saya nie (cadangan untuk membuka restoran) terdapat 13 restoran termasuk 1 res mamak. Jadi dalam pengiraan saya jumlah kutipan harian saya haris mencecah rm 3000 sehari (300 orang pelanggan sehari) untuk menampung pelbagai kos termasuk kos sewaan bangunan sebanyak 6000 sebulan. Apakan untuk mendapat rm3000 sebulan sangat susah. saya bimbang selepas melabur dengan jumlah modal yang banyak tetapi perniagaan mengecewakan…Mohon sesiapa beri pandangan

  4. Aieed says:

    Saya berhasrat nak buka restoran makan bermula jari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam. Persoalannya di kawasan sekitar saya nie (cadangan untuk membuka restoran) terdapat 13 restoran termasuk 1 res mamak. Jadi dalam pengiraan saya jumlah kutipan harian saya haris mencecah rm 3000 sehari (300 orang pelanggan sehari) untuk menampung pelbagai kos termasuk kos sewaan bangunan sebanyak 6000 sebulan. Apakan untuk mendapat rm3000 sebulan sangat susah. saya bimbang selepas melabur dengan jumlah modal yang banyak tetapi perniagaan mengecewakan…Mohon sesiapa beri pandangan

    • livonia19 says:

      Salam.. Aieed

      Awk contak email ni nazlan9@yahoo.com sy rasa dia blh bantu awk. Awk deal dgn dia..sy rasa msalah awk nak dptkan sale rm3k sehari tu dia blh sattlekan, lebih dr tu pun dia blh sattlekan. Janji sykt awk xde share dgn bngsa asing. ok

  5. Klily says:

    Salam.

    saya juga ada perancangan nak buka kedai makan. lebih kepada konsep ala-ala kopitiam. sy bercadang utk buka kedai makan sarapan pagi. (jam 7pg – 3pm). setakat pemerhatian sy, kawasan tempat tinggal sy berpotensi tinggi cuma saya masih belum ada keyakinan. dan masih dalam proses untuk membuat kajian… berapa kos anggaran utk memiliki sebuah kedai makan yer?

  6. mimie says:

    Saya baru nak menceburi bidang restoran, sebelum nie hanya berniaga di tapak bazar ramdhan.. apa yang saya perlu lakukan sebelum membuka sebuah restoran, contohnya dengan pihak berkuasa tempatan, lesen atau sebagainye..

  7. Anis says:

    Salam.. Sy bercadang utk buka kedai kosmetik .. Ada sape2 bole share it mana lokasi yg strategik.. Sy terfikir utk buka area putrajaya or Shah Alam..

  8. noor says:

    salam :)
    saya nak try bukak kedai cool blog, sy x tw mana nak mula kan langkah. saya teringin nak buka kedai sendiri dalam usia muda sekarang.. ada pihak yg bersetuju ingin keluarkan modal. saya hanya perlu sediakan kertas kerja je. sy x tw pihak mana yg perlu saya jumpa dan mendapatkan kelulusan. saya harap mana2 pihak dapat bantu saya. :) saya amat menghargai.

  9. UMMI says:

    Saya bercadang nak buka ala2 cafe (buffet)
    biasanya berapa kos yang diperlukan untuk memulakan perniagaan
    tempat memang cantik,….(lokasi)
    sewa,deposit
    peralatan kerusi meja,kounter,petiais dapur dan peralatan
    bahan mentah
    banner,
    signboard
    gajipekerja,epf,socso

  10. jack says:

    Haii, Salam sejahtera admin. saya bercadang untuk menjadi seorang kaunselor bergerak. sebab tdk perlukan modal yang besar. kalau nak buka pejabat kecil pun saya tidak mampu. Ini sebagai langkah awal saya untuk memulakan kerjaya sebelum pergi lebih jauh. Apa yang saya patut lakukan? Saya hendak minta pendapat admin. Segala pendapat akan saya terima sebagai satu cadangan. Terima Kasih.

  11. Siti Yuraida says:

    Assalamualaikum…

    Apakah prosedur untuk buka restoran di luar negara?

  12. SITI says:

    Assalamualaikum,

    memandangkan sy akan mengikuti anak saudara sy ke Hammam…..sy berhasrat ingin membuka restoran/café di Hammam, Arab Saudi. dari sumber yg di perolehi potensi kedai makan bercirikan makanan melayu/Malaysia amat tinggi di sana….apakah prosedur dan cara utk memulakan perniagaan di saner. adakah sy harus pergi ke kedutaan arab Saudi utk memperolehi maklumat…atau ada saper2 yg mempunyai pengalaman membuka kedai di luar Negara…..mohon pendapat dan pandangan….tq

  13. noraisah says:

    assalamualaikom.saya buka kede mkn dh lbh kurg hmpir 12thun,,selama itu mcm2 dugaan dn cbrn,,yg merunsingkn saya hnya cukup mkn saja,,xboleh buat rumh sendri lg,,mempyai ank 5org yg 4dh bersekolah,,pendptan sehari dlm linkongnrm100-rm250 je dlm sebln cuti 4-5hr….bagaimanakh caranya nk menggunakn wang dgn bijk spya dpt memiliki rumh yg selesa…sangt tidk selesa dgn keadan skrg….boleh bg pendapat,,,,,

  14. hartini bt mohd saad says:

    Saya berminat nk menyertai kursus2 tentang restoran ni, klau afa sesiapa yg tahu dimana sya bleh sertai kursus ini, boleh la bagi tahu ye.tkadih

