Masa Depan Saluran TV Internet di Malaysia dan Apa Pentingnya Kepada Perniagaan dan Usahawan

Masa Depan Internet TV

Internet TV pada tahun 90-an

Ayah saya membelikan kami komputer yang pertama pada tahun 1995, sewaktu saya berumur 13 tahun. Selang beberapa bulan, ayah saya mengejutkan kami dengan pembelian modem dengan kelajuan 14.4 kbps.

Sewaktu itu, jika anda ingin melayari satu-satu website, akan memakan masa kira-kira 5 minit lamanya. Namun harga yang dibayar adalah sama seperti membuat panggilan telefon tempatan. Sejam kira-kira RM 2-3, satu harga yang saya pasti mahal kerana sewa rumah kami pada waktu di Taman Aman, Anak Bukit baru RM 120 sebulan.

Sewaktu itu ayah saya pernah menyatakan bahawa dalam kawasan daerah Anak Bukit itu, mungkin hanya 2 rumah yang mempunyai Internet. Iaitu Istana Anak Bukit milik Sultan Kedah dan rumah teres setingkat kami. He he he.

Memandangkan minat ayah saya yang tinggi dalam benda-benda teknologi tinggi seperti ini, maka perbelanjaan besar berbanding pendapatannya ini dianggap penting. Gajinya pada waktu itu mungkin sekitar RM 800-900 sahaja.

Selang beberapa bulan, ayah saya mengejutkan kami sekali lagi, kali ini dengan Web TV atau Internet TV. Ayah saya mendapat alat ini dengan harga RM 700 (hampir keseluruhan gajinya). Menurut orang yang menjual barangan ini, harganya RM 7000 namun sebagai testing awal, mereka menjualnya dengan harga RM 700.

Web TV ini datang dengan satu keyboard dan satu modem besar sebesar briefcase. Alat ini akan dipasang di TV untuk melayari internet melalui TV. Kami mencubanya dengan penuh teruja, namun akhirnya kecewa kerana adalah jauh lebih selesa melayari internet di komputer berbanding di TV dan TV lebih baik digunakan untuk bermain video game.

TV adalah lebih sesuai untuk dijadikan TV tetapi tidak untuk melayari internet (sekurang-kurangnya pada zaman itu).

Sejak 20 tahun yang lepas, sudah banyak kali timbul cerita mengenai TV Internet ini dan akhirnya hilang begitu saja. Namun kali ini ramalan yang dibuat untuk masa hadapan Internet TV nyata tampak sangat berbeza dan ini mungkin waktu paling tepat untuk kemunculan Internet TV yang akan menjadi trend pengguna.

Melayari Website di TV – Ini tidak praktikal

Menonton TV di Komputer – Praktikal, tetapi kualitinya tetap kurang berbanding di TV

Menonton Youtube di TV – Ini adalah idea masa depan.

Sebagai usahawan adalah sangat penting untuk anda melihat kepada peluang dan cabaran baru yang muncul dalam pasaran. Anda tentu tidak mahu ketinggalan dan tentu tidak mahu kehilangan pelanggan begitu saja atas dasar kemalasan diri anda. Jadi teruskan membaca kenapa Internet TV akan muncul dan menguasai pasaran kita kini ?

Masa Depan Internet TV

Masa Depan Internet TV

Berikut adalah sebab-sebab utama kepada Internet TV akan menguasai pasaran dan menganggu pemasaran di Web dan di TV juga.

  1. Kos Penghasilan Video Yang Rendah – Jika sebelum ini kos penghasilan adalah sangat tinggi. Anda kini tidak perlu menjadi pengarah filem untuk menerbitkan filem di Internet. Cukup sekadar telefon bimbit, kamera atau webcam di rumah atau cafe.
  2. Penembusan Internet Yang Meluas dan Laju – Jika di negara kita sekarang, sudah ada Unifi dan wi-fi juga boleh didapati dengan mudah di mana-mana. Kedai-kedai mamak pun sudah mempunyai wi-fi berkelajuan tinggi. Ini memudah pengguna untuk menonton saluran tv internet.
  3. Sikap Pelanggan Yang Ingin Bebas Memilih – Jika dahulu, pelanggan lebih suka berada di hadapan 3 saluran TV yang ada TV1, TV2 dan TV3 dan menonton apa saja yang ada. Kini terdapat berpuluh saluran yang ada untuk di pilih. Ada pula teknologi menonton mengikut pilihan anda. Ini semua menuju ke arah opsyen yang ada dengan Internet TV.

Sebagai usahawan juga, kita perlu menyedari rakyat Malaysia membaca hanya 2 buah buku setahun dan menonton TV lebih 4 jam sehari. Hampir 1500 jam setahun. Ini adalah perbezaan lebih 500 kali ganda.

Mungkin ini budaya yang tidak bagus. Namun itu bukan tugas anda. Anda ingin menjual barang bukan nak mengubah orang. Sebagai usahawan mungkin anda sudah perlu memikirkan untuk mewujudkan saluran baru di Youtube dan menggunakan lebih banyak kandungan video dalam website dan video anda.

Memang pada awalnya anda akan mengeluarkan video yang buruk dan tidak berkualiti, namun semakin lama kualiti anda akan menjadi lebih baik dan apa yang penting, anda mempunyai kelebihan yang tinggi jika bermula lebih awal berbanding orang lain.

Jangan jadi seperti Katak Yang Direbus Perlahan-lahan……

Salam Perniagaan

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, isu semasa, Tips Usahawan. Bookmark the permalink.

4 Responses to Masa Depan Saluran TV Internet di Malaysia dan Apa Pentingnya Kepada Perniagaan dan Usahawan

  1. razoraz says:

    Menarik nih.. Belum ramai org xplore lg..

  2. mukriz says:

    tapi youtube kt hypptv tm tu dok pening2 lagi..nk type keyword susah..jenoh gak la…still tgk kt pc lagi senang kot…

  3. SZ says:

    bukan unifi ade ke???

  4. fifahnazri says:

    Unify mmg terbaik untuk melayari internet dengan pantass.. Namun dari segi kualiti siaran belum memenuhi selera pelanggan sepenuhnya. Semoga lepas ni ada penambahbaikan untuk menarik lebih ramai pengguna tv internet ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>