Kanak-kanak Berniaga di Sekolah : Wajar atau tidak ?

Wajarkah Anak Anda Berniaga di Sekolah ?

Seorang ibu menceritakan pengalaman beliau mengenai anaknya.

Pada suatu petang, anak perempuan saya pulang dari sekolah dengan mulut yang merah. Bila saya bertanya kepadanya kenapa mulutnya merah, dia memberitahu saya, dia makan ma la tang (sejenis makanan cina yang pedas). Kemudiannya saya menjumpai 8 yuan (RM 4.) di dalam poketnya. Apabila saya bertanya di mana dia dapat duit sebanyak itu. Dia mengelak untuk menjawab.

Keesokkanya saya ke sekolah dia untuk menyiasat. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu bahawa anda saya sedang buat duit di sekolah melalui rakan-rakan sedarjahnya. Bagaimana dia boleh menjana pendapatan di bilik darjah ?

Ramai rakan sedarjahnya membawa komik ke sekolah dan takut jika komik ini dijumpai oleh guru. Jadi anak perempuan saya bertindak sebagai seorang yang menyimpan komik mereka dengan bayaran 5 jiao (RM 0.25) sekali simpan.

Selain itu, anak perempuan saya juga mengambil upah apabila murid lain ingin mengunakan pengasah pensil miliknya. 2 kali pertama untuk mengasah pensil adalah percuma, kali yang ketiga dia mengenakan bayaran 5 jiao dan pada kali yang keenam dia gandakan bayaran yang dikenakan.

Selain itu, saya juga menemui satu buku kecil di bawah bantalnya malam tadi, dengan senarai murid-murid lain yang berhutang denganya. Saya hampir pengsan.

Hari ini saya ada berbincang dengannya, saya menyatakan bahawa prioriti dia sekarang adalah untuk belajar dan persahabatan dengan rakan-rakan adalah sangat berharga. Yang lebih penting, adalah salah membuat pendapatan dengan membantu pelajar lain melanggar  peraturan sekolah. Dengan melanggar undang-undang awak akan kehilangan kebebasan untuk hidup di dunia.

Sekarang, anak saya ini telah tidur. Saya masih tidak dapat tidur. Saya memang suka menolong orang lain, namun anak saya lebih dari itu.

Sumber : NetEase

Ini adalah luahan hati seorang ibu dalam sebuah forum di China mengenai anaknya yang berbisnes di sekolah. Apa pula pandangan anda ?

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, usahawan kanak-kanak. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kanak-kanak Berniaga di Sekolah : Wajar atau tidak ?

  1. Alami says:

    Salam SJ,

    Pada pendapat saya tak ada salahnya memupuk minat berniaga sedari kecil.
    Mungkin caranya berbeza sikit. Mungkin pihak sekolah boleh adakan hari Jualan pada bulan2 tertentu.

    Saya juga pernah berniaga bermula dari sekolah rendah lagi.
    Saya jual stiker comel yang saya beli di pasar malam.
    Harga kos cuma RM1, tapi untungnya hampir mencecah Rm3.
    Stiker cuma dijual pada harga 5sen sekeping. Sangat ramai yang sukakannya.
    Pada masa tu, dapatlah saya buat belanja untuk makan di kantin seperti kawan2 yang lain.

    Minat berniaga itu sangat mendalam di hati saya. :)

  2. Mujjib says:

    Assalamualaikum SJ,

    Sebenarnya, ini menunjukkan ada minat berniaga dari kecil. Tak macam sesetengah budak-budak sekarang yang cuma tahu meminta saj, tapi tak fikir cara nak cari duit.

    Cuma mungkin masanya untuk berniaga tak berapa sesuai untuk zaman sekolah. Mungkin boleh ikut program keusahawanan di sekolah untuk pendedahan lebih luas. Setuju dengan Alami kat atas, saya pun pernah berniaga masa sekolah, cuma berniaga takat suka-suka saja.

    Masih nak mula berniaga balik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>