  15. qhais says:

    Salam..sy bercadang ingin mmbuka restoran mee udang galah di kawasan sy..sy yakin berpontensi kerana tiada lg restoran mee udang di kwsn sy..paling dekat 30km dr kawsn rumah sy.. kwsn yg sy pilih mmg strategik… berdekatan poly, unikl dan kawasan perindustrian..
    di sini sy ingin memohon bntuan nasihat dr otai2 semua sbb ini kali pertama sy ingin memulakn perniagaan bsama seorang rakan..

    tlg cdgkn n nasihat sy…megenai semuanya n apa yg ptut sy lakukan..anggaran modal, paperwork dll…

    terima kasih kerana sudi membantu bakal usahawan bumiputera,,

  16. ariaid says:

    Salam,
    Saya dan suami bercadang untuk membuka kedai menjual nasi lemak kukus dan ayam goreng kentucky di depan rumah bermula jam 7 malam sehingga 12 malam. tapi kami tak confident disebabkan kami bekerja government balik kul 5.30 petang. Pada pendapat cek, bolehke kami adjust masa kami ni dan modal dalam anggaran berapa yer. Cadangan ingin membuka secara kecil2 dahulu, untuk side income .

  17. mila says:

    salam sya dan suami baru membuka gerai makan di luar bandar pada bulan mac. sebelum ini kami berniaga di bandar. pada bulan mac hingga la ramaddan ramai pelanggan dan mendapat untung . tapi pada selepas raya puasa tadi pelanggan mula berkurangan dan pendapatan kurang.. masa saya buka kedai golongan muda, bujang tua dan golongan ibu-ibu ramai yang datang membungkus. tapi skg yang datang hanyalah golongan tua dan guru…jadi bagai mana kami ubah perniagaan ini agar golongan muda dan ibu-ibu datang membeli…

  18. Sumarno Jumain says:

    Assalamualaikum,
    Saya ingin membuka restoran asam pedas di kota kinabalu sabah. Ini kerana hasil pemerhatian saya selama beberapa bulan ini saya lihat tidak byk makanan srmenanjung disana. If ada pun tidak terlalu byk. Saya inginembuat asam pedas pelbagai menu. Apa yg pertama sekali saya harus lakukan dmana saya baru pertama kali ingin membuka restoran makanan semenanjung tu. Lokasi yg saya pilih berdekatan dgn airport kkia/airasia iaitu tu di cybercity dan kedua mungkin di grace point. Saya juga mempunyai link dgn pemandu2 pelancong dmana mereka semua akn membawa semua pelancong yg mana majoritinya adalah org semenanjung ke restoran sya. So itu dikira sebagai promosi secara tidak langsung. Namun kegusaran yg terlintas difikiran saya adalah dari segi modal dan saya perlukan tunjuk ajar dr org2 yg berpgalaman.. harap dapat membantu impian saya.. terima kasih

    • keysha says:

      Saya baru plan nak buka kedai makan area lahad datu
      saya org Sabah dan suami asal Kelantan bekerja di Sabah
      Saya nak gabungkan menu Sabah dan Kelantan
      Ada sapa boleh bagi cadangan or tunjuk ajar..

  19. Pingback: Wanwidget » Usahawan Perniagaan Restoran Bisnes Kedai Makan

  20. Awang says:

    assalamualaikum..saya bercadang mahu buka Grill Burger sendiri..apakh tips utk mndapatkan pelanggan?

  21. Awang says:

    Dan cabaran utk buka restoran nie lokasi amatlah terhad untuk restoren Grill Burger saya..

  22. Hafeez says:

    Salam. Saya ingin membuka sebuah restoran. tetapi tidak tahu prosedur dalam pinjaman, prosedur dan pendaftaran restoran. saya sangat mengharapkan bantuan seseorang dalam perkara tersebut.

  23. Sally says:

    Saya berminat dlm pernigaan restaurant dan kalau ingin bermula secara kecil kecilan dahulu. Tetapi saya tidak berpengetahuan dalam bidang ini. Terutama dari segi budget dan pekerja serta bagaimana mendapat lesen berniaga.

  24. Mohamad Najmuddin says:

    Assalamualaikum sy bru brusia 20 thun…ttpi sy nk brtnya brapakah kos atau modal utk memulakan perniagaan restoran sperti standard restaurant krana sy dh 3 thun brkrja mkn gji kt hospitality..dlm department makanan dn minuman so sy rsa sy dh brsdia utk memulakan Bisnes sndri…minta diberitahu modalnye…

  25. shazwi shatar says:

    Branding is important.taste of food is subjective.create loyal customers by investing in marketing-discounting/freebies/contest/events every month.branding makes all the difference . if need be,borrow money to invest in marketing & advertising.

    Shazwi shatar
    Restoran Barra

    • And to those Muslims intending to venture into this lovely restaurant business,don’t be obsessed with sihir.u are responsible for everything ,admit mistakes,learn & keep progressing.if your venture fails or succeeds,the only one to blame is yourself ..not sihir,not economy. Set your mindset towards prosperity & abundance,u will get there.

  26. rosnaliza says:

    salam.. sy berminat utk membuka small coffee house, adakah dengan modal 40k cukup untuk sy membuka perniagaan ini..
    untuk decoration kedai sy nak buat simple but nice..
    saya perlu motivasi dan tunjuk ajar dalam semua aspek…
    terima kasih.

  27. esmadi says:

    sy pembekal ayam daging.kg.dara sekira ye memerlukan ayam hubungi sy 0182113212

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>