Keratan Akhbar Berita Harian – 4hb Januari 2012 – Anzac Consultancy bimbing peniaga dapat bekalan borong dari China

keratan akhbar berita harian usahawan

Anzac Consultancy bimbing peniaga dapat bekalan borong dari China – Usahawan baru diajar berurus niaga dengan pembekal

Seorang peniaga peralatan sukan di Shah Alam, Selangor hampir gulung tikar selepas baru setahun lebih menjalankan perniagaan. Puncanya cukup jelas, wujud persaingan ketara dengan premis yang baru dibuka bersebelahan.

Dalam dunia perniagaan, persaingan memang unsur wajib, Cuma bagaimana peniaga bijak mengatur strategi dan mencongak atur permainan merebut pelanggan. Dalam soal peniaga tadi, usahawan Bumiputera itu jelas hanya nampak satu penyelesaian iaitu menutup terus perniagaan atau undur diri kerana tidak mampu bersaing.

Seorang rakan membantu memberi nasihat dan mengkaji kenapa dia gagal bersaing. Masalah dikenal pasti, peniaga itu menawarkan diskaun maksimum 30 peratus sedangkan saingannya menjual produk sama menawarkan diskaun sehingga 60 peratus.

Jika mengambil langkah sama, sudah tentu dia akan ‘bungkus’ kerana tidak mendapat pulangan modal, apatah lagi meraih untung. Kaji selidik mendapati, pesaingnya mendapat bekalan produk daripada sumber asal dengan membeli langsung barang dari Negara pengeluar China, sedangkan dia membeli dari orang tengah.

Cara terbaik bersaing ialah, dia juga mesti mendapat bekalan pada harga sama, tetapi mesti ketepikan orang tengah dan berhubung terus dengan pembekal utama. Ternyata strategi itu berjaya kerana dia mendapat ilmu atau tip berguna bagaimana menyelamatkan perniaagan.

Seorang lagi peniaga cuba mendapatkan pandangan orang tengah atau pembekal di sini kononnya dia juga ingin pergi sendiri ke China untuk dapatkan bekalan. Jawapan daripada tauke atau pembekal tempatan itu cukup mudah “kalau saya sendiri pun kena tipu di sana, apatah lagi kalau peniaga Melayu… lu pikir la sendiri.”

Terus terpadam keinginan itu. Di tirai sebaliknya, sudah tentu pembekal itu tidak mahu peniaga tadi ke China kerana jika itu berlaku, dia akan rugi dan hilang pelanggan. Semuanya berkait soal untung rugi, soal siapa bijak menghiidu dan mengguna peluang yang ada.

Pokoknya, peniaga yang baru berjinak dalam bidang itu mesti mempunyai ilmu, sekurang-kurangnya tahu di mana mendapatkan bekalan pada harga yang menguntungkan. Jika ingin meninjau peluang di China, mereka juga mesti tahu cara dan tempatnya kerana tipu helah dalam perniagaan memang sudah jadi asam garam, sebab itu mesti waspada.

Bercakap soal peluang mendapatkan bekalan dari China, penulis mendapatkan pandangan seorang rakan yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam soal urus niaga di sana dan banyak membantu peniaga kecil bagaimana kaedah terbaik memborong di Negara tembok besar itu.

Katanya, negara China umpama kilang gula yang pasti menarik perhatian semut. Status Negara komunis itu membuatkan ramai usahawan di seluruh dunia tertumpu ke sana.

Sokongan kerajaan kilang dunia itu juga tidak kurang hebatnya dengan menyediakan infrastruktur seperti lapangan terbang, lebuh raya, pelabuhan dan sistem elektrik dan teknologi tinggi bertaraf tinggi.

Semua ini menjadikan China sebagai tempat paling menarik bagi peniaga mendapatkan barangan baru berkualiti dengan kos rendah. China adalah Negara yang menjanjikan seribu peluang keemasan.

Seseorang usahawan tentunya tidak mahu ketinggalan dan melepaskan peluang meneroka pasaran termurah dan terbesar di dunia ini, namun awas, China juga penuh dengan dengan cabaran hidup dan tipu daya.

Ramai usahawan jatuh tersungkur kerana hanya menyasarkan kepada peluang tanpa mengambil kira perangkap yang menanti.

Memulakan urusan perniagaan di China memerlukan anda sentiasa berjaga-jaga dalam menjalankan setiap urusan. Bermula kecil-kecilan dan belajar daripada orang yang lebih berpengalaman adalah satu-satunya jawapan menghadapi masalah ini.

Menyedari ramai usahawan membazirkan masa, wang dan tenaga dengan kegagalan di China, dua anak muda tempatan Shahabudeen Jalil dan Mohamed Firdous tampil dengan modul bagi usahawan melayu untuk mengharungi cabaran di Negara tembok besar ini.

Pengalaman jatuh bangun di sana dikongsi Shahabudeen melalui program Kursus Memborong ke China yang dianjur sejak 2007. Kursus itu mengajar dan melatih usahawan mengenai peluang, harapan dan cabaran yang bakal ditempuh di China.

Mereka di ajar bagaiman merebut peluang di China yang sesuai dengan diri peniaga, tip bagaimana menghadapi dan menyelesaikan cabaran bakal mereka hadapi di sana.
“Teori dan praktikal adalah dua perkara berbeza. Ilmu yang baik tidak dapat di manfaatkan sepenuhnya tanpa anada melakukannya sendiri. Jadi, selepas mengikuti
kursus secara teori, mereka akan menyertai rombongan ‘praktikal’ ke China,” kata Shahabudeen yang boleh bertutur dalam empat bahasa termasuk mandarin.

Sepanjang tempoh empat hari itu, peserta rombongan akan dibawa meninjau sendiri plaza borong. Sepanjang lawatan pegawai berpengalaman dari Anzac Consultancy akan memberikan taklimat serta tunjuk ajar mengenai kaedah memborong dan perkara yang perlu diberi perhatian seperti kaedah tawar-menawar dan kaedah penempahan produk yang betul.

Bagi peniaga yang tidak boleh berbahasa mandarin, mereka boleh menggunakan bahasa inggeris yang ringkas.

Peserta rombongan juga akan didedahkan dengan konsep ’Guan Xi’, bermaksud perhubungan anatara dua orang peniaga iaitu pembeli dan pemborong China.

Perhubungan dua peniaga ini dianggap sebagai sangat penting dalam budaya perniagaan masyarakat Cina kerana ia kuasa sinergi daripada perhubungan dua atau lebih individu ini akan memberI kekuatan untuk menjana pendapatan.

Satu lagi peluang menarik rombongan ini adalah rangkaian itulah yang membuatkan mereka menjadi lebih kuat.

Peserta akan di ajar mengenai kaedah pembungkusan dan penghantaran barang melauli pengankutan laut. Hakikatnya, anada tidak perlu menyewa satu kontena untuk menghantar balik barangan ke Malaysia. Cukup sekadar beberapa kotak. Tetapi, peniaga harus tahu bagaimana caranya.

Daripada 5,000 peserta yang dibawa memborong ke China, jumlah yang berjaya bahkan menjalankan hubungan sendiri dengan peniaga di sana tidaklah begitu ramai tetapi bagi Shahabudeen, ia cukup bermakna kerana dapat membantu menyediakan platform dan peluang kepada peniaga kecil.

Sekurang-kurangnya mereka juga mampu menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kerana mendapatkan bekalan pada harga murah atau berpatutan. Pada masa sama, tidak terlalu bergantung kepada orang tengah yang kadang kala mengaut untung terlalu banyak.

 Dipetik dari Berita Harian, 4hb Januari 2012

 

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>