Bagaimana Untuk Mengingati Sesuatu Yang Dipelajari ? Menguatkan Memori dan Daya Ingatan Usahawan

 

Perlukah Anda Belajar Semua Perkara Dari Pengalaman ?

Sebagai seorang usahawan yang menjalankan perniagaan, anda mendapatkan kemahiran dan ilmu anda samada melalui pengalaman sendiri, membaca buku atau belajar daripada orang yang lebih mengetahui.

Dalam proses ini, bagaimana untuk anda mengingati segala yang anda pelajari dalam satu-satu waktu itu ? Kekadang anda pernah pelajari sesuatu daripada sebuah buku pemasaran, setelah beberapa bulan, anda mula lupa segalanya yang dinyatakan dalam buku itu.

Pada waktu itu, anda kembali menjadi seperti sebelum anda membaca buku pemasaran tersebut.

Jadi apa manfaat daripada buku itu jika anda telah lupa segalanya ?

Di sini saya akan berikan tips menarik mengenai bagaimana untuk anda mengingati sesuatu yang anda pelajari daripada mana-mana kaedah yang saya nyatakan tadi.

Mengikut sebuah kajian yang dijalankan. Pelajar-pelajar diasingkan dalam 2 kumpulan yang berbeza.

Kumpulan pertama ditunjukkan satu gambar yang mempunyai pelbagai barang di dalamnya dan diminta untuk mengingatinya. Masa yang diberi adalah 10 saat.

Kumpulan kedua pula ditunjukkan gambar yang sama selama 5 saat. Dan kemudiannya diminta mereka mengingatinya dan kemudian ditunjukkan gambar itu sekali lagi selama 5 saat lagi.

Hasil kajian mendapati kumpulan yang kedua mengingati jauh lebih banyak barangan yang ada dalam gambar tersebut berbanding kumpulan yang pertama.

Apa yang kita dapat pelajari di sini sebagai seorang usahawan ?

Untuk mengingati sesuatu ilmu yang anda pelajari…

  • Jika anda membaca buku, setelah setiap bab, cuba buat satu ujian mini untuk menguji apa yang anda baca dalam buku itu. Anda akan mengingati maklumat itu lebih lama.
  • Gunakan maklumat ini untuk berkongsi dengan orang lain samada pasangan atau rakan-rakan anda.
  • Tulis satu ringkasan daripada apa yang anda pelajari
  • Tulis blog atau setidak-tidaknya status facebook tentang kesimpulan dari ilmu yang anda pelajari

Dengan cara di atas, anda akan menjadi semakin pandai dan bermaklumat semakin hari. Dalam masa yang sama, anda juga tidak membazir masa anda membaca sesuatu untuk dilupakan dan tidak digunakan dalam perniagaan anda.

Begitu juga apabila anda membaca blog ini, kongsikan dengan rakan-rakan anda dan bincangkan perkara ini di kedai kopi. Jika anda tidak mahu kongsikan dengan rakan-rakan anda. Buat ringkasan dalam diari anda.

Memori jangka panjang memberi manfaat yang besar dan menjimatkan masa anda.

terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, Tips Usahawan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>