Adakah Tidak Buat Sesuatu Tugas Lebih Baik Daripada Membuatnya Dengan Kurang Sempurna ?

maya karin selendang

Tentu anda pernah menghadapi satu keadaan di mana pada mulanya anda sangat bersemangat untuk melakukan sesuatu, namun selepas sesuatu masa, anda hilang semangat dan meninggalkan kerja itu terbengkalai.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam menulis blog. Saya menulis blog sejak tahun 2008 dan biasanya saya ada semangat untuk beberapa bulan dan kemudiannya semangat ini hilang entah ke mana. Menulis sesuatu secara konsisten memang agak sukar. Ini mungkin disebabkan anda mempunyai mood dan semangat yang berlainan pada hari yang berlainan.

Saya mula berfikir baru-baru ini, adakah saya tidak menulis kerana tidak ada idea ? Saya rasa saya berjumpa usahawan setiap hari dan memang tidak putus-putus idea dalam kepala. Samada idea produk, masalah yang dihadapi, penyelesaian yang terbaik atau teknik pemasaran yang terbaru. Jadi idea bukan masalah utama.

Setelah dikaji lagi, saya menyedari bahawa idea menulis bukanlah masalah yang utama, tetapi masalah yang utama adalah saya ingin menulis supaya artikel itu ‘sempurna’. Sempurna bermaksud perfect, jadi saya sanggup tidak menerbitkan artikel baru semata-mata supaya artikel yang saya tulis itu sempurna tanpa sebarang kesilapan.

Tujuan saya menulis blog adalah supaya saya dapat berkongsi apa yang saya baca dan lalui dalam kehidupan dengan orang lain supaya orang lain juga dapat meningkatkan taraf hidup secara bersama. Tujuan kedua pula sebagai pelaburan apabila saya mati nanti. Jadi saya cuba menjadikan tulisan ini sempurna.

Namun menerbitkan penulisan yang sempurna menjadikan saya tidak menerbitkan penulisan yang biasa. Sebenarnya ini satu kesalahan. Tentu kita tahu, lebih baik kita berikan sesuatu berbanding tidak memberi langsung.

Malah dalam Islam kita diajar untuk bersedekah secara istiqaramah adalah lebih baik daripada bersedekah banyak tapi hanya sekali. Jadi saya mengubah pemikiran saya kini. Saya akan menulis, saya akan cuba yang terbaik tetapi tidak semestinya sempurna. Jika ada kesalahan, kita boleh sama-sama baiki dan perbetulkan.

Jadi garis panduan kita di sini adalah seperti berikut

Sempurna —-> Baik —-> Buruk —-> Tidak Menulis Langsung

Sempurna sudah tentu lebih baik daripada tulisan yang baik atau tulisan yang buruk. Namun yang paling teruk adalah tidak menulis langsung.

Ini hanya satu contoh daripada banyak contoh lain dalam kehidupan kita. Kita selalunya meninggalkan sesuatu secara penuh apabila kita tidak dapat membuatnya secara sempurna.

Contohnya apabila kita lihat seseorang gadis Melayu Islam yang tidak bertudung. Tiba-tiba satu hari dia datang menutup kepala dengan selendang dengan jambul rambutnya kelihatan di hadapan.

Kita seraya menegurnya, “Kalau nak pakai selendang macam nie, baik takyah pakai langsung. Sama ja dengan orang tak pakai tudung”

Adakah teguran kita ini tepat ?

Adakah benar tindakannya tidak memakai tudung langsung lebih baik daripada menutup kepala dengan selendang ?

Tentulah teguran kita ini salah. Orang berubah dengan proses dan tidak semestinya secara drastik. Jadi sebelum menegur kita perlu mengkaji kata-kata kita terlebih dahulu. Dengan itu, kita akan memahami bahawa pemikiran kita sebenarnya yang salah.

Kata Mat Salleh “Better something than nothing”

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

10 Responses to Adakah Tidak Buat Sesuatu Tugas Lebih Baik Daripada Membuatnya Dengan Kurang Sempurna ?

  1. fuad says:

    senyuman manis maya karim yang bagi semangat nak menulis lagi tu…..

  2. fifahnazri says:

    Salam.
    Memang benar pandangan saudara. Tiada siapa lahir ke dunia ini sempurna. Setiap individu mesti belajar dari bawah untuk menguasai sesuatu ilmu atau kemahiran. Saya yakin jika setiap hari kita berkongsi idea melalui blog, suatu masa nanti pasti kita akan menjadi penulis yang hebat. Idea yang bernas akan datang mencurah-curah tanpa perlu berfikir panjang. Apa yang penting ialah istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan yg mendatangkan kebaikan. Insyaallah!

  3. Nisa says:

    Macam tau-tau je. Sy baru terfikir benda ni tadi..

  4. Tamrin says:

    Manusia jarang berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan, kecuali mereka gembira dan merasa puas dalam sesuatu yang mereka laksanakan. Kerana itu lah sasuatu kejayaan mempunyai kemanisan kepada mereka yang tidak pernah berjaya.

  5. Mugeb says:

    Being consistent wisely is the most important attitude towards any achievement. Being perfect is different category all together. Consistent is the word!

  6. khalila says:

    walaupun hasilnya kurang baik, sekurg2nya telah ada usaha daripada tak buat langsung ;)

  7. deen says:

    cara pemikiran seseorang ada baik dan buruknya.. bagi saya bergantung kepada keadaan. contohnya= kalau buat sesuatu buatlah sehabis baik.

  8. benar-benar memanfaatkan waktu yang berguna

  9. proffads says:

    kalau x buat sesuatu yang tak baik mmg la lebih baik dari berbuat sesuatu yang buruk dan dari berbuat yang baik..kalau tak buat sesuatu yang baik ada lah tak baik dari berbuat sesuatu yang baik..hehehe pening kpala yer..buatlah sesuatu dan tengok apakah ia baik atau tidak.. klu baik teruskan kalau x baik hentikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>